Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 3,740 viewed


Gejala najis rasuah terus menghantui masyarakat terutama kalangan si kaya dan pemimpin. Pelbagai cara dan perundangan yang digubal tetapi masalah ini terus menjadi-jadi sehingga ia bagaikan sudah sebati dengan si pelakunya. Jika si pemimpin memakan rasuah maka rakyatnya turut terpalit dengan najis rasuah kerana memang menjadi lumrah kehidupan bagaimana agama rakyat mengikut agama pemimpin. Cuma kadar rasuah itu sahaja yang berbeza samada besar atau pun kecil sedangkan dosanya adalah besar kerana ia membahayakan masyarakat. Islam memandang perkara ini sebagai suatu kesalahan yang berat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Si perasuah dan penerima rasuah keduanya dihumban ke dalam neraka

Punca Rasuah

1. Seseorang itu hanya tahu tentang hukum haramnya rasuah tetapi tidak mampu menghayatinya dari segi pengamalan dalam menghindarinya kerana keyakinan terhadap Allah dan hari qiamat tidak meresap dalam diri. Perasaan tamak dan mahukan sesuatu secara mudah menyebabkan segala hukum agama dilanggari tanpa memikirkan lagi mengenai dosa pahala, syurga dan neraka. Apa yang ada dalam kotak pemikirannya ialah hasil daripada rasuah sehingga tidak sedar lagi mengenai kezaliman terhadap diri sendiri dan orang lain.

2. Tiadanya kesedaran dan jahil tentang bahaya dan hukum rasuah disebabkan tidak belajar walau pun pada zaman ini jika seseorang mahu menuntut ilmu maka didepannya banyak kemudahan. Tetapi disebabkan sibuk mengejar dunia maka segala ilmu agama diabaikan kerana ia tidak mendatangkan keuntungan segera malah dianggap agama merupakan penyekat kepada kemajuan kerana semuanya tidak boleh dibuat dalam agama walau pun tuduhan ini adalah tersasar dengan Islam itu sendiri yang memang bersesuaian dengan fitrah manusia. Mereka mahu agama mengikut nafsu serakah mereka bukannya nafsu tunduk kepada kehendak agama.

3. Menjadi hamba kepada nafsu dengan tamak kepada dunia kerana mereka takut pada kematian dan panjang angan-angan. Mereka tidak terfikir bahawa dunia ini akan hancur dan mereka sendiri akan mati. Mereka lupa segalanya kerana terlalu terpesona dengan godaan dunia. Oleh itu mereka tidak memikirkan lagi tentang hukum dan bahaya rasuah tetapi sebaliknya sentiasa mengira keuntungan daripada perbuatan rasuah tersebut. Kadang-kadang mereka hebat bercakap dalam masalah membasmi rasuah sedangkan diri mereka terus bergelumang dengan najis rasuah.

4. Memisahkan antara etika kerja dengan etika akhlak sehingga merasakan bahawa kerja harian tidak bersangkut paut dengan agama dan hari akhirat. Mereka mudah terpengaruh dengan ideologi mechavelli yang memisahkan antara etika akhlak dengan etika kerja yang menyebabkan mereka mengejar kekayaan tanpa memikirkan kesalahan penindasan serta kezaliman terhadap mereka yang lemah melalui rasuah. Mereka menganggap perkara dunia ini tidak bersangkut paut dengan agama atau akhirat. Oleh itu mereka melakukan penyelewengan sesuka hati tanpa memikirkan lagi akibatnya berdasarkan agama. Bagi mereka agama tidak lagi mengawal mereka dalam masalah kerja dunia kerana agama hanya terpenjara di tempat ibadat sahaja.

Kesan negatif rasuah

1. Berlaku penindasan kepada mereka yang layak di mana mereka tidak mampu mendapat tempat walau pun mempunyai kelayakan yang mencukupi disebabkan rasuah. Ini menyebabkan timbulnya perasaan dendam terhadap pemberi dan penerima rasuah yang menjadikan suasana kucar kacir. Akhirnya banyak kerja terbantut dan terbengkalai malah banyak kerugian terpaksa ditanggung.

2. Timbulnya banyak masalah disebabkan mereka yang tidak mempunyai kelayakan diberi tanggungjawab disebabkan rasuah yang menyebabkan banyak kerugian dihadapi disamping banyak lagi masalah timbul. Ini membawa kepada huru hara dan kekacauan yang menggugat keharmonian negara. Hasil kerja tidak berkualiti malah banyak yang berada pada tahap yang merbahaya dan mengganggu masyarakat. Berlakunya penindasan terutama pemimpin negara sentiasa menjaga kedudukan si perasuah agar tidak menanggung rugi dengan menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya. Ekonomi negara terganggu dan kestabilan negara turut tergugat.

3. Penguasaan pemberi rasuah terhadap penerima rasuah yang menyebabkan banyak kemungkaran kerja tidak mampu diambil tindakan sewajarnya. Akhirnya keadaan sesebuah syarikat atau kerajaan menjadi porak peranda apabila pesalah menguasai keadaan sehingga undang-undang rimba mula bertakhta. Keadilan mula terpinggir dan jenayah mula berkuasa sehingga keamanan masyarakat tergugat.

4. Wujud suasana saling menuduh dan sangsi terhadap satu sama lain yang menyebabkan kesatuan kerja terjejas. Ini menyebabkan kerugian dan kehancuran yang membahayakan masyarakat. Masing-masing meragui antara satu sama lain yang mewujudkan suasana benci membenci yang sememangnya melenyapkan kasih sayang dan kesatuan kerja untuk maju.

Cara menangani rasuah

1. Wujudkan kesedaran yang tinggi terhadap hukum dan bahaya rasuah dalam setiap peribadi bermula daripada pemimpin tertinggi sehingga pekerja dibawahnya

2. Hukuman yang berasaskan prinsip agama mesti dijalankan agar pelaku merasa benar-benar insaf bukannya takut dihukum sahaja

3. Tanamkan keyakinan bahawa etika kerja dan etika agama mesti bergerak serentak bukannya memisahkan antara keduanya.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved