Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 bigboss • 10 years ago • 3,481 viewed


Keagungan , khasiat ayat kursi


DIRIWAYATKAN bahawa ketika ayat Kursi diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w maka turunlah bersamanya 70,000 malaikat yang mulia.

Ayat itu turun selain untuk mengagungkan pangkat ayat Kursi yang sekali gus menunjukkan bahawa ayat itu mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan istimewa.

Sehubungan dengan ayat yang mulia itu, Rasulullah bersabda dengan maksud: �Sesungguhnya seagung-agung ayat di dalam al-Quran adalah ayat Kursi. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukan daripadanya. Keburukannya dari ketika itu hingga keesokan harinya.�

Dalam kesempatan lain, baginda s.a.w juga bersabda dengan maksud: �Barang siapa keluar dari rumahnya dan dibacakan dengan ayat Kursi maka Allah mengirim 70,000 malaikat yang meminta ampun serta mendoakan dirinya.�

Diriwayatkan lagi bahawa Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: �Barang siapa pulang ke rumahnya dan dibacanya ayat Kursi maka Allah menanggalkan sifat fakir daripada antara kedua matanya.�

Diriwayatkan lagi bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: �Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur maka ia akan dijaga dua malaikat hingga pagi hari.�

Ayat Kursi juga dapat menghilangkan sebarang kesusahan dan masalah yang dihadapi manusia.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: �Barang siapa membaca ayat Kursi setiap selesai sembahyang fardu maka Allah yang menguruskan pencabutan nyawanya akan memerintahkan malaikat maut bagaikan seorang mujahid yang berperang membela semua Nabi hingga akhir mati syahid.�

Disebutkan lagi bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: �Barang siapa membaca ayat Kursi pada saat sakit maka Allah akan memudahkan ketika menghadapi sakaratul maut.�

Anas Malik adalah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan hadis berkata: �Seorang yang membaca ayat Kursi sesudah sembahyang fardu maka pahalanya adalah seperti pahala seorang rasul Allah.

Seterusnya diriwayatkan daripada sahabat Anas r.a oleh Imam Baihaqi: �Barang siapa membaca ayat Kursi selepas sembahyang maka ia akan dijaga Allah hingga sembahyang yang berikutnya, dan tiada seorang pun yang menjaga dan mengamalkan bacaan ayat Kursi itu selain para Nabi, shiddiqin dan syahid.�

�Barang siapa membaca ayat Kursi sebanyak bilangan kalimatnya (50 kali) atau sebanyak bilangan hurufnya (170 kali) lalu memohon kepada Allah maka Dia akan memenuhi sebarang permohonan itu.�

Sesiapa yang berasa takut terhadap tindakan jahat penguasa zalim maka ketika ia masuk atau menghadap kepadanya hendaklah membaca ayat Kursi.

Seseorang yang diliputi ketakutan atau sebarang perbuatan jahat suatu kaum maka sebaiknya ia membaca ayat Kursi sebanyak tiga kali lalu kedua tapak tangannya ditiup dan disapukan ke wajahnya dengan berdoa.

Sesiapa yang dalam perjalanan dan mengharapkan ingin sentiasa dalam keadaan aman daripada bayangan angan-angan yang menakutkan maka hendaklah dia membaca doa sebaik keluar dari rumah.

Ayat Kursi juga dapat mengubati orang yang sedang pengsan. Caranya dengan dibaca di bahagian kepala orang yang sedang pengsan itu sebanyak 21 kali kemudian ditiupkan pada cupingnya. Insya-Allah, orang itu segera sedar dengan izin Allah.

Sesiapa orang yang kena rasuk jin maka cuping sebelah kanannya diazankan sebanyak tujuh kali lalu dibacakan surah al-Fatihah, surah al-Mua�wwizatain, ayat Kursi, surah al-Shaffat, akhir surah al-Hasyar dan surah al-Thariq.

Ayat Kursi juga boleh menjaga sebarang kerosakan harta benda dan nyawa serta keselamatan ketika mengadakan perjalanan.

Caranya adalah: Apabila naik kenderaan bacalah surah al-Fatihah (tiga kali) dan ayat Kursi (tiga kali).

Ayat Kursi boleh digunakan untuk memohon daripada Allah supaya dilapangkan dan dimudahkan dalam mencari rezeki. Caranya adalah dibaca sebanyak 170 kali lalu membaca empat Asma Allah yang agung.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved