Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 1,826 viewed


Syiah adalah selompok Islam yang paling tua. Pada asalnya mereka adalah golongan yang berpendapat keutamaan kaum keluarga Nabi s.a.w. (ahlul bait) terhadap jawatan khalifah. Dan ahlul bait yang paling berhak ialah Ali bin Abi Talib r.a.

Mazhab mereka ini zahir pada akhir zaman pemerintahan Usman bin Affan r.a. I berkembang dan tersebar pada zaman pemerintahan Ali r.a. Di mana, apabila Ali r.a. menduduki tempat yang tertinggi (memeruntah) golongan Syiah mengambil kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran mereka di kalangan manusia.

Apabila tiba pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah telah berlaku kezaliman ke atas penyokong-penyokong Ali. Umat Islam pula melihat bagaimana Ali dan anak-anaknya terkorban sebagai syuhada' dari kezaliman yang berlaku. Faktor kezaliman ini menyebabkan mazhab Syiah semakin tersebar dan mempunyai ramai penyokong.

Asas-asas mazhab Syiah
Berikut ini adalah sebahagian dari asas-asas mazhab Syiah:
1 . Imamah (pemerintahan) bukan sebahagian dari mashlahat `amah yang perlu diserahkan kepada umat untuk dirundingkan (mesyuarat). Malahan, ia dianggap sebagai rukun dan teras kepada Islam. Nabi tidak boleh melupakan atau melalaikannya. Sebaliknya baginda wajib melantik imam untuk umat ini, dan imam yang dilantik itu adalah maksum (terpelihara) dari dosa besar dan kecil.
2 . Rasulullah s.a.w. telah melantik Ali r.a. sebagai khalifah dengan nash yang dinukilkan dan ditakwilkan oleh golongan Syiah dengan nukilan yang tidak pernah diketahui bahawa ia adalah nukilan syariat dan ahli hadis.

Dari sinilah munculnya pemikiran wasiat dan menggelar Ali dengan gelaran al-washi. Ia bermaksud bahawa Ali itu adalah imam dengan nash bukan dengan pilihan ataupun syura. Dan Ali kemudian berwasiat pula kepada keturunan selepasnya. Begitulah seterusnya para imam Syiah adalah penerima wasiat dari imam sebelumnya.

3 . Ali r.a. merupakan makhluk yang paling afdal di dunia dan akhirat selepas Rasulullah s.a.w. Oleh itu, barangsiapa yang memusuhi Ali atau memeranginya, maka dia adalah musuh Allah melainkan jika dia sempat bertaubat sebelum kematiannya dan mati dalam keadaan mencintai Ali.

4 . Syiah ini tidak wujud dalam satu kedudukan sahaja, malahan terdapat di kalangan mereka yang melampau dan taksub.
Golongan sederhana dari kalangan Syiah berpendapat keutamaan/keafdalan Ali berbanding dengan para sahabat lainnya tanpa mengkafirkan atau menfasikkan sesiapapun. Mereka mengiktiraf kesahihan imam yang kurang utama disamping wujud imam yang lebih utama. Mereka mengatakan bahawa, tidak ada beza di antara Nabi s.a.w. dan Ali r.a. kecuali martabat kenabian sahaja. Selain dari martabat itu, mereka memberikan kepada Ali r.a. segala sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.
Golongan yang ekstrem dan melampau pula, tidak memadai dengan hanya mengatakan keutamaan Ali di atas khulafa'ur Rasyidin dan kemaksumannya, malahan mereka mengangkat Ali hingga ke martabat kenabian. Sebahagian dari mereka ada yang mempertuhankan Ali. Terdapat juga yang mendakwa bahawa Allah Taala bersatu di dalam diri Ali (hulul). Ada sebahagiannya yang berkata bahawa setiap ruh imam diresapi dengan sifat-sifat ketuhanan (uluhiyah) yang dapat berpindah kepada imam-imam berikutnya.

Pada hakikatnya, fahaman mencintai Ali (tasyaiyu') merupakan tempat berlindung:
- Orang-orang yang mahu menghancurkan Islam kerana sikap permusuhan atau dendamnya.
- Orang-orang yang mahu memasukkan ajaran nenek moyang mereka ke dalam Islam, yang terdiri dari kalangan bekas penganut Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain.
- Orang-orang yang mahu memerdekakan negeri mereka dan keluar dari pemerintahan Islam.

Setiap orang dari mereka ini menjadikan kecintaan kepada Ahlul Bait sebagai tabir yang disebaliknya terdapat segala apa yang hawa nafsu mereka mahukan.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved