Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 4,869 viewed


SEBAB TURUNNYA SURAH AL-IKHLAS
Sebahagian riwayat menerangkan antara sebab turunnya surah Al-Ikhlas ialah ketika Rasulullah s.a.w. sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah. Dalam perjalanan itu baginda telah diekori oleh seorang musyrik dengan kudanya. Pada saat itu turunlah Jibril memberitahu kepada Rasulullah dengan berkata, "Wahai Muhammad! Suraghoh sedang mengejar kamu dari belakang tetapi Allah telah memerintahkan bumi agar patuh kepada kamu."
Setelah Suraghoh sampai kepada Rasulullah dengan pedangnya yang terhunus beliau terus menyerang baginda. Dengan pertolongan Allah Suraghoh bersama dengan kudanya tiba-tiba terbenam ke dalam bumi sehingga tidak dapat bergerak lagi. Suraghoh lalu menjerit meminta pertolongan dari Rasulullah.
Kerana terlalu kasihan Rasulullahpun berpatah balik untuk menyelamatkan musyrik ini. Setelah selamat naik ke atas Suraghoh terus bertanyakan tentang Tuhan Muhammad, katanya, "Adakah Tuhan kamu itu terdiri dari emas atau perak?". Rasulullah menundukkan kepalanya buat seketika, kemudian turunlah Jibril memberikan wahyu dengan katanya, "Wahai Muhammad! katakan 'Qul Huwallah Hu Ahad... . hingga ke ayat terakhirnya.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved