Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 3,857 viewed


Murtad ialah istilah yang diterimapakai di dalam bahasa Melayu yang dipinjamkan daripada bahasa Arab. Perkataan ini berasal daripada kata akar Radada yang bermaksud: menolak, pulang, tidak berfaedah (al-Razi). Di dalam al-Quran, Allah Taala telah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu kembali ke belakang kamu kerana takut akan musuh. Maka jadilah kamu orang-orang yang rugi (al-Maidah: 21). Dari segi istilah syarak pula, murtad bererti: Keluar Daripada Islam Dan Menolak Petunjuk Serta Hidayah Daripada Allah Taala.

Dalil-dalil Bagi Kesalahan Murtad

Di dalam al-Quran, al-Sunnah, terdapat beberapa dalil yang boleh dijadikan sebagai bukti mengenai Jenayah Murtad ini.

  • Firman Allah Taala yang bermaksud: Sesiapa yang murtad daripada kalangan kamu daripada agamanya, lalu dia mati di dalam kekafirannya, maka amalan mereka menjadi sia-sia belaka di dunia dan di akhirat. Mereka itulah penghuni-penghuni neraka. Mereka akan kekal di dalamnya (al-Baqarah: 217)

  • Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia (al-Syaukani).

  • Unsur-unsur Penting Di Dalam Kesalahan Murtad

    Di dalam Jenayah Murtad, terdapat beberapa unsur yang perlu diteliti sebelum sesuatu hukum dapat dijatuhkan.

    Unsur Pertama: Keluar daripada Islam. Keluar ini bermaksud sudah tidak percaya lagi dengan Islam sama ada dari segi kepercayaan di dalam Syariat ataupun Kepercayaan. Keaadaan ini boleh terjadi melalui tiga cara.

    • Murtad dengan perbuatan dan tinggalan.

    • Murtad dengan perkataan.

    • Murtad dengan I'tiqad.

    Murtad Dengan Perbuatan Dan Tinggalan

    Murtad dengan perbuatan ialah melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Perbuatan ini boleh ditafsirkan sebagai sengaja atau untuk menghina, mempersenda Islam atau degil atau takabbur. Contoh-contoh perbuatan seperti ini ialah sengaja mengunjungi tokong lalu menyembah berhala, meletakkan al-Quran dan buku-buku hadis di tempat yang kotor seperti di dalam tandas atau di dalam longkang, mempersenda isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah atau mempertikai hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Selain itu, perbuatan menghalalkan benda yang diharamkan oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti menghalalkan perzinaan dan meminum minuman keras.

    Manakala tinggalan pula bermaksud: meninggalkan perkara-perkara yang disuruh olah Allah Taala menerusi al-Quran dan al-Sunnah seperti meninggalkan solat lima waktu sehari semalam, puasa, zakat dan haji dengan menafikan bahawa perbuatan-perbuatan ini adalah wajib ataupun mengatakan perbuatan meninggalkan tidak menjadi satu kesalahan.

    Murtad Dengan Perkataan

    Murtad kategori ini ialah mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan kekufuran. Contohnaya ialah mengatakan bahawa Allah tidak wujud, mengatakan Allah lebih daripada satu, mendakwa ada tuhan lain selain daripada Allah. Ini dari segi Ketuhanan. Dari segi kenabian pula ialah: mendakwa menjadi nabi, mengikut dan membenarkan orang yang mengaku menjadi nabi dan mengengkari para nabi, menolak khabar yang dibawa oleh nabi seperti menafikan sebahagian al-Quran, kewujudan malaikat dan hari Kiamat. Selain itu mengengkari dan menafikan Islam atau mengisytiharkan diri keluar daripada Islam juga disifatkan sebagai sudah terkeluar daripada Islam.

    Murtad Dengan I'tiqad

    Murtad dengan I'tiqad ini boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai I'tiqad yang bercanggan dengan Islam seperti mendakwa alam ini terjadi dengan sendiri dan tidak mempunyai pencipta, beri'tiqad bahawa al-Quran yang dibaca oleh orang-orang Islam pada hari ini bukan datang daripada Allah, mendakwa bahawa Muhammad S.A.W. bukanlah pesuruh Allah dan mendakwa terdapat lagi Rasul selepas Rasulullah.

    Namun begitu, perkara yang terlintas di hati semata-mata belum dianggap terkeluar daripada Islam kecuali seseorang itu mengiklankan secara nyata ataupun digambarkan kepercayaannya itu melalui tindakan.

    Murtad Ketika Mabuk, Gila Ataupun Kanak-kanak Yang Belum Baligh

    Di dalam hukum Islam, akal merupakan faktor penting di dalam menentukan sesuatu hukum. Justeru, orang-orang gila atau mabuk atau kanak-kanak yang belum baligh yang dianggap melakukan perbuatn-perbuatan di atas tidak dianggap sebagai murtad.

    Murtad Kerana Dipaksa

    Ulama sependapat bahawa murtad tidak terjadi sekiranya seseorang itu dipaksa murtad. (Lihat al-Zarqani, al-Hatab, al-Kasani, al-Syirazi, Ibn Hazem).

    Allah Taala telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: Kecuali mereka yang dipaksa sedangkan hati mereka masih tenang dengan keimanan.Namun, sesiapa yang merasa bahagia dengan kekafiran, maka ke atas merakalah kemurkaan Allah (al-Nahl: 106).

    Unsur Kedua: Berniat Jahat. Niat jahat merupakan salah satu unsur yang penting di dalam menentukan Jenayah Murtad. Ini bermaksud bahawa seseorang itu sedar niatnya untuk murtad dan sendiri tahu akibat daripada perbuatannya itu. Imam al-Syafei mensyaratkan bahawa ada niat jahat di samping melakukan perbuatan kufur (al-Ramli). Ini bermaksud, setakat perbuatan sahaja tidak mencukupi untuk disabitkan kesalahan murtad. Sebaliknya perlu juga ada niat jahatnya untuk murtad. Pendapat ini ialah sama dengan pendapat Ibnu Hazem al-Andalusi (Ibnu Hazem).

    Namun begitu, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula memadai hanya dengan perbuatan kufur tanpa disertai dengan niat jahat. Jenayah Murtad boleh disabitkan kepada seseorang yang melakukan perbuatan yang boleh dianggap terkeluar daripad Islam walaupun dia tidak mempunyai niat jahat. Perbuatnnay itu boleh dianggap sebagai menghina, memperlekeh dan mempersenda-sendakan hukum Allah (al-Zarqani, Ibnu Abidin).

    Dan Abu Hanifah serta Imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahawa seseorang itu boleh dianggap melakukan Jenayah Murtad sekiranya dia bermain-main sekalipun dengan mengeluarkan kata-kata kufur (Ibn al-Human, al-Bahuti).

    Hukuman Terhadap Jenayah Murtad

    Hukuman terhadap Jenayah Murtad ini dilihat dari perlakuan murtad itu sendiri. Hukuman initerbahagi kepada tiga bahagian:

    • Hukuman Asal

    • Hukuman Alternatif

    • Hukuman Berbangkit

    Hukuman Asal:

    1. Hukuman ke atas Jenayah Murtad ini ialah bunuh. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia. (al-Kasani). Hukuman bunuh ini berjalan kepada sesiapa sahaja yang murtad termasuk lelaki, perempuan, tua ataupun muda. Namun Abu Hanifah berpendapat perempuan yang telah murtad tidak dikenakan hukuman bunuh. Sebaliknya dia hendaklah dipaksa memeluk kembali kepada ajaran Islam. Sekiranya dia engkar, perempuan itu hendaklah ditahan sehingga dia kembali kepada Islam. Tahanan ini dikenakan sehingga dia kembali kepada Islam ataupun sehingga dia mati di dalam tahanan. Beliau mengambil dalil daripada sabda Rasulullah S.A.W yang melarang orang-orang Islam membunuh perempuan kafir ketika peperangan. Katanya: Sekiranya kita dilarang membunuh perempuan kafir, lebih-lebih lagilah perempuan Islam yang murtad. Hal ini demikian kerana bahayanya boleh dicegah dengan menahannya sahaja. Manakala sebahagian besar ulama pula mentafsirkan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang mengatakan "barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia" sebagai umum sahaja. Tidak kiralah sama ada perempuan atau lelaki, tua atau muda. Di dalam Nail al-Autar, al-Syaukani menceritakan bagaimana Rasulullah telah meminta seorang wanita yang bernama Ummu Marwan yang telah murtad supaya bertaubat. Sekiranya dia tidak bertaubat, dia akan dibunuh. Ulama-ulama ini mengatakan ahawa larangan membunuh perempuan di dalam peperangang hanyalah semata-mata kerana wanita lemah dan tidak bertenaga untuk berperang. Mereka mengatakan bahawa memang terdapat juga wanita-wanita waja yang mampu berperang. Tetapi jumlah mereka apsangat. Setakat bilangan kecil sahaja berbanding lelaki. Ini berbeza dengan Jenayah Murtad. Kesannya terhadap masyarakat adalah dengan kesan lelaki yang .
    2. Menyuruh Bertaubat: Kaedah utama di dalam Jenayah Murtad ini ialah menyuruh bertaubat. Namun begitu, ulama tidak sepakat di dalam mendahulukan salah satu daripada kedua-dua hukuman ini. Ada sebahagian ulama melihat bahawa perlu diberi tempoh bertaubat selama tiga hari supaya bertaubat dan tidak harus dilaksanakan hukuman bunuh sepanjang tiga hari tersebut (al-Zarqani, al-Syirazi dan Ibnu Qudamah). Ada juga yang mengatakan bahawa menyuruh bertaubat ini tidak wajib. Sebaliknya penyuruhan ini baik dilakukan (al-Syirazi, Ibnu Qudamah). Kumpulan pertama berhujah menggunakan sanda Rasulullah bilamana didatangi khabar bahawa Ummu Marwan telah murtad lalu baginda memintanya supaya bertaubat. Sekiranya dia enggan, dia akan dibunuh. Bagi kumpulan kedua pula, mereka berhujah menggunakan hadis yang mengatakan bahawa "barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia" tanpa menyebut pun arahan untuk bertaubat. Selain daripada itu. Terdapat juga perbezaan di atara orang yang memeluk agama Islam lalu murtad dan yang sememangnya Islam lalu memurtadkan dirinya. Menurut ulama, sekiranya dia tergolong di kalangan orang Islam lalu memurtadkan dirinya, dia tidak diminta bertaubat lagi. Dan bagi yang asalnya kafir dan memeluk agama Islam, dia diminta bertaubat dahulu kerana dia mungkin tidak tahu tentang murtad. Sekiranya dia enggap di dalam tempoh tiga hri, maka dia hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh (Abu Zahrah).

    Hukuman Alternatif:

    1. Sekiranya tuduhan murtad telah digugurkan dan orang yang telah murtad itu telah bertaubat, hukuman alternatif pula dilaksanakan terhadapnya. Di antara hukuman alternatif yang boleh diambil kepada penjenayah murtad ini ialah rotan, penjara ataupun membayar denda. Dan seandainya seseorang itu berulang kali sangat melakukan perlakuan murtad, maka hukuman yang lebih berat patut dikenakan ke atasnya (al-Hattab, al-Ramli, al-Bahuti).
    2. Bilamana hukuman asal telah digugurkan kerana terdapat larangan seperti perempuan yang murtad ataupun kanak-kanak yang belum sempurna akalnya, maka hukumannya ialah memaksa mereka bertaubat. Sekiranya mereka engkar, hendaklah ditahan sehingga mereka bertaubat ataupun sehingga mereka mati di dalam tahanan sekiranya mereka tidak juga bertaubat.

    Hukuman Berbangkit:

    Terdapat dua jenis hukuman berbangkit:

    a. Pertama: Merampas semua aset orang yang murtad.

    1. Aset orang yang murtad akan kekal menjadi hakmiliknya. Tetapi haknya ke atas aset tersebut digantung darinya sehingga dia bertaubat ataupun mati di dalam tahanan. Sekiranya dia tidak bertaubat atau dihukum bunuh, maka hartanya menjadi harta fai' kepada orang-orang Islam (al-Hattab, al-Ansari, al-Bahuti).
    2. Hakmilik aset tersebut menjadi hakmilik orang Islam sehinggalah dia bertaubat (al-Kasani).
    3. Segala pemilikan atas aset akan digantung selama tempoh dia murtad. Kuasa pemilikan tidak tergantung, sebaliknya digantung sehinggalah dia bertaubat dan akan dikembalikan selepas dia bertaubat. Kuasa pemilikan itu terbatal sekiranya dia dibunuh kerana engkar, mati di dalam kekufuran dan lari ke negara kafir (al-Kasani).

    b. Kedua: Mengurangkan kuasa pemilikan terhadap hartanya

    Seseorang yang telah murtad masih bebas mencari dan memiliki harta dari sumber-sumber yang biasa. Namun begitu, dia tidak lagi berhak memperoleh harta pusaka peninggalan warisnya disebabkan perbezaan aga yang berlaku di antaranya dengan wrisnya yang Islam. Namun demikina, hak pengurusan ke atas hartany menjadi kurang sama ada harta itu didapati selepas murtad ataupun sebelum daripada dia murtad sehinggalah dia dipastikan benar-benar telah kembali ke pangkuan Islam.

    Acara Dan Keterangan Di Dalam Jenayah Murtad

    Pertuduhan di dalam Jenayah Murtad boleh dibuktikan melalui pengakuan dan keterangan saksi. Namun begitu, bilangan saksi telah menjadi perbezaan pendapat di kalangan ulama.

    1. Imam Malik, Auza'I, Syafei dan Hanafi mengatakan saksi yang diperlukan di dalam pembuktian Jenayah Murtad ini ialah 2 orang. Dan saksi ini mestilah saksi yang adil (Ibnu Qudamah).
    2. Ada juga yang mengqiaskan saksi di dalam pembuktian murtad ini dengan penyaksian di dalam hukuman zina kerana menurut mereka kes ini berkaitan dengan pembunuhan. Namun begitu, qias ini rosak kerana di dalam kes pertuduhan zina yang bukan muhson (yang belum berkahwin) pun memerlukan empat orang saksi sedangkan pertuduhan ini tidak melibatkan hukuman bunuh. (h)

    Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved