Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 azman • 19 years ago • 3,141 viewed


Cerpen ini adalah hasil karya Alpine2 yang diperolehi melalui email. Disertakan untuk tatapan umum dengan niat untuk sama-sama berkongsi karya nya serta mengambil pengajaran darinya... Terima kasih kepada Pengarang Alpine2


Khairul merenung handset di tangannya agak lama. Dia musykil, siapakah yang menelefonnya tadi? Suaranya tidak pernah dikenali. Namun, hatinya berkeras dan akhirnya dia menelefon kembali.


"Hello? Ni siapa ni?... .." setelah membuat panggilan semula, Khairul menunggu suara gadis itu membalas.

"Hello... ..ini Khairul ke?" tanya suara itu.

"Ya, tapi... . siapa awak?" Khairul berkeras untuk mengetahui, siapakah gadis yang berani menelefonnya pada malam-malam buta ini. Kawan-kawannya telah lama menunggunya di pusat bowling. Tetapi, dia masih lagi berada di dalam kereta.

"Saya, kawan lama satu sekolah dengan awak dulu... . kenal lagi?" tanya suara itu sambil kedengaran ketawa kecilnya yang mengiring kemudian.

"Kawan satu sekolah?" '... .peliknya... ... .' bisik hati Khairul kemudian.

"Ya... . kenal Najwa?" gadis itu terus mengajukan pelbagai soalan.

"Hmm... . sekolah mana ni?"

"Alah, sekolah mana lagi kalau bukan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Hitam Kg. Bertam Hilir?" terang gadis itu seakan kecewa.

"OooH! Oh... . sekolah tu? Mana saya ingat? Sekejap saja saya sekolah kat situ!"

Khairul keluar dari keretanya. Mengunci pintu kereta adalah satu kewajipan, dan dia mula beredar menuju ke "Super Kent Bowl Centre".

"Sekejap??... ... 3 tahun awak kata sekejap?" marah gadis itu.

"Eh, awak ni siapa? Najwa?... . Mana ada saya kenal... ." Khairul berfikir sejenak. Memang dia ada mengenali seorang gadis kecil molek bernama Najwa semasa tinggal dengan Tok Wan dulu.

"Ohh... ... Najwa yang pandai menganyam tikar mengkuang tu yeah?" Khairul tersenyum bangga.

"Ha'ah... .." ketawa kecil kedengaran.

"Awak ke Najwa?" tanya Khairul selamber. Dia memang tenang bila berbual dengan orang. Apatah lagi bila mahu berbual dengan perempuan.

"Saya ni kawan dia... ." terkejut Khairul.

"Kawan dia?... . Laaa, habis awak ni siapa pulak... . ish!" Dia membuka pintu berkaca dan masuk ke dalam pusat bowling. Ramai kawan-kawannya sedang menunggu, termasuklah Lina. Seorang gadis yang menarik, hampir sempurna dari segi kecantikannya.


"Hi Rool... . I dah lama tunggu you. Buat apa tu?" tanya Lina manja, namun dengan reaksi yang agak cemburu.

"Saya Asmah... .. kawan Najwa... ." terang suara dari handset Khairul.

"Asmah?" Khairul terdiam sejenak. Sambil itu, tangannya merangkul kemas ke pinggang gadis yang sedang hanyut di dalam percintaan. Percintaan yang melampaui batas-batas adat dan kesopanan.

'Asmah... .. anak perempuan Pakcik Shamsul?' bisik hati lelaki liar itu.

"Hello?... . dengar tak nie?" tanya Asmah.

"Hello... err... .dengar dengar... ..errr... ." Khairul tersenyum kelat.

"Kenapa sayang?" bisik Azlina.

"Nothing! Syhh!!!!!!!... ... ." Khairul memarahi kekasihnya.

"Okay! What ever!... " Lina beredar menuju ke tempat duduk bersama rakan-rakan yang lain.

"Asmah... .." nada suara Khairul rendah.

"Ya?... . Ingat lagi kan?"

"Ya... . saya ingat. Mana awak dapat nombor phone saya ni?" tanya Khairul serius.

"Laa... . mestilah saya dapat dari awak!" marah Asmah.

"Haa ? Bila masa saya bagi kat awak?"

"Masa kenduri kawin abang saya, awak datang... "

"Oooohh... .." dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Namun, akhirnya dia tersenyum. Bila terbayangkan gadis yang bersopan santun, bijak, berbudi bahasa dan ayu itu.

Khairul masih teringat akan kenduri sempena perkahwinan abang kepada Asmah, merangkap kawan baiknya semasa bersekolah di kampung dahulu. Asmah datang menyapanya setelah lama dia berbual dengan rakan-rakan lamanya yang lain, termasuklah Najwa. Asmah memang tidak pernah berubah. Gadis berbadan sederhana tinggi, dan memiliki senyuman yang manis. Bertudung rapi, berbaju kurung moden. Wajahnya manis dan ayu, sesempurna gadis melayu sejati.

Dia tahu, Asmah adalah rakan yang sering menjadi "rival"nya semasa di dalam kelas. Semua orang tahu, Khairul adalah anak hartawan terkenal di Kuala Lumpur.

Tetapi, ayahnya mengubah fikiran untuk menghantar anak lelakinya itu supaya bersekolah di kampung. Ayahnya mahu anak lelakinya itu membesar sebagai lelaki melayu sejati. Namun, hasrat ayahnya berkecai apabila Khairul pulang semula ke Damansara, dan bersekolah di sekolah swasta. Mungkin kerana ibunya yang sangat pengasih. Atau mungkinkah kerana ayahnya yang sangat berada.

"Khairul, boleh kita jumpa? Saya ada hal nak berbincang dengan awak... ." Asmah mengajukan soalah yang pelik untuk diterima akal. Masakan tidak? Gadis sepertinya tidak pernah bisa melamar seorang lelaki lain untuk bertemu muka.

"Boleh, no problem punya!" Khairul tersenyum gembira.

"Saya sekarang di rumah abang saya... . di Keramat. Esok saya akan mula bekerja di HBKL, jadi saya ingat... .. awak boleh tunjuk-tunjukkan tempat di sana... ."

"Oh... .." Khairul telah pun faham sekarang.

"Okay, esok kita akan berjumpa di rumah abang awak. Biar saya datang ambil awak. Pukul 8 pagi okay?"

"Okay... " Asmah bersetuju. Khairul tersenyum gembira sekali lagi.

Khairul sebenarnya ialah seorang doktor muda terkenal di Kuala Lumpur. Namanya naik setelah berjaya melakukan pembedahan besar bersama-sama doktor-doktor pakar dari Singapura dan China. Dia sekarang sudah pun bekerja di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. Hakikatnya, Khairul tidak menyangka bahawa Asmah juga memilih doktor sebagai pekerjaan.

Sudah lama dia hidup berdikari. Menuntut hingga ke London, dan pulang ke Malaysia bersama-sama Azlina. Anak Dato' Hj. Mansoor, yang bergelar peguam. Khairul telah lama bersuka ria dengan dunianya. Tapi, hatinya tertarik dengan Asmah. Gadis melayu, yang sejati?

"Awak kenal saya?" dia pelik bila ditanya pelbagai soalan oleh Asmah semasa majlis kenduri kahwin kawannya Amri.

"Tentulah... .. awaklah seteru saya masa di kelas dulu!" Asmah tersenyum manis.

"Oh... . selalu dapat nombor dua saja ya?"

"Sebab awaklah!" marah Asmah.

"Hahahahaha!... " Khairul ketawa bersama bekas rakan-rakan sekelasnya yang lain.

Khairul mengambil keputusan untuk membawa Asmah berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan Azlina, akhirnya Khairul berjaya membuka hatinya untuk menerima Asmah sebagai seorang gadis yang sangat istimewa di dalam hidupnya. Dia bijak tetapi lemah lembut dan mempersona. Tiada apa yang dapat dibandingkan dengan Asmah, melainkan dirinya. Itulah tanggapan Khairul.

Tetapi, keadaan tidak pernah mengizinkan. Adakalanya, dia terpaksa mengalah kerana tidak bisa menolak kehendak nafsu. Azlina sudah lama bersamanya. Khairul selalu bergelumang dengan dosa dan noda. Dia kadangkala malu untuk bertemu muka dengan Asmah lagi. Gadis suci itu tidak berhak menjadi impiannya berkongsi kasih dan hidup.

"Khairul, kenapa awak tak mahu sedar-sedar lagi?" tanya Asmah suatu hari.

"Saya punya fasallah!" marah Khairul.

"Awak faham tak? Dosa-dosa yang awak buat tu besar tanggungannya! Awak nak kawin ke dengan Azlina tu?" satu soalan 'killer' daripada Asmah.

"... ... ... ... ... ... .." Khairul diam.

"Awak kenalah bertaubat. Saya ni kawan baik awak, dan saya tak mahu menanggung dosanya sekali kerana membiarkan awak macam ini!" Asmah selalu menasihati dirinya. Tidak pernah terlintas di hati Khairul, dan tidak tergamak untuk dirinya menolak segala nasihat-nasihat Asmah.

"Bila kita nak berkahwin Rool?" tanya Azlina suatu hari yang lain.

"Bila tiba jodoh di antara kita... ." jawab Khairul tenang.

"Kenapa? Why?... ."

"Nothing... ."

"I dah pregnant!" marah Azlina.

"What?... ... ... ." terkejut Khairul.

Dia akhirnya memaksa Azlina menggugurkan kandungan. Dia sendiri tidak faham, kenapa dia takut untuk berkahwin dengan Azlina. Adakah kerana tiada cinta? Kalau tiada cinta, kenapa melakukan seks? Adakah kerana nafsu semata-mata? Bisik hati kotornya.

Khairul akhirnya terpaksa membuat keputusan nekad. Dia mengambil kunci kereta, dan memandu terus ke rumah Amri. Dia ingin bertemu Asmah, dan bernekad untuk melamar gadis itu.

'Kenapa aku memilih jalan ini?' bisik hati Khairul. 'Adakah jalan ini satu jalan yang salah?' nafsu dan hatinya bergelora untuk mendapatkan kepastian. Dia sedar, betapa dia memerlukan Asmah bagi menyuluh hatinya yang gelap gelita. Dia perlukan gadis itu. Dia perlukan Asmah, bagi mengajarnya apakah erti kehidupan yang sebenar-benarnya.

Khairul berhenti di hadapan sebuah rumah teres. Dia keluar dan mahu memberikan salam. Tetapi, kakinya hampir lemah dan longlai apabila melihat suasana rumah yang terang benderang. Ramai orang sedang berkumpul. Mereka sedang menjamah makanan seakan-akan adanya kenduri kahwin.

'Asmah!... . jangan! Please... .' bisik hati Khairul. Dia mendekati seorang lelaki tua, dan bertanya.

"Ada apa ramai-ramai ni pakcik?" tanya Khairul.

"Ni ada majlis kenduri kawin... ." terang pakcik itu sambil tersenyum.

'Ya Allah!... .' dunia bagaikan sudah mentertawakan dirinya.

"Eh, Khairul... . silalah masuk!" panggil Amri.

"Hey... . apa khabar?" tanya Khairul.

"Sihat, alhamdulillah. Lama tak nampak? Aku baru nak call kau lagi tadi. Dari bulan lepas aku cuba call... . mana kau pergi?" tanya Amri.

"Aku ada out-station. Kena buat pembedahan di Jepun... ." terang Khairul.

"Oh... . masuklah. Jumpa bakal suami... ... " Berderup derap jantung Khairul dibuatnya. Tidak pernah dirasakan perasaan seperti itu sebelum ini. Seakan-akan kecewa yang amat sangat. Lebih kecewa daripada pesakitnya yang mati selepas pembedahan. Dia terduduk lemah.

"Kenapa kau ini Khairul?" tanya Amri sambil tersenyum.

"Asmah... ... ." mata Khairul bergenang.

"Kenapa?... .." Asmah muncul di kalangan orang ramai. Ramai juga yang memerhatikan Khairul sekarang.

"... ... ... ... " Khairul tunduk ke bawah. Dia mahu pulang segera. Dia malu. Dia mahu pergi jauh-jauh. Dia faham, inilah tanda-tanda dan bukti bahawa Allah mahu membiarkannya di dalam kesesatan selama-lamanya.

'Tidak!... ... ' dia menggeleng. Dia mahu bertaubat.

"Kenapa ni Khairul?" tanya Asmah hairan. Amri tersenyum sinis.

"Asmah... . please forgive me! Saya dah bertaubat. Saya... .." air mata Khairul berlinangan. Dia yang sedang duduk di atas lantai mendongak ke arah Asmah. Seorang gadis yang berbaju kurung, bertudung rapi, manis dan ayu di hadapannya. Alangkah beruntung bakal suami yang berjaya memenangi hatinya.

"Bertaubat?... ... .." Asmah hairan.

"Sudahlah, bangun Khairul... .." Amri menarik lengan kawan baiknya itu.

"Saya... .." Khairul tunduk ke bawah.

"Kenapa?... ... ... .." pertanyaan Amri menyusul kemudian.

"Maaf... ... ... ... .." Khairul ingin beredar.

"Kalau kau sangkakan Asmah yang berkahwin, sangkaan kau itu salah Rool... " terang Amri tenang.

"Haa... ?" Khairul berhenti. Dia menoleh ke belakang. Air matanya dikesat.

"Apa?... ... ... ... .." Asmah hairan.

"Yang berkahwin tu ialah sepupu kami, dan menumpang rumah kami sebagai tempat kenduri kahwinnya... ." terang Amri jujur.

"Syukur Alhamdulillah... ... " wajah Khairul merah.

"Sudahlah, mari masuk... ... " ajak Amri menarik Khairul ke dalam.

"Asmah, please forgive me. Saya nak melamar awak menjadi isteri saya dunia akhirat... .." dia tunduk dan menghulurkan tangan kepada Amri.

"... ... ... ... ... ." Amri tersenyum.

"Khairul?... ... .." air mata cinta berguguran dari kelopak mata Asmah. Dia berlari naik ke atas. Semua orang terpegun, dengan kewujudan drama swasta secara tiba-tiba pula di majlis perkahwinan itu.

"Rool... .. aku faham perasaan kau. Tapi, Asmah itu adik kesayangan aku. Sanggupkah kau menjaganya sama seperti kau mahu menyelamatkan akidah kau sekarang?" tanya Amri tegas. Dia merenung ke dalam anak mata Khairul.

"Amri, kau adalah kawan aku. Kau juga adalah abang aku. Pernahkah kau tengok aku menipu kau sepanjang kau berkawan dengan aku?"

"Pernah... .." jawab Amri jujur. Dia tersenyum lagi, kali ini dengan lebih lebar.

"Ya... . memang saya tak perfect. Tapi, saya perlukan Asmah untuk menyelamatkan saya daripada terus terjerumus ke... ."

"Sudah Rool... ... aku faham... ."

"Amri, aku... ."

"Kaulah yang sepatutnya mendidik kaum wanita, dan bukan kau yang dididik... ." Amri tegas. Ramai yang melihat drama itu tercengang dan ada juga yang ternganga tidak meneruskan kerja mereka.

"Betul tu... .." Khairul tunduk. Hatinya tandus, namun dia rasa, dia berhak menerima nasihat daripada Amri.

"Aku sanggup menjadi abang ipar kau. Dengan syarat?!... .."

"Apa syaratnya?... ." tanya Khairul bersemangat.

"Kau nanti mesti berjanji, untuk pergi melakukan umrah bersama-sama Asmah sebagai mas kahwinnya yang sebenar... .." Amri tersenyum mesra.

"Oh... ..saya berjanji! Baiklah abang!" Khairul tersenyum.

"Baik... .. pergi naik ke atas... ." Amri memberikan isyarat. Khairul naik ke atas ditemani dua orang sedara mara Amri.


-tamat-


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (17:32).

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved