Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 azman • 20 years ago • 3,337 viewed


Assalamualaikum dan selamat malam
Saya ingin membawa saudara dan saudari para netters sekelian kepada satu isu yang boleh kita bincangkan dan dapatkan input sebanyak yang mungkin(InsyaAllah), agar perkara ini akan mendapat pemerhatian dunia luar dan dalam negara kita sendiri. Tetapi saya tidak mahu meluaskan skop sehingga terlalu luas sehingga mengundang kepada kekeliruan dalam mengumpulkan fakta analisis.


Terdapat beberapa isu yang boleh kita sama2 mendapatkan pandangan dan penyelasaian sehingga dapat menyelesaikan masalah ke akar umbinya.


Gejala Sosial
Kejahilan Ilmu
Pertentangan ideologi


Isu pertama memang menjadi perbualan hangat di kalangan cerdik pandai, termasuklah pemimpin dunia. Manusia semakin sedar akan kejatuhan moral generasi akan datang disebabkan terlalu menitikberatkan kemajuan dan kecanggihan teknologi sehingga wujud dikalangan manusia pemikir2 bebas dan bersandarkan fakta sejarah yang tersongsang.


Isu kedua adalah susulan kepada fakta tersongsang akhirnya mewujudkan masyarakat dan generasi yang buta dan tuli akibat pengaruh hiburan dan perkara khayalan ciptaan manusia barat khususnya. Manusia terasa seperti satu kekurangan apabila tiada teknologi dan sedikit sebanyak mereka memberontak untuk mendapatkan perkara2 tersebut.


Pertentangan Ideologi bukanlah satu isu baru. Ianya wujud sejak manusia diciptakan. Manusia sentiasa mempertikaikan sesuatu kerana kelebihannya dikurniakan akal. Manusia sentiasa mencari kebenaran atas sesuatu perintah. Sentiasa berusaha untuk melepaskan diri dari soal hukum dan perintah kerana keegoan sifat semulajadi nafsu yang dikurnikan kepada setiap manusia itu.


Ketiga-tiga isu ini saya bentangkan kedalam isu para netters agar dapat memberikan fakta dan pendapat. Harapan perbincangan ini akan mendapat response daripada semua. Ia bukanlah soal saya dan isu tetapi ianya adalah soal kita dan perbuatan akan datang kita. Pendapat saudara dan saudari semua akan menjadi titik tolak kepada satu pembaharuan kepada kemajuan teknologi maklumat.


Faisal.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved