Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 8,472 viewed


Rahsia bahasa badan si dia.Gerak-geri dapat menggambarkan satu perasaan yang sukar untuk diungkap oleh kata-kata.Percayakah kamu tentang ungkapan itu? Ibarat pepatah Melayu, 'Sekilas ikan di air, sudah tahu yang mana jantan, yang mana betina'. Renungan mata seseorang mampu menggambarkan perasaannya pada kamu. Sama ada si dia suka atau tidak pada kamu. Kalau suka, renungannya pasti kelihatan jernih, cerah, ceria dan mata terbuka luas lantas mampu menyatakan perasaan yang berbuku di dalam hati.
Jika si dia merenung dengan pandangan tajam dan berkerut dahinya, maka awaslah! Kemungkinan si dia kurang menyenangi sikap ataupun tingkah laku kamu. Kalau betul dia tidak suka pada kamu, memandang wajah kamu pun sudah tidak mahu lagi. Bukan itu saja terdapat pelbagai lagi gerak-geri badan yang boleh berlaku tanpa disedari dan boleh membongkarkan sikap atau peribadi seseorang.Contohnya, di tempat kerja/sekolah, ada seorang jejaka yang menaruh hati pada kamu tapi tidak berterus-terang. Mungkin dia takut jikalau kamu sudah berpunya ataupun malas nak layan perasaan cinta, cuba perhatikan tingkah laku si dia. Terutamanya bila kamu berhadapan dengan dia. Bagaimana reaksi dan pandangan matanya. Hah! tentu lain bukan. Mungkin dari renungan mata yang tajam sambil melemparkan sebuah senyuman yang bisa menggegarkan jantung, boleh menyatakan sesuatu. Tapi bagi lelaki yang berani, tentu saja dia sudah meluahkan apa yang terpendam. Adakah si gadis sudi bertakhta di hati ataupun sebaliknya, tidak menjadi masalah baginya.
Komunikasi Menurut pakar psikiatri, komunikasi sesama manusia terbahagi kepada dua iaitu verbal (percakapan) dan non-verbal (bahasa badan). Komunikasi secara face to face mudah untuk difahami, lebih-lebih lagi secara straight forward (berterus-terang). Manakala komunikasi secara non-verbal adalah seperti penggunaan tangan, lirikan mata dan pergerakan anggota badan yang lain yang kebanyakannya berlaku tanpa disedari.
Dalam kes ingin meluahkan perasaan tanpa berkata-kata, selalunya lirikan mata dan senyuman mampu membantu kamu meluahkan apa yang terpendam. Lebih-lebih lagi bagi kamu yang sukar untuk menyusun ayat dan mengungkapkan kata-kata cinta pada si dia. Terutamanya bagi perempuan. Yelah..takkan nak mulakan dulu. Tapi bagi kamu yang berani, apa salahnya. Zaman sekarang ni, kalau perempuan yang masuk meminang lelaki pun tak menjadi masalah. Cuma.. antara sanggup atau tidak saja? Bahasa badan boleh menjadikan komunikasi antara kamu dan si dia lebih menarik lagi. Bahasa badan yang berlaku secara spontan bukan direka-reka dan amat sukar untuk menipu kerana gerak-geri yang terhasil boleh membongkar rahsia di sebaliknya. Sebab itulah, jangan kamu terkejut jika ada orang yang boleh mengetahui isi hati yang terpendam selama ini.
Rahsia pergerakan Pasangan lelaki dan perempuan memiliki pergerakan tertentu yang serupa dan ada kalanya berbeza. Jika tertarik antara satu sama lain dan apabila mereka berdekatan atau rapat, secara tidak langsung berlaku satu perubahan terhadap otot di anggota badan. Otot-otot akan menegang dan mengembang seperti di bahagian dada dan pipi. Manakala di bahagian perut pula akan mengempis. Kiranya kecut perutlah!
Jika bagi lelaki yang inginkan perhatian daripada gadis yang diminati, dia akan cuba berlagak macho dan menyerlahkan sifat-sifat kelakiannya. Gaya jalan, bercakap dan reaksi muka mampu menggambarkan emosinya pada waktu itu. Bahasa badan lelaki nampak lebih kasar sedikit. Sesuai dengan perwatakan mereka yang gentleman dan macho. Mereka sering menonjolkan daya tarikan seks, contohnya dengan meletakkan ibu jari di kedua-dua belah poket seluar.
Bagi seorang gadis pula, ada caranya untuk mendapatkan perhatian pada jejaka yang diminati. Mereka suka pusingkan kepala supaya rambut yang panjang mengurai turut beralun. Apabila berhadapan dengan lelaki yang diminati , ada yang suka memintal-mintalkan hujung rambut, memeluk tubuh sambil menggerakkan badannya sedikit, bercakap dengan suara yang bergetar ataupun lunak, merenung ke arah lelaki tersebut dengan jelingan manja dan mengambil berat.
Tips mengenali bahasa tubuh si dia Lelaki :
1) Control macho 2) Berjalan sambil meletakkan tangan ke dalam poket 3) Mata sering memfokuskan pada si dia 4) Mengusap-usap dagunya sambil memerhatikan si dia 5) Angkat kening sebelah bila bertembung dengan si dia sambil melemparkan senyuman 6) Bergaya dengan mendada serta mencekak pinggang supaya terserlah sifat-sifat kelakian 7) Membetulkan rambut supaya kelihatan kemas dan rapi 8) Membaiki kolar baju dan lipatan lengan 9) Bila berjalan/bergambar dalam berkumpulan, akan sentiasa mahu bersebelahan dengan si dia 10) Bertepuk tampar dan cubit-cubitan yang masih ada batasan terutamanya bagi lelaki dan perempuan adalah lumrah biasa dalam pergaulan kita dengan kengkawan yang lain, tetapi... seseorang lelaki itu tidak akan bergurau dengan cara menyentuh walaupun seinci pada tubuh gadis yang disukainya berbanding dengan teman-teman wanitanya yang lain. Malu dan hormatlah konon... .
Tips mengenali bahasa tubuh si dia Perempuan :
1) Cepat-cepat melarikan mata bila pandangan bertembung 2) Control ayu! 3) Mencuri-curi pandang pada si dia 4) Muka merah padam bila si dia mengusik ataupun menyapa 5) Kaki akan disilangkan dan bertukar-tukar ketika berbual 6) Apabila duduk, kaki akan menghala ke arah yang sama dengan si dia 7) Bagi yang berambut pendek, akan menyelitkan rambut depan ke telinga supaya tidak nampak terjurai 8)Punggung akan ditonjolkan dengan meliuk-lentuk ketika bercakap ataupun berdepan dengan si dia 9)Bibir sedikit terbuka, agak basah, membesar sedikit dan menjadi merah 10)Gelisah dan tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi bila si dia berada di hadapan mata.Adakalanya sampai kerja yang dilakukan tidak menjadi

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved