Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 4,645 viewed


Rahsia Terkandung Dalam Ucapan AMIN..

ffice ffice" />Sabda Nabi s.a.w:

?Perbanyakkanlah oleh kamu mengucapkan perkataan AMIN?.

(riwayat Ibnu Majah)

Pengajaran Hadis:

  • Ucapan Amin merupakan satu pengkhususan (keunikan) yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia antara anugerah dan pemberian Allah kepada umat Islam yang menyebabkan membuaknya kebencian dan dendam yang amat sangat di dalam hati orang Yahudi. Hati mereka bertambah sakit apabila melihat kaum muslimin mendo dan mengaminkan kesejahteraan dan keselamatan antara satu sama lain walaupun mereka dari latar belakang negeri, negara, warna kulit, bahasa dan bangsa yg berlainan.
  • Maksud ?Amin? ialah ?perkenankanlah ya Allah? atau ?terimalah ya Allah?, atau ?lakukanlah ya Allah? atau ?jadikanlah ya Allah?.
  • Ucapan Amin adalah antara pintu keampunan Allah s.w.t ke atas hamba-hamba-Nya. Pengampunan Allah itu berhasil apabila ucapan Amin itu berhasil apabila ucapan Amin para makmun dalam solat setelah imam selesai membaca Al-Fatihah, bersamaan (serentak) dengan Amin para malaikat. (Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah)
  • ?Apabila kaum muslimin berkumpul, kemudian sebahagian daripada mereka berdoa (contohnya: imam) dan sebahagian yang lain pula (contohnya: makmum) mengaminkan, maka Allah akan memperkenankan doa mereka itu?. (Riwayat Al-Hakim)
  • Ucapan Amin tidak sepatutnya berlaku dalam ritual solat sahaja, sebaliknya hendaklah dikembangkan dalam seluruh aspek dan aktiviti kehidupan kita, contohnya apabila seorang guru berkata: ?Semoga Allah mengurniakan keberkatan ilmu kepada kita?, maka murid-murid pun berkata, ?Amin?. Ertinya di luar suasana masjid. Nabi s.a.w sendiri menganjurkan dn mendorong kita untuk memperbanyakan ucapan Amin dalam kehidupan.
  • Hadis di atas sarat dengan mesej dan pengajaran yang berguna kepada kita semua:
  • a) mendorong dan mendidik kita supaya sentiasa bergantung harap kepada rahmat Allah s.w.t.

    b) Anjuran supaya menyintai dan banyak melakukan kebaikan.

    c) Anjuran supaya bercakap dengan perkataan-perkataan yang baik lagi diredhai Allah s.w.t.

    Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved