Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 7,068 viewed


SLANGA, kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka, bukan fenomena baru yang melanda bahasa Melayu saja. Bahasa slanga boleh jadi perkataan baru yang dicipta atau perkataan lama yang diperbaharui dengan penambahan huruf tertentu bagi memberi satu dimensi baru kepada bahasa itu. Malah, slanga turut merebak dalam bahasa lain dan ini dapat dilihat daripada perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam sistem pesanan ringkas(SMS).

Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut menggunakan bahasa pelik itu. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan bukan saja dikalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kenbanjiran komik berbahasa slanga di pasaran. Sesetengah daripada mereka melahirkan pendapat penggunaan kata-kata slanga dalam bentuk percakapan masih boleh diterima tetapi apabila yang dibuat dalam bentuk tulisan yang diterbitkan, penggunaannya boleh menjejaskan kedaulatan bahasa.

Jika disingkap laman e-mel, perasaan takjub akan timbul tatkala terlihat beberapa pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi itu. Menurut mereka, kesan penggunaan yang serba mudah dan serba luas ini, banyak istilah baru terhasil bagi kemudahan ekspresi. Perkembangan selanjutnya memaparkan pemelatan kata-kata mungkin dengan tujuan memeriahkan suasana perbualan atau sekadar menambahkan kemesraan, misalnya caye(percaya), camni(macam ini) dan teypon(telefon).

Bahasa Melayu tetap digunakan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memudahkan perbualan. Namun demikian manipulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Tindakan para pengguna e-mel khususnya remaja pasti akan menjadi satu kebiasaan sehinggakan terbawa-bawa kepada perbualan atau penulisan di luar alam siber iaitu alam realiti. Sesuatu yang amat dibimbangi ialah penyelewengan bahasa semakin berleluasa apabila penggunaan istilah ini digunakan dalam perbualan sesama teman atau guru. Sekiranya kita menerima kebiasaan ini bagi penggunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Sebaliknya, pengguna internet seharusnya mencari jalan untuk memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Laras internet sebaiknya disimpan saja dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal keasliannya.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved