Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 4,463 viewed


Ramalan Tangan
Ni untuk suke� jer..

Cincin Di Jari
- Memakai cincin di jari telunjuk menunjukkan anda mahu menguasai.
- Memakai cincin di jari hantu menunjukkan anda selalu ambil berat yang berkaitan dengan kesejahteraan dan keselamatan.
- Cincin di jari manis menunjukkan anda berminat untuk hal-hal percintaan.
- Cincin di jari kelingking menunjukkan anda berminat untuk hal yang berkaitan dengan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan.
- Cincin dipakai di ibu jari menunjukkan kehendak anda menguasai situasidengan keadaan kurang menyenangkan.
Menyilangkan Tangan Anda
Ibu jari mana berada di atas bila menyilangkan tangan?
- Kalau ibu jari sebelah kanan tinggal di atas, bermakna anda suka sesuatu yang logik daripada kreatif. Anda lebih suka membuat perancangan daripada untuk menyesuaikan diri. Belahan otak sebelah kiri menguasai diri anda.
- Kalau ibu jari sebelah kiri berada di atas, anda adalah tokoh kreatif yang tidak ambil pusing untuk melakukan sesuatu dengan serta-merta. Belahan otak sebelah kanan menguasai diri anda.
Jari Kelingking
- Jari kelingking anda berkeadaan lekuk di jari manis? Itu bermakna anda adalah seorang yang cerdik. Semoga anda gunakan kecerdikan tersebut untuk tujuan kebaikan bukannya bertujuan untuk kejahatan!
- Jari kelingking anda berkeadaan keluar? Anda tidak takut pada sesiapa pun dan selalu bertindak nekat.
- Jika anda memegang tangan dengan longgar di atas meja atau di berkeadaan tapak menghadap ke atas, dan jari kelingking masuk ke dalam. Itu bererti anda seorang yang kuat menyimpan rahsia.
- Jika jari kelingking anda pendek dan agak melengkung ke jari manis.Itu bermakna anda sering mendapat kesusahan apabila membuat hubungan atau perjanjian dengan orang lain.
- Jari kelingking anda kelihatan agak terkeluar dari tangan? Itu bermakna anda seorang yang suka kepada kebebasan. Jika berbuat perjanjian, perjanjian tersebut tidak berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan. Oleh itu berwaspada apabila hendak berbuat sesuatu.
- Jari kelingking anda kelihatan agak tebal? Itu bererti anda seorang yang suka bertengkar dan setiapkali pertengkaran anda mesti hendak menang walau apa cara sekalipun. Anda juga sering memberikan kata-kata pedih pada pihak lawan.
Ramalan Melalui Kuku Kebanyakan orang mempunyai tanda-tanda putih di setengah atau semua kuku mereka. Jumlah tanda berwarna putih atau kelabu menunjukkan waktu tekanan dan keletihan dan kemungkinan tidak seimbangan zinc dalam sistem badan anda dan beberapa ramalan lain.Tanda putih tersebut bergantung pada letaknya ia pada kuku anda.
- Jika ianya terletak di bahagian bawah kuku ia mengisahkan masa depan, jika di bahagian tengah kuku ia mengisahkan masa kini dan bahagian atas kuku ia mengisahkan masa lampau.
- Jika tanda putih di ibu jari meramalkan anda akan mendapat hadiah atau pemberian.
- Jika tanda putih di jari telunjuk menunjukkan pengaruh kawan baik.
- Jika tanda putih di jari hantu menunjukkan tindakan seorang musuh.
- Jika tanda putih di jari manis menandakan pencinta baru atau perkahwinan
- Jika tanda putih di jari kelinking menunjukkan perjalanan
- Jika berwarna kebiru-biruan di kuku ianya meremalkan anda kan mendapat sesuatu kecelakaan.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved