 |
Yang mana menggambarkan diri anda atau saudara wanita anda atau teman wanita anda atau kekasih anda atau isteri anda?
- WANITA TANAH -
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April - 20 Mei), Virgo (24 Ogos - 23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).
*Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. *Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. *Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. *Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. *Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana. *Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
- WANITA API -
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac - 20 April), Leo (24 Julai - 23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin *Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. *Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. *Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. *Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. *Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. *Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
- WANITA ANGIN -
Mereka ini lahir di bawah lambangGemini (22 Mei - 21 Jun), Libra (24 September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari).
*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. *Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. *Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. *Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul untuk berkonfrantasi. *Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. *Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
- WANITA AIR -
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan Pisces (20 Februari - 20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. *Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. *Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. *Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. |  |