Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 abgmad • 10 years ago • 2,643 viewed


Istiqbal Marikh - apakah keistimewaannya kali ini [17 Julai 2003] - Bumi dan Marikh sedang semakin hampir di antara satu sama lain. Malah sebaik sahaja anda tamat baca ayat ini, Marikh sudah pun 30km lebih hampir berbanding tadi!! Pada 27hb Ogos 2003, Marikh akan berada paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 56 juta km.

Dari segi skala Sistem Solar, jarak ini dekat sahaja. Malah NASA, ESA dan Jepun telah pun berlumba-lumba melancarkan beberapa siri satelit ke Marikh pada tahun ini. Bermula sekarang sehinggalah bulan Ogos nanti, Marikh akan menjadi begitu cerah, malah jauh lebih cerah dari bintang paling terang di langit, Sirius dan mengalahkan kecerahan "Raja Planet" kita iaitu planet Musytari! Ketika ini, hanya planet Zuhrah sahaja yang masih menang dari segi kecerahan, dan tidak akan dapat ditandingi oleh Marikh.

Pemerhatian saya sendiri terhadap Marikh beberapa hari lepas, mendapati kehadiran kutub Selatan yang cukup besar dan jelas kelihatan menerusi teleskop 8 inci LX90. Turut juga kelihatan beberapa tanda 'gelap' di permukaan Marikh. Di ramalkan tanda-tanda pada permukaan Marikh akan menjadi semakin jelas di hari hari yang mendatang. Harus diingat kali terakhir Marikh sebegini dekat dengan Bumi ialah hampir 60,000 tahun dahulu! Tetapi jangan pula salah anggap.

Fenomena Istiqbal bagi planet Marikh ini berlaku setiap lebih kurang 2 tahun sekali. Tetapi jarak Bumi dengan Marikh ketika setiap kali istiqbal (Opposition) berbeza-beza. Dari segi istilah, ahli astronomi memanggil fenomena kali ini sebagai "perihelic oppositions". "Perihelic" bermaksud Marikh sedang berada di posisi paling hampir dengan matahari. Perhatikan orbit planet-planet mengelilingi matahari tidaklah bulat 100%. Ia lebih berbentuk elips. Oleh itu, ada ketika Marikh agak jauh dengan matahari, dan ada ketika ia hampir. "Oppositions" atau Istiqbal bermaksud Matahari, bumi dan Marikh berada di dalam satu garisan, dengan Bumi berada di tengah-tengah.

Oleh itu apabila Marikh berada di posisi Perihelion dan waktu yang sama ia berada di posisi Opposition, ini bermaksud Marikh memang hampir benar dengan Bumi! Marikh akan terbit semakin awal setiap hari. Oleh itu jika kita lihat ke arah Timur pada jam sekitar 11 malam pada ketika ini, InsyaAllah Marikh akan kelihatan cukup terang dan cerah seperti sebiji bintang merah

info dari falak-online

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved