Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 suezery • 10 years ago • 3,778 viewed


Apa itu maruah? Apa pentingnya maruah? Bagimana menjaga maruah?

Apa jadi kalau hidup tanpa maruah? Itulah persoalan yang ingin di kupas

dalam tajuk ini. Selaku umat Islam kita mesti mempunyai maruah yang

tersendiri dan kita mesti mempertahankannya.

Maruah ialah nilai-nilai kebaikan atau kemulian diri atau kehormatan diri

�izzatunnafsi � yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan atau

sesuatu bangsa. Maruah itulah yang menentukan harga diri sesorang atau

sesuatu bangsa itu. Tanpa maruah, seseorang atau satu bangsa dikira

sebagai tidak ada harga , tidak ada kemuliaan dan tidak dihormati lagi.

Ada tapi hakikatnya tidak ada. Hina dan tidak dihormati lagi.

Begitulah pentingnya maruah dan keran aitu setiap orang sangat menjaga

maruahnya. Cuma soalnya, nilai ,aruah itu tidak sama antara seseorang

dengan seseorang yang lain. Tidak sama antara satu bangsa dengan satu

bangsa yang lain. Ia bergantung kepda satu-satu ketentuan yang dibuat

oleh masing-masing kelompok tentang apa itu maruah, mengikut apa yang

ditunjangi oleh akidah masing-masing. Ada yang menganggap bergaul

bebas antara lelaki dan perempuan itu menjatuhkan maruah, tapi ada

pula yang mengatakan hal itu tidak menghilangkan maruah.

Begitulah seterusnya.

Umat Islam perlu tahu apa itu maruah bagi diri seseorang islam. Supaya

kita dapat menjaga maruah diri dan agama kita, sama-sama menghormati, mempertahankan dan memperjuangkannya. Oleh kerana maruah adalah

nilai diri kita dan hidup mati kita, kita mesti memiliki dan mempertahankannya

hatta dengan darah mahupun nyawa sekalipun. Maruah tidak boleh digadai.

Demi menjaga maruah, darah dan nyawa boleh menjadi tebusannya. Begitulah tingginya nilai maruah pada manusia. Manusia sanggup buat apa sahaja demi memelihara dan mempertahankan maruah dirinya, agam, bangsa dan lain-lain.

Maruah atau kemuliaan diri bagi umat islam ialah imannya. Kedua,

ke-islamannya, yakni hukum-hakam yang lima yang tertegak dalam dirinya

samada hukum wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Yang termasuk

maruah itu ialah kehormatan anak isteri, harta dan negaranya. Ketiga ialah

akhlak yang mulia yang menghiasi diri seperti jujur, ikhlas, sabar, kasih sayang, pemurah, berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain-lain lagi.

Demikianlah tiga ciri penting tentang maruah seseorang islam.inilah harga

diri seorang islam. Inilah harga diri seseorang islam. Mulianya, terhormat

nya dan agungnya umat islam ialah apabila mereka mempunyai ketiga-tiga

faktor ini. Iaitu memiliki maruah diri. Tanpa iman, islam dan akhlak, umat i

slam akan hilang maruah yakni hilang kemulian, kehormatan dan keagungan

diri. Mereka terhina, tidak bahagia dan tidak dipedulikan. Ada, tapi macam

tidak ada; ada yang tiadak di ambil kira. Sebab itu seseorang islam yang tahu

dan sedar akan hal ini akan buat apa sahaja demi mendapatkan dan

mempertahankan maruahnya selaku orang islam. Maruah kan diperjuangkan

sebagai hidup matinya. Tidak ada tolak ansur dan jual beli dalam urusan

memelihara maruah. Kalau maruahnya tercemar, dia akan sanggup gadai

darah dan nyawa demi mengembalikan kesuciannya. Dan kiranya maruah

terlucut daripada dirinya, dia akan rela mati sesudahnya. Begitulah sikap

muslim sejati, dirinya menjadi tebusan agamanya dan akhlaknya. Dan tidak

ada takut sebarang ugutan dalam mempertahankan agamanya itu. Dan dia

juga tidak boleh diumpan-umpan dengan apa sahaja tukaran pada maruah

tadi. Wang ringgit, jawatan atau wanita cantik terlalu kecil untuk di bandingkan dengan maruah diri. Sebab itu tidak akan terkorban maruahnya sebagai orang

Islam hanya kerana di umpankan dengan wang, jawatan dan perempuan.

Bahkan muslim sejati akan sanggup mengorbankan wang, jawatan dan

apa-apa juga hatta darah dan nyawa sekalipun demi mempertahankan

maruahnya. Dia berpegang teguh pada satu ingatan, kata-kata sakti: hidup

biar mulia, dan mati biar mati syahid.

Dengan kata lain ia mahu hidup dengan mempunyai maruah dan demi mempertahankan maruah dia rela mati. Begitukah hal umat islam hari ini

dalam soal menjaga maruah diri selaku seoarang islam? Dengan mudah kita

mendapat menjawab, tidak!

Umat Islam hari ini tidak begitu serius dalam membina maruah diri selaku

seorang islam. Pun tidak serius dalam menjaganya. Bahkan lebih dahsyat

daripada itu, ada umat yang rasa malu untuk menonjolkan diri sebagai

seseorang Islam. Malu untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman, mengamalkan hukum-hukum yang wajib dan sunat, dan malu untuk menjadi

seorang yang benar-benar beriman, mengamalkan hukum-hukum yang wajib

dan sunat, dan malu untuk berakhlak sebagai seorang islam. Mereka takut

untuk di tuduh kolot, ketinggalan zaman dan jumud, sekiranya mereka

benar-benar mengamalkan Islam.

Mereka turut membenarkan fitnah-fitnah yang mengatakan, kalau ikut Islam seseorang itu akan jadi jumud dan ketinggalan zaman. Mereka tidak yakin

bahawa dengan islamlah, umat Islam akan benar-benar menjadi maju dan

berjaya di dunia dan akhirat. Mereka tidak faham bahawa tamadun Islam

yang Agung, yang telah pernah mengemparkan dunia satu masa dulu adalah

di bina atas dasar iman, islam dan akhlak. Itulah yang di ajar oleh ALLAH

dan Rasul. Dan itulah juga yang dikatakan maruah tadi. Mereka tidak sedar

bahawa umat Islam pada abad ke dua puluh ini sebenarnya merempat dan

terhina di bumi sendiri. Hatta makanan yang di suapkan ke mulut pun bukan

bikinan sendiri, terpaksa menadah tangan pada hasil buatan orang kafir.

Pakaian yang digayakan sebagai ciri kemodenan itu pun diambil kilang orang

lain, bukan dari kilan umat islam. Bukan hasil kemajuan umat islam. Demikianlah

juga halnya dalam apa jua aspek hidup, umat islam. Umat islam bersandar pada ciptaan dan hasil usaha bukan orang islam. Umat islam tidak ada maruah sendiri. Mana dia kemajuan dan kemodenan yang dibanggakan itu hingga kerana itu

tergamak menggadai maruah agama; tergadai iman dan Islam?

Jelas sekali, umat Islam hari ini hanya inginkan pujian, pengaruh, pangkat,

harta , wang ringgit wanita cantik, telah menggadai maruah selaku uamt islam.

Mereka membelakangkan iman dan hukum-hukum ALLAH semata-mata

kerana memburu apa yang mereka istilahkan kemajuan tadi. Mereka kira

dengan cara itu mereka lebih mulia, terhormat dan terpuji. Mereka menjual

sesuatu yang mahal untuk membeli dunia yang tiada nilainya. Mereka

lupakan ALLAH dan Rasul kerana kepentingan nafsu dan syaitan. Alhasil,

kemulian dan kebahagian yang dicari makin hilang. Umat islam makin tidak

di perdulikan oleh dunia, malah tiada harga. Ada macam tidak ada. Yang

ada tinggal nama, sedangkan kemulain dan keagungan dan kegemilangan

Islam dan umat islam telah terlucut daripada manusia-manusia yang bernama

Islam!

Yang sebenarnya, untuk menjadi bangsa yang benar-benar maju dan tamadun

dan moden, kita mesti kembali kepada indentiti dan maruah diri selaku umat

Islam. Iman, islam dan akhlak yang dikehendaki oleh Al-Quran dan sunnah

mesti menjadi pakaian diri setiap kita. Kerana disanalah kemulian,kehormatan

dan kehebatan kita sebenarnya. Iman adalah kekuatan ataun tenaga penggerak

untuk menegakkan kemajuan dan tamadun islam. Hukum-hukum ALLAH atau syariat itu sebagai perkara yang hendak di bangunkan yang menjadi syiar kemulian,kehebatan serta ketinggian islam. Manakala akhlak Islam itu adalah

hiasan yang jadi penarik pada dunia betapa benar dan indahnya islam itu. Harta

dan negara adalah alat untuk mempertahankan maruah. Sebab itu harta dan

negara juga termasuk maruah yang mesti dipertahankan.

Begitulah secara ringkas, bagaimana maruah Islam itu akan mengangkat umat

Islam kemercu kegemilangan dan kecermelangannya. Sekarang, oleh kerana

maruah itu tidak ada, maka umat Islam ketiadaan tenaga kerja untuk membina kemajuan dalam ertikata yang sebenarnya. Umat Islam tidak ada maruah diri

kerana mereka tidak faham Islam atau kalau pun faham tapi tidak mahu melaksanakannya. Maka mereka tidak tahu apakah faktor-faktor yang mesti

di bangunkan. Dan kerana akhlak itu tidak menghiasi diri, maka tidak kelihatan

apa indahnya islam itu. Alhasil umat islam tidak di hormati lagi. Orang sudah

tidak malu dengan umat islam kerana mereka tidak punyai maruah dan

tamadun sendiri. Mereka hanya sibuk menolong dan membangunkan tamadun

orang lain. Orang lain dapat kemajuan, dapat tamadun, dapat tawan dunia, umat

Islam dapat gaji hasil buruh pada pada-pada tauke mereka. Lihat, dunia kini

dalam tawan yahudi. Segala system berjalan atas dasar yang digariskan oleh

musuh-musuh ALLAH itu. Umat islam sedang menolong menjayakannya.

Mereka dapat upah yang sangat di banggakan dan merasakan itulah kemajuan

dan maruah.

Bilakah agaknya kehidupan dunia ini akan berjalan di atas syariat Islam?

Yang segala sistem itu berteraskan Al-Quran dan sunnah? Yang umat Islam

jadi tuan-tuan, tauke-tauke, pengarah-pengarah yang menentukan dasar dan matlamat perjalanan system itu. Dengan itu akhlak islam menjadi bunga ummah. Orang lain jadi buruh-buruh yang berkerja untuk menjayakan perlembagaan

ALLAH dan Rasul itu. Jawabnya, apabila umat Islam mahu kembali kepada

maruah diri-sendiri, dan mahu kembali kepadapun dengan air mata darah dan

nyawa. Sudah sanggup bangunkan sendiri cara dan sistem Islam dalam

kehidupan dan rela dikecam dengan segala tekanan dan ancaman.

Apabila umat Islam sudah jadi begitu, yakni kembali kepada maruah diri,

tunggulah, sejarah kegemilangannya akan berulang kembali. Apa yang telah

di capai oleh rasulullah, para sahabat dan seluruh salafus-soleh akan kembali

semula ketangan kita, insya-ALLAH. Sebab, kejayaan mereka sebenarnya

adalah kerana mereka ialah umat yang bermaruah tinggi dan sangat serius

dalam mempertahankan maruah umat Islam !!!

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved