Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 11,634 viewed


Untuk kengkawan VF suma..jgn sekadar baca,fahamkan dan amalkan lah mana yg baik..
Petikan daripada Metro Ahad -18.01.04
4,000 bahan kimia dalam asap rokok
DI MANA ada kemahuan, di situ ada jalan. Tanpa kemahuan bersungguh-sungguh, amalan buruk merokok memang susah ditinggalkan, apatah lagi jika dikelilingi sahabat setia �kaki rokok� yang sedia menghulur jika kehabisan bekalan.
Tahun 2004 baru beberapa minggu dan masih belum terlambat untuk memasang azam baru, iaitu berhenti merokok. Amalan merokok bukan sekadar suatu kebiasaan, tetapi sebenarnya suatu ketagihan yang kompleks berpunca daripada tiga perkara, iaitu pengaruh dadah nikotin dalam tembakau, tabiat dan psikologi.
Menurut Dr Sallehudin Abu Bakar, Pakar Perubatan (Kesihatan Awam) yang mengendalikan Klinik Berhenti Merokok di Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, sebenarnya nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berat berbanding kokain atau heroin, kerana kesan rangsangannya ke atas sistem saraf otak sangat cepat.
Nikotin yang dihisap melalui asap rokok mampu sampai ke otak dalam masa cuma tujuh hingga 10 saat. Kesan rangsangan pada sistem saraf otak ini diperkukuhkan lagi dengan rasa puas yang dikecapi pada mulut perokok ketika menyedut dan menghembuskan asap rokok.
�Ramai perokok beranggapan merokok mampu memberi mereka ilham ketika bekerja atau memberi ketenangan apabila tertekan. Sebenarnya, semua ini adalah kesan psikologi yang terbentuk kerana keyakinan pada rokok itu dan disusuli dengan perbuatan merokok yang diulang berkali-kali.
�Merokok selepas makan umpamanya, adalah suatu kebiasaan yang dilakukan hampir semua perokok. Bagi kebanyakan perokok, merokok selepas makan adalah suatu kemestian, yang mana tanpanya dianggap tidak sempurna,� katanya.
Selain nikotin, asap daripada sebatang rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia, 200 daripadanya beracun dan 63 yang lain berpotensi menyebabkan pelbagai jenis kanser, terutama kanser paru-paru.
Mengapa berhenti merokok dan rawatan mengatasi ketagihan nikotin penting? Sebabnya terlalu banyak. Antara yang terpenting adalah untuk mengurangkan kematian akibat penyakit berpunca daripada merokok.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan berhenti merokok saja akan menyelamatkan dua juta nyawa pada 2010 dan empat juta nyawa menjelang 2025.
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Tiada alasan
Keberkesanan menghindarkan penyakit akibat merokok bergantung kepada kadar berhentinya tabiat buruk berkenaan.
Katanya, tiada alasan untuk mengatakan tidak boleh berhenti merokok kerana kini pelbagai rawatan mengatasi ketagihan tembakau disediakan Kementerian Kesihatan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.
Laporan WHO menunjukkan tabiat merokok menjadi faktor paling penting risiko kehilangan jangka hayat yang boleh dicegah iaitu 27 peratus berbanding kolesterol (15 peratus), diet dan tekanan darah tinggi (masing-masing 13 peratus) selain tidak bersenam, gemuk, mengambil alkohol, dadah dan fibrilasi atrial.
�Setiap perokok mempunyai risiko 50 peratus akan mati kerana penyakit berkaitan rokok dan mereka kehilangan antara 20 hingga 22 tahun daripada jangka hayat biasa.
�Kematian akibat rokok boleh dicegah dan masih belum terlewat untuk memulakan rawatan iaitu melalui Terapi Penggantian Nikotin (NRT) sama ada secara kunyah, tampal atau sedut menggunakan alat sedutan khas (inhaler),� katanya.
NRT menggantikan nikotin yang tiada dalam badan dan kandungannya hanya cukup untuk mengatasi gian dan meredakan gejala �tarikan nikotin� daripada kehidupan harian.
Kaedah mengunyah gam nikotin (seperti mengunyah gula getah) akan memenuhi keperluan individu yang menjadi pengganti tingkah laku (pada mulut) dan ia baik untuk mencegah perokok berulang.
Mengunyah gam nikotin pun ada caranya bagi mengeluarkan nikotin secara terkawal. Perokok perlu mengunyah perlahan-lahan sehingga rasanya menjadi lebih kuat. Kemudian ia perlu diletakkan di antara gusi dan pipi sehingga rasa gam tadi berkurangan dan dikunyah sekali lagi. Proses ini hendaklah diulang selama 20 hingga 30 minit. Gam ini diambil hanya apabila ada keinginan untuk merokok.
Kaedah tampalan lebih mudah kerana ia hanya perlu ditampal pada belakang badan. Setiap tampalan dengan sukatan 15, 10 dan lima miligram membekalkan nikotin secara tetap selama 16 jam dan ia terbukti berkesan menghilangkan tabiat merokok dalam masa 12 minggu.
Manakala alat sedutan iaitu kaedah NRT terbaru sesuai digunakan bagi mereka yang tidak boleh berhenti kerana tabiat (pergerakan tangan ke mulut) dan ia mengawal pergantungan fizikal terhadap rokok.
Kata Dr Sallehudin, perokok mesti mempunyai azam dan disiplin tinggi. Sepanjang tempoh rawatan, mereka tidak boleh merokok kerana sudah mengambil bekalan nikotin. Jika engkar, ia boleh memberi kesan buruk kerana dos nikotin akan menjadi dua kali ganda di dalam badan.



Daun sirih mampu rawat masalah kulit
Salah anggap batu dalam hempedu
P/s:Jgn besok dah terlantar kat spital,baru nak tobat.Takde maknenyerrrrrrr... --------------------------------------------------------------------------------

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved