Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 3,233 viewed


Kejadian-Kejadian Sebelum Datangnya Imam Mahdi

Salawat dan Salam kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. Semuga Allah melimpahi baginda dengan kegembiraan atas keampunanNya terhadap dosa-dosa umat ini yang telah jauh tersimpang daripada cara kehidupan yang telah ditunjukkan oleh Baginda.

Sebenarnya risalah ini bukanlah hasil daripada ilmu yang ada pada hamba yang hina ini. Risalah ini sebenarnya hasil daripada himpunan pembacaan kitab-kitab dan karya-karya daripada mereka yang sememang mahir dalam bidang ilmu agama. Risalah ini sebenarnya hanyalah susunan kembali daripada pembacaan dan rujukan hamba yang hina daripada kitab-kitab terutama muzakarah dengan Ustaz-ustaz. Semoga risalah ini dapat menggerakkan kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Tiada apa yang dapat membantu kita di alam akhirat nanti melainkan takwa dan amal yang soleh.

Jika ada kesilapan dalam susunan hamba yang hina ini diharap dapatlah diperbetulkan oleh ustaz-ustaz dan rakan-rakan seusaha sekalian.

Kejadian-kejadian yang akan berlaku sebelum datangnya Imam Mahdi.

1. Keturunan Abu Sufian (disebut Al-Sufyani) akan membunuh anak cucu Rasul Allah s.a.w. (keturunan Saidina Hasan dan Hussin). Mereka akan muncul di Damsyik dan akan memerintah Syria dan Mesir. Al-Sufyani merupakan orang Islam tetapi tidak solah dan suka minum arak. Mereka amat menentang mereka-mereka yang menjalankan usaha mengembangkan agama.

2. Mafhum Hadith: "Hampir Sungai Furat kering airnya kerana dipenuhi simpanan emas. Maka sesiapa yang mendapati pada masa itu, jangan diambil barang sedikit pun". ? Sohih Bukhari. 'Hampir kering' merujuk kepada siapnya empangan-empangan yang telah dibina di Syria, Turki dan Iraq. Ini kerana empangan tersebut telah menyekat pengaliran air Sungai Furat dan menyebabkannya berkurangan. Ulama menyatakan 'emas' merujuk kepada minyak yang menjadi rebutan di Iraq. Ada juga yang mengatakan selepas habis simpanan minyak terdapat pula emas di bawah lapisan minyak tersebut (Allah jua yang mengetahui perkara-perkra ghaib). Rasul Allah s.a.w. telah menasihati kita supaya jangan pergi ke sana kerana sebab akan berlaku satu finah yang amat da hsyat. Setiap 100 orang 99 daripadanya akan mati dan semua yang hadir berharap menjadi seorang yang hidup.

3. Mafhum Hadith: "Telah hampir kamu akan membuat perjanjian damai dengan Byzantium (Rom ? Kristian) dan kamu bersama mereka akan berperang melawan satu musuh di belakang kamu. Kamu kemudiannya akan mendapat kemenangan, harta rampasan dan selamat. Selepas itu kamu akan kembali dan sampai di kawasan tanah tinggi dan berumput. Selepas itu seorang orang Kristian akan mengangkat salib dan berkata salib telah menang dan menyebabkan seorang Islam telah marah dan memusnahkannya (salib tersebut). Pada waktu itu pihak Kristian akan membuat penipuan dan mengumpulkan tenteranya untuk melakukan peperangan". ? Hadith Abu Dawud.Akan berlaku peperangan antara orang Islam dan orang Kristian, di mana satu kumpulan orang Islam akan bersatu deng an satu kumpulan orang K ristian dan akan berperang dengan satu kumpulan orang Kristian yang lain. (Inilah yang dikatakan satu kumpulan orang Islam yang akan bersatu dengan orang Rome dan mel awan musuh dari belakang mereka).

4. Dalam peperangan ini, Kota Istanbul akan jatuh ke tangan orang Kristian yang bermusuh di belakang mereka.

5. Orang Islam kemudiannya akan bersatu semula dengan orang Kristian dan menawan semula Istanbul dari tangan orang Kristian yang bermusuh di belakang mereka.

6. Selepas peperangan tersebut, apabila orang Islam pulang ke tanah tinggi yang berumput, seorang orang Kristian akan mengangkat salib dan berkata salib telah menang dan menyebabkan seorang Islam telah marah dan berkata kemenangan adalah disebabkan oleh Islam. Maka akan berlakulah pergaduhan dan merebak kepada peperangan besar di antara orang Islam dan Kristian. Sekumpulan orang Islam dianugerahkan dengan mati syahid. Sekumpulan orang Islam akan lari ke Madinah untuk mencari perlindungan. Dalam Sohih Bukhari disebutkan bahawa tentera Kristian akan mengumpulkan bala tentera di bawah 80 bendera yang mana pada setiap bendera akan terdapat seramai 12,000 orang tentera dan mengambil masa 9 bulan untuk mengumpulkan bala tentera ters ebut. Ini juga disebut l ast crusade atau tentera salib yang terakhir atau ekornya. Istanbul akan dikuasai oleh orang Kristian sekali lagi.

7. Semua orang Kristian akan bersatu dan akan melawan orang Islam, seterusnya akan menawan Turki, Syria, Jordan, Palestin dan sekitarnya. Juruselem yang dikuasai Yahudi/Kristian akan menjadi makmur.

8. Kuasa orang Kristian akan menjadi tersangat kuat dan akan menguasai dunia hinggalah dapat mengumpulkan tenteranya sampai ke Khaiber dekat Madinah. Jarak antara Khaiber dan Madinah cuma 80 ? 100 batu sahaja. Madinah akan menjadi mundur akibat peperangan yang berterusan.

9. Dalam keadaan yang sama, seorang pemerintah akan meninggal dunia (namanya seperti nama harimau bintang dan terjadi perbezaan antara mereka iaitu 3 orang anak raja (rujuk hadith Abu Daud) ? ada yang mengatakan ia merujuk kepada Malik Fahd iaitu khalifah Arab Saudi sekarang. Pergaduhan dan peperangan akan berleluasa dan untuk menunaikan haji menjadi susah disebabkan jemaah haji akan disekat dan dirompak. Peperangan antara kaum Arab juga akan berlaku sehingga Mina akan tertumpah dengan darah. Pada masa itu akan dilantik seorang khalifah dari kaum Quraish yang lemah (beliau adalah saudara kepada Bani Khalib) dengan tujuan untuk mententeramkan keadaan tetapi tidak mempunyai pengaruh dan beliau lari meminta pertolongan daripada R ome.

10. Pada masa ini, keadaan menjadi terlalu terdesak, 7 orang Alim (bersama pengikut mereka seramai lebih kurang tentera Badar iaitu 313 orang). Kemungkinan mereka merupakan pemimpin jamaah-jamaah umat seperti dakwah, madrasah, zakirin dan sebagainya. Mereka sememangnya tidak merancang untuk berjumpa telah pergi ke Mekah untuk mencari Mahdi. Pengikut mereka telah berjumpa dengan Mahdi dan beliau tidak mahu mengaku dan lari ke Madinah (keadaan ini berlaku 3 kali). Pada kali terakhir, beliau lari dari Madinah ke Mekah disebabkan Madinah telah diserang oleh tentera Sulfiani dan Madinah dimusnahkan.

11. Pada masa itu juga, ramai yang akan mengaku menjadi Mahdi (palsu). Siapa yang mengaku memanglah ia sebenar palsu. Imam Mahdi bukan datang melalui pengakuan tetapi melalui bai'ah. Pada waktu itu ramai yang akan menjadi murtad disebabkan suasana peperangan dan pergaduhan. Ramai juga yang akan menjadi pengikut Mahdi palsu.

12. Pada bulan Ramadan yang sama akan berlaku dua gerhana matahari dan bulan serentak. Gerhana matahari pada awal Ramadan dan gerhana bulan pada pertengahan/akhir Ramadan. Jika tuan mahu sila layari laman web : www.earthview.com. Laman web ini ada menunjukkan jadual gerhana matahari dan bulan dari tahun 1997 hingga 2006. Subhanallah! Maha Suci Allah! Tahun 2004 dan 2005 memang ada gerhana matahari dan gerhana bulan dalam bulan Ramadan.

13. Beberapa bulan selepas itu (pada musim haji), beberapa orang Salih telah berjumpa dengan Imam Mahdi dan memaksa Imam Mahdi berbai'ah dengan mereka antara Makam Ibrahim dan Hajar Aswad. Mereka memaksa beliau dengan ugutan untuk membunuh beliau, jika beliau tidak mahu berbai'ah kerana tentera Sulfiani sudah bersiap sedia untuk menyerang Mekah pula.

14. Dengan berat hati beliau pun menerima bai'ah mereka. Dengan serta mertabeliau mendapat kekuatan dan suara dari langit kedengaran membenarkannya, inilah Mahdi Khalifah Allah. Umur beliau pada masa bai'ah ialah 40 tahun.

Allah sahajalah yang mengetahui hal-hal ghaib

Insya Allah kita akan muzakarah pula peperangan-peperangan yang berlaku pada zaman Al-Mahdi dalam diskudi yang akan datang.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved