Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 8,894 viewed


Kolesterol adalah satu zat daripada golongan lemak. Tubuh manusia akan membina dan membentuk kolesterol. Kolesterol dalam tubuh manusia boleh terdapat dalam makanan. Kolesterol ini boleh datang daripada lemak binatang dengan kadar yang tinggi manakala sayuran pula mempunyai kandungan kolesterol yang paling rendah.

Begitu juga susu yang telah diproses menjadi keju ataupun mentega. Minyak sapi juga adalah salah satu daripadanya. Tompok lemak pada daging turut mengandungi kolesterol yang tinggi dan kandungan kolesterol yang paling tinggi terdapat pada kambing serta bahagian kuning telur. Kolesterol penting dalam tubuh manusia kerana ia merupakan salah satu zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta untuk mengawal jangkitan penyakit. Kandungan kolesterol yang normal dalam tubuh seseorang itu bergantung kepada keperluan tubuh mereka sendiri.

Pertumbuhan yang tidak sempurna akan lebih peka kepada jangkitan penyakit. Kolesterol dalam tubuh akan pecah dan menjadi hormon yang dinamakan �steroid�. Hormon inilah yang bertindakbalas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit. Itulah sebabnya kolesterol yang seimbang diperlukan. Seseorang itu dapat mengetahui kandungan kolesterol dalam tubuhnya melalui ujian darah. Melalui ujian ini, seseorang itu dapat mengetahui sama ada kandungan kolesterol dalam tubuhnya normal, kurang ataupun tinggi.

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka. Pertamanya, dari segi pemakanan. Jika dia mengambil atau makan makanan yang mengandungi lebih lemak binatang, jadi berkemungkinan dia akan mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Keduanya, boleh disebabkan oleh keturunan iaitu bila ibu atau bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka, ini mungkin akan diwarisi oleh anak-anak mereka pula. Oleh sebab itulah, kolesterol menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Ketiganya, bila organ yang bertindak balas dengan kolesterol dalam tubuh kita iaitu hati telah rosak, ianya tidak akan bertindak balas dengan normal. Hati akan terus menghasilkan kolesterol dalam tubuh hingga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh.

Jika kandungan kolesterol dalam badan seseorang itu normal, dia tidak akan menunjukkan sebarang penyakit. Tetapi bila seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, kemungkinan dia akan mempunyai tanda-tanda seperti tompok-tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut mata atau di bahagian atas dan bawah kelopak mata. Tompok-tompok ini boleh berada dalam bilangan yang banyak ataupun satu sahaja. Tetapi perlu diingat, bukan semua orang yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh menunjukkan tanda-tanda seperti ini. Manakala bagi mereka yang gemuk, perokok atau mempunyai masalah darah tinggi adalah berkemungkinan besar mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka.

Kolesterol yang tinggi boleh membuatkan saluran darah tersumbat. Arterioscleriosrs merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Bila kandungan kolesterol tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran darah tidak elastik serta berfungsi dengan sempurna. Sakit jantung juga boleh disebabkan oleh kandungan kolesterol yang berlebihan. Bila lemak membaluti jantung, jantung tidak boleh berfungsi dengan normal. Lemak juga akan membaluti saluran-saluran kecil darah yang terdapat pada jantung. Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu mungkin terpaksa menjalani pembedahan jantung untuk memulihkan kembali fungsi dan pergerakan jantungnya.

Seseorang yang mempunyai masalah kandungan kolesterol yang tinggi boleh dirawat melalui gabungan di antara dua iaitu pertama, dia mestilah mengubah cara pemakanannya. Jika selama ini dia makan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, tabiat makannya mestilah berubah. Dia hendaklah mengurangkan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi. Keduanya, dia akan diberi ubat yang bertindakbalas untuk menghancurkan kolesterol tersebut. Mereka yang mengalami masalah ini, mestilah melakukan kedua-dua jenis rawatan ini dengan serentak.

Oleh itu bagi mengatasi dan mengawal masalah ini, cara pemakanan kita adalah penting. Makanlah makanan yang seimbang, iaitu makanan yang mengandungi zat protein, vitamin, karbohidrat dan lemak. Jika setiap pagi untuk sarapan, seseorang itu mengambil dua biji telur, dua keping roti, air teh atau kopi atau susu - itu sudah mencukupi. Sesiapa sahaja boleh menghidapi masalah ini, tidak mengira usia ataupun jantina. Senaman boleh menolong menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Dari itu, senaman adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved