Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 5,022 viewed


hadis:

�Allah akan melahirkan di kalangan umat ini pada setiap 100 tahun seorang yang akan memperbaiki urusan umat dalam dien ini.� (HR Abu Dawud)

Gelombang sejarah yang turun naik dan bertubi-tubi, pada kurun tertentu telah meletakkan titik-titik jurang paling jauh antara realiti kaum muslimin dan idealisime Islam. Umat Islam menemui diri mereka dalam keadaan jumud dan mengalami �kegagalan� ketika mengembangkan misi sejarahnya.

Dalam keadaan inilah, Allah menjaga agama-Nya melalui pengantara seorang mujaddid (yang melakukan pembaharuan). Mujaddid yang melakukan tajdid (pembaharuan) untuk menyegarkan kembali pemahaman dien dan menempatkan dien al-Islam pada kedudukan yang sewajarnya. Malah ia berperanan mengembalikan kemurniaan Islam serta memulihkan realiti umat dalam menggerakkan sejarah.

Istilah Tajdid

Tajdid membawa maksud suatu pembaharuan untuk membangkitkan komitmen umat terhadap Islam dalam bentuknya yang kudus dan bersih. Ia adalah suatu proses pembaikan ataupun suatu perubahan yang bertujuan membawa umat kembali kepada keaslian Islam yang utuh. Proses ini bermula dari aqidah. Ini kerana aqidah adalah dasar seluruh kegiatan dan tingkah laku umat. Istilah tajdid ini digunakan di dalam Al-Qur�an dengan menggunakan istilah ishlah (perbaikan) seperti yang terdapat dalam firman Allah yang bermaksud;
�Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas��� (QS an-Nisaa�:146)

Al-Qur�an juga menggunakan istilah taghyir (perubahan) yang dirakamkan dalam firman-Nya.

�Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri�� (QS ar-Ra�d:11)

Tajdid, ishlah, mahupun taghyir, membawa pengertian yang sama iaitu proses perubahan berlandaskan aqidah atau iman. Hanya iman yang mampu mengangkat manusia dari lembah nifaq sebagaimana yang terdapat dalam ayat 145-146 surah an-Nisa�. Malah iman sahaja yang boleh mendorong seseorang individu atau segolongan umat untuk mengubah keadaan mereka sendiri, seperti yang terkandung dalam ayat 11 surah ar-Ra�du di atas.

Namun demikian, bentuk dan sifat perubahan dalam konteks masyarakat yang begitu luas bergantung pada faktor-faktor yang memerlukan perubahan tersebut. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w menyebutkan ��seseorang yang memperbaharui urusan umat dalam dien ini.� Keadaan penghayatan Islam sebuah umat pada sesuatu zaman berubah dengan kadar dan bentuk yang berbeza-beza daripada penghayatan Islam pada zaman Rasulullah SAW.

Meniti Sejarah�

Setelah berlalu 100 tahun tertegaknya tempoh nubuwwah, lahir pula Umar ibn Abd Aziz. Ia cukup terkenal sebagai mujaddid pertama, yang kembali menyegarkan kemurniaan pemahaman dien. Sehingga ada yang menggelarnya sebagai khalifah Islam yang kelima.

Pada akhir kepimpinan Saidina Ali RA sekaligus berakhirnya zaman kekhilafahan. Pemerintahan berikutnya berubah menjadi sistem beraja. Pergantian kepimpinan tidak lagi berdasarkan sistem syura tetapi berubah atas hak keturunan, yang bererti merampas hak politik rakyat. Ketika Umar ibn Abd Aziz ditunjuk sebagai khalifah atas hak keluarga, ia mengembalikan kepada syura sambil berpidato di hadapan rakyatnya. Ia menyerahkan urusan kepimpinan itu kepada mereka yang memang berhak atas urusan itu. Namun kemudian, ternyata rakyat masih memilih dan membai�at Umar sebagai khalifah. Itulah tajdid yang pertama dan mula-mula terjadi dalam sejarah Islam.

Lebih kurang satu abad sepeninggalan Umar ibn Abd Aziz, kekacauan politik kembali berkecamuk. Saat itu, jurang antara ulama� dan penguasa begitu meruncing dan ketara. Siapa yang menjadi mangsa kepada perbezaan jurang ini? Umat Islamlah yang menjadi korban permainan politik penguasa. Ketika dan saat inilah bangkit imam-imam mazhab yang mengadakan pembaharuan agama. Antara ulama� yang terkenal pada masa itu ialah, Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf, Imam Muhammad Hassan asy-Syaibani, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Syafi�I yang berperanan menyelesaikan masalah yang dihadapi umat. Para imam inilah yang meletakkan kaedah-kaedah yang menyeluruh tentang hukum (fiqh).

Pada abad ke-5 M, pemikiran Greek dan falsafah Yunani serta falsafah asing lainnya merembes dan menukar pada pemikiran kaum Muslimin secara meluas. Sehingga ashalah (kemurniaan) Islam bercampur baur dengan pola pemikiran asing tersebut. Saat itu, bangkit pula Abu Hamid al-Ghazali yang terkenal sebagai Imam al-Ghazali yang menyekat serta membendung pola pemikiran Greek tersebut. Falsafah Greek itu ditentang oleh Imam Al-Ghazali dengan hujah logik berfikir falsafah juga. Semuanya dijelaskan dalam kitabnya Tahafut al� Falasifah yang menerangkan tentang kesalahan-kesalahan mereka dalam 20 persoalan dan mereka dihukum kafir dalam 3 perkara. Hasil daripada itu, para ulama' kemudian menggelarkannya sebagai hujjatul Islam. Tulisan Imam al�Ghazali yang terkenal adalah Ihya `Ulum ad-dien.

Pada abad ke-6,dunia Islam telah berpecah menjadi kerajaan-kerajaan besar dan kecil yang saling bermusuhan antara satu sama lain. Dengan memanfaatkan kelemahan kaum Muslimin yang sedang berada dalam alam perpecahan, saat itu, tentera bersalib datang menyerbu. Kelemahan umat Islam amat ketara sehingga terjadi peristiwa yang tragik apabila mereka tidak berjaya mempertahankan Bait al-Maqdis. Akhirnya tentera bersalib berhasil menguasai Bait al�Maqdis. Pada saat yang demikian, Allah mengirimkan pertolongan Nya melalui Sallahuddin al-Ayubi. Ia mengobarkan semangat jihad yang mulai meredup clan menggerakkan kaum Muslimin untuk merebut kembali kemuliaan yang telah diinjak-injak oleh golongan salib. Hingga akhirnya Bait al-Maqdis dapat direbut kembali. Sallahuddin sangat berjasa dalam tajdid-nya, iaitu mengembalikan ruh jihad yang hampir lenyap dari dada kaum Muslimin.

Lebih kurang 150 tahun sepeninggalan Imam al-Ghazali, umat Islam kembali tenggelam dalam kejumudan. Pada pertengahan abad ke�7 golongan `ulama' telah menutup rapat pintu ijtihad. Mereka terkongkong dalam sikap taqlid. Demikian juga dengan ruh jihad. Peredaran masa yang panjang telah menyebabkan semangat jihad �menguap� dan begitu lena di dada kaum Muslimin. Sehingga, kaum Muslimin tercerai-berai menghadapi serbuan tentera Tar-Tar. Ketika Islam mengalami zaman keruntuhan ini bangkit pula Ibn Taimiyah. la menyeru agar umat kembali kepada al-Qur'an dan as�Sunnah sesuai dengan pemahaman salaf. Pengaruh tajdid Ibn Taimiyah itu tetap terasa getarannya sampai beratus-ratus tahun berikutnya.

Tahun-tahun yang berikutnya, datang dan pergi silih berganti. Muhammad ibn Abd al-Wahab (1702-1787 M) berjuang menyeru umat Islam di Semenanjung Tanah Arab untuk kembali berpegang sepenuhnya kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Beliau membuat penekanan terhadap pemurniaan aqidah umat serta membersihkan dari segala bid'ah dan khurafat. Di India, bangkit Syah WaliulLah (1703-1762 M) meneruskan usaha-usaha tajdid yang telah dilakukan mujadid Alf-i Ihani Syeikh Ahmad Sirhindi iaitu mengembalikan kemurniaan aqidah dan kemerosotan umat. Menghapuskan penyelewengan dan kezaliman para penguasa serta mengembalikan kepekaan ulama terhadap penyakit umat. Di Libya, bangkit Muhammad ibn Ali as-Sanusi (1787-1859), melanjutkan tajdid Muhammad ibn Abd al-Wahab, hingga kelak diteruskan oleh Imam Mukhtar.

Menjelang abad ke-20, terdapat tiga tokoh menonjol yang merupakan pencetus gerakan tajdid generasi berikutnya. Mereka itu adalah Jamal ad-Dien al-Afghani, Rasyid Ridha dan Muhammad Abduh. Pelopor tajdid berikutnya adalah Hassan al-Banna di Mesir dengan Ikhwan al-Muslimin-nya. Pada masa yang sama, di Pakistan Maulana Sayyid Abu A'la Maududi mendirikan Jami'at-i Islami. Dua gerakan ini, Ikhwan dan Jami'at-i Islami yang memberi akar dan pengaruh luar biasa pada gerakan kebangkitan Islam hingga menjelang berakhirnya millenium II ini, dan bahkan tidak mustahil gerakan dakwah tersebut merupakan penggerak utama kelak pada abad 21.

Kini kita telah berada dalam millenium baru. Di manakah kedudukan kita sekarang ini?. Di mana-mana umat Islam yang mendiami hampir setiap sudut bumi, minoriti atau majoriti, masih dalam keterbelakangan dan berada dalam keadaan yang menyedihkan. Persoalannya, bilakah masa pembaharuan itu dan siapakah gerangan mujadid yang dinanti?

Seperti yang kita ketahui, kemunduran itu bukan semata-mata "suratan" sejarah, melainkan ia juga merupakan perancangan musuh yang mengepung umat Islam demikian ketat. Kebangkitan semula umat Islam merupakan perubahan besar, yang bererti tajdid merupakan suatu tugas yang berat.

Memandangkan realiti demikian, Dr. Yusuf Qardhawi memberi gagasan idea pembaharuan yang kolektif. Menurutnya, sebagaimana Ibnu Katsir dan mufasir lainnya berpendapat ketika membahaskan hadis di atas, bahawa kalimat "man" (ertinya: seseorang dalam hadis tentang tajdid di atas), adakalanya juga ditujukan untuk jamak (ramai), bukan untuk mufrad (satu atau seorang) saja. Hala yang serupa diterangkan oleh Imam Nawawi dalam penjelasan hadis laa tazallu tho'ifah min ummati (selalu ada golongan dari umatku).

Kesimpulannya boleh kita katakan bahawa mujadid tidak semestinya bersifat perseorangan sebagaimana yang berlaku pada tempoh terdahulu, tetapi ia juga boleh berlaku dalam bentuk jama'ah (kolektif). Mungkin juga mereka ini merupakan jama'ah yang berorganisasi, aliran pemikiran atau sebuah gerakan. Ini berdasarkan alasan bahawa kerosakan yang melanda umat telah hampir menembusi dan menyelinap kepada seluruh aspek penting: aqidah, pemikiran, perilaku, kehidupan sosial, ekonomi, dan politik. Kemungkinan besar jika mujadid ini hanya dalam bentuk perseorangan ia tidak akan dapat melawan dan menghadapi kerosakan teruk yang melanda ini. Ada pepatah yang mengatakan : "seseorang akan merasa sedikit dengan dirinya sendiri dan merasa banyak dengan diri orang lain, lemah dengan kesendiriannya; merasa kuat dengan jama'ah." Oleh itu, walaupun Musa AS telah digelar al-qawi al-amin (yang kuat lagi terpecaya), masih memohon kepada Allah SWT agar diperkuat dengan saudaranya, Harun . sebagaimana yang dirakamkan dalam surah Thahaa ayat 29 hingga 34: "Adakanlah bagiku seorang pembantu dari keluargaku. Iaitu Harun, saudaraku. Kuatkanlah dengan dia tenagaku. Dan jadikanlah dia bersama-samaku dalam urusanku. Supaya kami menyucikan Engkau sebanyak-banyaknya. Dan mengingat Engkau sebanyak-banyaknya."

Dari sini kita katakan, kekuatan muncul dengan jama'ah bukan sendirian. Jika kita mentafsirkan "pembaharuan" mengikut pandangan seperti ini, pertanyaan seorang Muslim akan menjadi: "Apa peranan saya dalam gerakan pembaharuan?" sebagai ganti kepada pertanyaan: "Siapakah pembaharu itu dan bilakah ia akan muncul?"

Dengan demikian, apa yang popular dalam masyarakat kita sebagai istilah al-mahdi yang ditunggu, akan kita singkapi secara positif yang pro-aktif. Selama ini kita menunggu seorang Mahdi yang turun untuk memperbaiki kerosakanan, kejahatan dan menegakkan keadilan di muka bumi. Jika kita terus berkeadaan seperti menanti buah yang tak gugur-gugur apa yang perlu kita lakukan? Adakah memadai dan mencukupi kebangkitan dan pembaharuan disambut sekadar slogan tanpa kerja atau usaha, seperti menanti sang rembulan di siang hari ? Tiada siapa yang boleh menjawab soalan ini kecuali diri kita sendiri.. ..Fikirkanlah.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved