Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 1,788 viewed


Ketahuilah bahawa seluruh makanan haram adalah busuk hanya saja sebahagiannya lebih busuk daripada sebahagian lainnya. Seluruh makanan halal adalah baik, hanya saja sebahagiannya lebih baik.

Tingkat pertama dan yang paling sedikit ialah menghindari apa yang dinyatakan haram oleh para fuqaha.

Tingkat kedua, kewarakan para solehin, iaitu menolak segala yang mengandung kemungkinan haram, walaupun mufti memberi rukhsah berdasarkan lahirnya, tetapi dari jalan yang menimbulkan syubhat.

Tingkat ketiga, segala yang tidak diharamkan oleh fatwa dan tiada keraguan tentang kehalalannya, tetapi dikhuatiri menimbulkan keharaman, iaitu meninggalkan sesuatu yang tidak berdosa kerana takut berdosa.

Tingkat keempat, sesuatu yang asalnya tidak berdosa dan tidak dikhuatiri menyampaikan kepada sesuatu yang berdosa, tetapi dimakan tidak kerana Allah SWT dan bukan kerana niat bertakwa dengan beribadah atau dalam menjalankan sebab-sebab yang memudahkannya timbul kemakruhan atau maksiat, sedangkan menjauhinya adalah kewarakan para sadiqin.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved