Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 darknforce • 10 years ago • 17,453 viewed


Miimpi yang mendapat tahu yang umurnya tidak panjang atau akan mati tidak lama lagi selalunya dipanggil mimpi kematian. Mimpi kematian terpecah kepada banyak jenis dan bahagiannya. Renungkanlah agar kita sama-sama dapat menjadikannya satu iktibar di masa hadapan, insyaallah.
Umar bin Subaih al-Sa'id berkata: "Saya bermimpi melihat Abdul Aziz bin Sulaiman memakai pakaian hijau dan di atas kepalanya ada mahkota yang diperbuat daripada berlian. Lalu saya tanya: "Abu Muhammad, bagaimana perasaanmu tentang kematian itu? Dan bagaimana keadaan di sana? "Dia berkata: "Ada pun maut itu, jangan tanya tentang kepedihan dan kesusahannya. Tetapi saya tidak merasakannya kerana kurnia Allah swt. kepadaku."
1. Penafsiran dan Penyesuaian Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah swt. yang bermaksud:
Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.� (al-Mukmin -11)
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.
Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.
Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.
Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya. Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata depada seseorang: "Si Polan meninggal dunia ", maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu. Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.
Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan. Begitu juga orang yang berkawan intim bemimpi mati menandakan mereka akan berpisah.
Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.
Sedangkan mimpi menangis, ada dihikayatkan dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: "Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.
Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.
Sesiapa yang melihat dia pun mati dan tinggal bersama mereka bererti dia mati dalam bid'ah atau pergi merantau dan tidak kembali lagi.
Dan hikayat dan sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak. Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya. Dan melihat matinya pemimpin menunjukkan dia akan digulingkan atau diberhentikan. Sedangkan melihat sakaratulmaut juga tidak baik mimpinya.
2. Memandikan mayat Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya. Jika mayat itu dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu. Orang yang memandikan menurut asal mimpinya ialah peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa. Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya. Jika orang yang bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.
3. Melihat kafan Manurut satu pendapat kafan dimimpikan dengan suka melakukan zina. Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zina tetapi tidak mengendahkannya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baik dalam agamanya. Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat. Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenal menghiasnya dan memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatu sebab seperti hari raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendirian di satu rumah maka itu menunjukkan akan matinya.
4. Melihat keranda mayat Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara. Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya tidak baik.
Mimpi Sesama Manusia
Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalam keadaan bahaya di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita serta sering berada dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepada empat golongan iaitu orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan, wallahuallam.
1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali Al-Ustaz Abu Sa'id berkata; "Bermimpi melihat lelaki yang dikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya." Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanya bererti mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.
2. Melihat orang tua Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa yang melihat orang tua Rasytaq, bererti dia mendapat kawan yang luas atau ganas dan melihat orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik.
3. Melihat pemuda / tidak dikenali Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua. Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemuda bererti dia akan berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembung melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati. Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya. Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya. Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya. Kalau dia melihat wanita tua itu bukan Islam bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal. Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya. Jika ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susah mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu.
4. Melihat kanak-kanak Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelaki yang bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adab bererti dia lepas dari dosa. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya. Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata: "Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit" Maka Ibnu Sirin berkata: "Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu." Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah, menghadapi kesusahan. Sesiapa yang bermimpi membeli hamba abdi bererti dia mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba sahaya akan mendapat kebaikan. Jika ada hamba abdi, yang belum akil baligh, bemimpi seolah-olah dia sudah baligh bererti dia akan merdeka. Jika dia melihat seolah-olah sudah baligh, lalu diberikan kepadanya kain putih, maka dia akan mengahwini perempuan merdeka. Jika dia melihat diberikan kepadanya pakaian hitam bererti dia menikahi perempuan bekas hamba sahaya. Jika dia melihat diberikan pakaian merah bererti dia akan mengahwini perempuan mulia. Tetapi jika orang yang sudah tua bermimpi seperti ini maka dia akan mati. Jika orang yang mengerjakan maksiat tersembunyi melihatnya, maka akan ketahuan perbuatannya. Sesiapa yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu lebih besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan yang akan datang kepadanya. Nainun demikian kata satu pendapat orang yang mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan matinya. Kata yang lain lagi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi dewasa menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan. Ada orang yang isterinya sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki tetapi rupanya isterinya melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu. Ada seorang wanita di Makkah bermimpi seakan-akan di sekeliling Ka'bah ada bidadari-bidadari yang sedang memegang wangi-wangian. Tiba-tiba ada orang berkata kepada wanita itu: "Tahukah engkau bahawa Abdul Aziz bin Abu Daud berkahwin malam ini?" Setelah terbangun rupanya Abdul Aziz sudah mati.
Kesimpulan Seperti yang telah katakan pada email saya yang lalu, semua kejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa sebagai satu alat perhubungan atau permintaan kita kepadaNya. Berdoalah dan mintalah dariNya.Minta yang baik, maka baiklah datangnya tetapi meminta yang buruk, buruklah jadinya, wallahuallam.
Kita juga boleh mengamalkan adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) 2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali. 3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain. 4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dariNya.
Kalau diamalkan perkara di atas Insya Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita, wallahualam. Sekian dahulu.
Wassalam Shamsul Kamal Bin Main Dipetik dan disusun semula dari kitab-kitab karangan Ibnu Sirin, Imam Ad-dahlawi, Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved