| | |  | |
 | Pantun Orang berSyukuR Bila tersedar disubuh hari, Kesyukuran dipanjatkan, Kemudian melangkah sucikan diri, Menunaikan kewajipan amanah tuhan. Pada ibu rasa kasih terbit, Pada ayah hormat mengunung, Ingin menjadi hamba terbaik, Anak soleh solehah harapan mengunung. Bila hendak berkata-kata, Berfikir dahulu sebelum buat, Khuatir kalau tersalah kata, Takut menyakiti hati sahabat. Bila masuk waktu solat, Terasa bersalah kalau terlewat, Dibibir sentiasa berselawat, Moga mendapat syafaat diakhirat. Bila berada diman-mana, Akhlak dan kelakuan diawasi, Menjunjung islam dimana-mana, Sentiasa sedar diri diawasi. Bila banyak nikmat yang diperolehi, Alhamdulillah zikir dihati, Teramat bersyukur pada illahi, Moga hidup sentiasa diberkati. Bila diri dilanda masalah, Pujuk diri agar bersabar, Ingat semula nikmat kurnian Allah, Segala yang pahit menjadi penawar. Bila ingin melakukan dosa, Terasa segan pada yangEsa, Tidak mahu diri diseksa, Hidup biar berjasa. Bila badai datang melanda, Terasa sedih sebak didada, Apa nak buat kita ni hamba, Hanya berdoa kasih Allah didamba. Bila menagih kasih manusia, Cinta Allah juga dijaga dan dicari, Tidak ingin menjadi hamba cinta, Cinta Allah jualah yang hakiki. Hidup dengan penuh makna, Bila dihati penuh ketenangan, Moga bahagia diakhirat sana, Menjadi hamba disayangi tuhan.  | |
| |  Printer-Friendly Version  Send To Friend  Add To Favorites  IM Article | |
|
 | Virtual Friends® - Copyright © 2001-2010 Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved. Powered by: Faceless | |
|
|
|