Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 dandelion • 10 years ago • 3,980 viewed


+++ GADIS AYU DI BAWAH POHON KETAPANG +++

Sayangku gadis ayu,

Bicara ini ku nukilankan di kala bayu malam berpuput lembut menyisir rimbunan pohon mawar milik makcik Tuminah sebelah rumah. Unggas malam seakan berfiesta meraikan sinar cahaya rembulan dan bintang di dada langit lazuardi kelam . Dan keheningan malam ini menggamit aku mengenang mu gadis ku dalam kenangan yang pada mula nya manis namun akhirnya menjadi ... tidak berapa manis.

Segalanya bermula kira 2 bulan yg lalu , tatkala aku baru berhijrah ke daerah sepi ini . Ku kira daerah ini amat sesuai dengan ku , seorang jejaka yg sepi jua . Sepi itu indah . Sepi mengajar aku erti rindu . Dan sepi jua lah menjadi punca aku membina angan ku bersama mu , gadisku nan ayu .

Suatu petang , atau lebih tepat kukatakan suatu senja , aku pulang dari kerja dalam kerenyaian hujan ( ada ke perkataan kerenyaian? ) . Dan itu lah kali pertama ku melihat diri mu . Dari kejauhan , dalam kesamaran senja yg renyai itu, ku lihat kau berdiri dengan penuh ayu di bawah pokok ketapang di sebelah sekolah tadika KEMAS di pinggir kampung itu .

Walaupun wajah mu tidak jelas di mata , namun rambutmu yg panjang lurus itu sudah cukup untuk membuat aku

jatuh cinta , ya .. jatuh cinta pandang pertama kepadamu , sayang . Memang taste aku awek rambut panjang lurus ni.

Tentu dirimu anak orang berada kerana mampu untuk melakukan teknik rebonding. Aku mula menyimpan harapan untuk bertemu lagi denganmu.

Seminggu kemudian , aku lewati lagi pokok ketapang itu, same time, same place. Hujan masih turun renyai (apsal asyik hujan jer ni? ) aku telah pastikan penampilanku cukup smart . Berkemeja jingga berbelang hijau, berseluar yankee berwarna coklat. Minyak wangi ? perhh, usah la cakap !! umpama setelaga minyak wangi CK non alcohol kumandikan ke seluruh tubuh ku, hatta dengan helmet ku sekali tidak lupa dispray sama . Jambul ku tarik terkeluar sedikit menutup dahi.

Biar kau terpegun dengan ketampanan ku wahai gadis ayu.

Bersama c70 ku hampiri pokok ketapang itu. Kau berdiri dengan segala keayuan di sana, berambut panjang lurus mengamit-gamithati lelakiku . Aduh... bagai terkena panahan asmara untuk kali kedua.

Aku bertekad untuk menatap wajah mu. Dan ku hampiri dirimu , semakin menghampiri .. semakin dekat..

tidak sabar untuk ku tatap wajah mu sayang... ehhh!!! ehhh!!! Kau nak kemana tu? dan tiba?

kau berlari-lari anak ke tadika sebelah pokok ketapang . Kau nak berteduh dalam tadika tu kot?

Dan aku ditinggalkan kehampaan bersama c70 dan helmet merahku . Takpe!! Minggu depan aku mesti ,

MESTI dapat tatap jua wajah mu , sayang . 'Barang baik memang susah mau dapat,' pujuk hati ku sendiri.

Seminggu berlalu lagi , dan aku lewati pokok ketapang itu lagi .

Suasana masih lagi senja dan hujan turun renyai?. Copp!!! Cek baju dulu.

Hari ini pun aku masih dengan penampilanku yang mengancam jiwa , kerana aku

yakin hari ini kite akan bersua pandang , sayang.

Dan ku lihat kau berdiri , kau yang ayu , berambut panjang lurus di bawah pokok . yeahhh!!!

Kali ini aku mesti menatap wajahmu walaupun mungkin kau tidak kagum dengan penampilanku ,

(tapi ku yakini kau pun akan jatuh cinta padaku yg tampan ini) , dapat menatap wajah mu sudah cukup hensem bagi ku.

Aku hampiri kau sayang , semakin hampir .. semakin dekat.. berdebar-debar, macam ade rezeki aje ni..

Aisehhh!! hujan pun berhenti, dan kau berlari-lari anak meninggal kan ku dan c70 ku bersama helmet merah yang

wangi dengan seribu kehampaan. Ahhhhh!!! kecewa lagi.

'Tuhan , pertemukan lah aku lagi dengan gadis ku.

Andainya aku tak dapat bercakap-cakap dengan nya , dapat menatap wajah nya pun jadi la,'

doaku penuh shahdu di dalam hati.

Minggu depan nyer , aku datang lagi melewati pokok ketapang itu. Dengan penuh harapan ,

akan ku pasti kan hari ini wajah mu dapat jua ku tatap . Ehhh!!! kau tak ade di tempat biasa .

Mana kau pergi sayang ? Aku pusing-pusing beberape kali di pokok itu hingga azan maghrib

berkumandang tapi kau tetap tak kunjung datang. Kau sakit kah puteri ku ?

Demam terkena hujan kah? Kau tak pakai payung? Kau nak aku belikan ker?

Ke kau nak baju hujan? Kau sebenarnya nak ape? Ketiadaanmu melontar aku jauh

kedasar lautan rindu . 'Apa la nasib ini.. ' keluh ku sendirian.

seminggu yang penuh kerinduan berlalu. aku lewati pokok ketapang itu dengan penuh debaran dan

harapan nan rindu . Hujan renyai seperti biasa kau tiada berdiri di bawah pokok ketapang dengan

rambut panjang mu yg lurus mendebar kalbu. Aku memberhentikan c70 ku dan duduk mencangkung di bawah

pokok ketapang. Ku perhatikan sekeliling . mana la tahu kalau-kalau gadis ayu ku datang dari belakang

dan menutup mata ku 'cuba teka siapa saya?' lirih gadis ayu ku . ahhhhh!!! ... sungguh bahagia.

Namum sehingga azan maghrib berkumandang tiada gadis ayu yang datang menutup mata ku . Hampa lagi

Sudah masuk minggu ketiga , sejak kali terakhir aku jumpa gadis ayu .

CK non alcohol ku sudah hampir habih diguna kan , mana tak nyer saban minggu ku sembur-sembur

seluruh tubuh badan ku, hatta helmet merah ku jua , namun si gadis ayu tetap tidak kunjung tiba.

Biar !! Biar habis sepuluh botol CK non alcohol pun , aku rela demi mu gadis ku sayang.

Aku lewati lagi pokok ketapang itu dengan semangat yang hampir hilang.

Kukira jika kali ini pun gadis ayu itu tidak berada disitu mungkin ini la kali

terakhir bagi ku mencari nya . Lengkap berpakaian warna merah hati berseluar jingga ,

dan helmet merah yang wangi sedondon dengan kemeja ku , aku dan c70 tersiput-siput kearah

pokok ketapang itu . Dan ku lihat kau berdiri dengan penuh ayu seperti biasa .

Ahhhh!!! Semangat ku yang hampir mati kini kembali bergelora. Kau datang jua sayangku .

Aku mula tersenyum-senyum sendiri . Oppp!!! ... jambul ku tarik sedikit .

Aku perlu pastikan I look the best . Hari ini aku akan kota kan hajat ku setelah lama mengharap penuh rindu.

Ku hampiri si gadis , semakin hampir... semakin dekat... ku bunyikan hon c70 .

'PIN PIN !!' Kau buat dono pada ku . issskkk!!.. apsal kau buat dono kat aku ni? Aku rindu ni sayang .

Ku bunyikan lagi bunyi hon c70 kali ini lebih kuat dan panjang.

'PIN PINNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!' Kau menoleh.. dan segalanya berlaku ibarat dalam slow motion picture.

Kau menoleh ke arah ku . Yessss lah !!! Berjaya jua ku tatap wajah gadis ayu ku.

Kau yang berambut panjang, kau yang telah lama ku rindu , kau yang ... BERMISAI!!!!!

Aku gosok-gosok mataku , tak percaya . Ehhh!! ehhh!! Betul la .. ade misai. Melintang pulak tu!!!

'Apsal brader !!!?? ' sapa mu penuh kemachoan , aisehhh man!!!

Lelaki laaaaa... !!! Dan aku cepat-cepat menghidupkan c70 dan berlalu dengan hati yang hampa ,

malu dan sebal. 'Yang pergi bela rambut bukan main canteeek tu apehal !!' gerutuku dalam hati ku.

HAMPEH!!!!

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved