Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 1,107 viewed


luqman al-khakimiy wrote: Kisah sedih anak-anak Selangor di Mesir Dilulus terbit pada Friday, March 18 @ 14:51:32 MYT oleh LinuxPro

Bismillahirahmanirrahim Di sini kami nak menceritakan penderitaan dan kesengsaraan yg dialami oleh anak2 Selangor yg belajar di Mesir..khususnya yg tinggal di asrama Hayyul Asyir..antara penindasan dan kezaliman yg lakukan oleh dua org pegawai yg boleh kami sifatkan sebagai munafiq atau pembelot Agama Allah. setelah kami diugut dengan berbagai ugutan..dari akujanji..kemudian dihantar dua peggawai yg kononnya utk kebaikan dan keselesaan kami disini..kemudian ditambah dengan jaga yg dittugaskan utk mengongkol kebebasan kami disini..
antara kes yg telah berlaku ..segala perkara yg kami jelaskan di sini antara kes yg terbaru..(kami tidak senaraikan kes yg lama kerana telah di siarkan tidak lama dahulu) baru-baru ini..beberapa pelajar Akhawat (perempuan) telah diugut utk dihalau keluar dari asrama Selangor dan diugut utk ditarik pemberian zakat..nak tahu tak apa "dosa" yg telah akhawat Selangor ini lakukan..?? "dosanya" kerana mereka mengikut program PMRAM yg berbentuk ilmiah dan tsaqafah..dan pada malam itu telah diadakan Qiamullail..dan Akhawat ini telah bermalam ditempat yg telah disediakan utk mereka. apakah yg dilakukan oleh akhwat ini satu kesalahan yg terlalu berat dan besar.. bila ditanya pada dua pegawai tersebut, mereka mengatakan bahawa PMRAM HARAM..!! disini kami nak melontarkan beberapa persoalan kenapa PMRAM yg sudah lebih 70 tahun bertapak di bumi Mesir dan banyak memberikan perkhidmatan yg tiada tolak bandingnya yg berpengalaman berpuluh tahun dalam hal ehwal kebajikan serta peningkatan pelajaran pelajar2 malaysia di mesir ini... kenapa semua perkara ini dinafikan..?? adakah dua pegawai yg tugaskan di sini terlalu bodoh dan dungu serta jahil sehingga tak mampu nak membezakan antara maksiat dan pahala..?? adakah akhawat itu keluar kerana membuat maksiat..??apakah PMRAM menganjurkan pesta dangdut..? adakah PMRAM mengajurkan tarian gelek..??adakah PMRAM ajak masuk disko Zouk..?? adakah PMRAM mengajurkan ajaran sesat..?? sehingga kami mendapat maklumat ramai akhwat yg dipanggil masuk di pejabat E.Idris dan Latif lalu mereka diugut dengan berbagai2 ugutan semata "kesalahan" mereka pergi ke Qiamullail... adakah latif dan idris tak pernah terfikir betapa besarnya dosa perbuatan mereka itu dalam menzalimi pelajar2 Agama.. ini kes yg pertama..
kes yg kedua baru2 ini pelajar-pelajar lelaki Selangor dijemput utk membuat persembahan nasyid di Damanhur (sebuah daerah di Mesir) bersama dengan penuntut malaysia di sana..lalu pelajar-pelajar ini berlatih nasyid dalam tempoh beberapa hari..sampai merah tangan pemain kompang dan sebagainya..sehinggalah pada tarikh yg ditetapkan..pelajar ini meminta sedikit peruntukkan utk kesana... tapi idris tak bagi..lalu mereka minta izin pergi kesana dengan duit poket sendiri..idris tak bagi jugak dan beliau mengugut "kalau kamu pergi juga saya akan buat apa yg termaktub dalam akujanji..PMRAM HARAM..!..
Astagfirullah... sudahlah pelajar luar nak ziarah kawan-kawan di rumah Selangor tak diizinkan naik..pelajar Selangor nak pergi ziarah mahabbah disamping persembahan nasyid pun tak diizinkan.. bayangkan betapa berat dan besarnya dosa dua org pegawai ini yg cuba sedaya upaya mereka utk memutuskan hubunggan silaturrahim pelajar Selangor dengan pelajar negeri-negeri lain..akhiranya rombongan tersebut dibatalkan kerana ada dikalangan ahli kumpulan nasyid tersebut yg dapat zakat dan dikhuatri zakat mereka akan disekat pada tahun depan... bayangkan..!!
kes yg ketiga semalam 15-3-2005 telah dikeluarkan satu iklan di rumah Selangor meminta pelajar Selangor yg sampai di Mesir sebelum 2003 diminta keluar dari asrama..!! setelah usaha mereka dari dahulu lagi utk menghalau pelajar lama gagal kemudian disusuli dengan usaha mereka utk menghalau AJKT BKSAM dari asrama pada musim peperiksaan baru-baru ini sehingga berlaku kekecohan... sekarang dua pegawai yg zalim ini mencuba utk menghalau pelajar lama dari asrama..kalau dahulu semasa persatuan lama (BKSAM) tak pernah timbul kes halau menghalau..tak pernah kami diugut..tak pernah kami di zalimi, tak pernah kami dihina sedemikian rupa... tapi dengan kedatangan dua manusia yg biadap serta jahil ini, berbagai masaalah telah berlaku... bertalu2..sudahlah kebanyakan pelajar selangor disekat dan diharamkan dari mendapat bantuan zakat..dalam keadaan duit tak menentu..rumah sewa mahal dan susah nak cari... musim sejuk... lagi dua bulan peperiksaan... tiba2 kami nak dihalau seperti anjing kurap dari asrama..apa diaorang ingat asrama tu bapak diaorang punya..?? (minta maaf kasar bahasa..tapi perbuatan mereka lebih kasar dari bahasa yg kami gunakan..) sedangkan rumah Pahang yg ada pegawai dari dahulu lagi menjaga kebajikan anak2 Pahang dengan penuh amanah dan tanggungjawab dan sepatutnya idris dan latif perlu belajar dari cik Jazmi yg tak pernah nak halau pelajar dari asrama walaupun asrama Pahang tu semua negeri boleh duduk dan tak pernah mereka diarahkan supaya berpindah keluar... kalau nak dibandingkan dengan asrama selangor yg banyak kekosongan..! tidak ada sifat kemanusiaan ke dua org pegawai Selangor ni..? tidak rasa belas kasihan terhadap anak Selangor yg miskin yg semata mengharap bantuan zakat... yg datang ke Al-Azhar semata2 utk mencari ilmu Allah..?? rasa tak puas lagi kah dengan dosa kamu menutup surau dan masjid di Selangor.. atau sengaja kamu berdua sedang menunggu bala bencana dari Allah ta'ala..??
kes yg keempat hari ini 16/3/05 akhawat mendapat arahan dari jaga Arab yg diberi taklimat oleh Idris , mereka tak dibenarkan pulang lewat dari pukul 9 malam..persolaannya kenapa akhawat terpaksa keluar malam..?? mereka terpaksa keluar malam semata-mata utk belajar kitab di kelas tambahan... setelah segala kelas pengajian agama diharamkan serta diberhentikan di rumah selangor..!! jadi mereka terpaksa keluar utk belajar di rumah negeri lain..sudahlan rumah selangor tiada pengajian agama..nak sekat pulak org belajar agama..subhanallah... betapa besarnya dosa mereka yg menyekat org2 yg ingin kepada Ilmu..sedangkan Allah memuliakan serta memudahkan kerja penuntut ilmu Allah , tetapi Idris dan latif begitu berani dan aktif membuat berbagai undang-undang utk menyekat kemajuan akedemik anak selangor di Mesir..kalau dahulu alasan diberikan kerana beliau sebuk, katanya bulan 3 nanti ada kelas... sehingga hari ini satu kelas pun tak dibuat..apakah ini pegawai yg diamanahkan utk menjaga kebajikan anak selangor di Mesir..??atau memang misi mereka nakkan semua anak selangor jahil macam mereka berdua..?? inilah realiti sebenar yg berlaku terhadap anak selangor di Mesir..kami mengharap supaya ibu bapa anak selangor dapat memahami segala tekanan kezaliman yg berlaku kepada anak 2 selangor saban hari... semoga Allah meberikan kekuatan serta hidayah kepada kami dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi anbiya' ini..utk akhiranya sebagai tatapan..rasulullullah ada bersabda dalam sebuah hadis yg bermaksud.. "beruntunglah seseorang yg Allah jadikannya pembuka kepada kebaikan dan penutup kepada kejahatan..dan celakalah bagi mereka yg menjadi pembuka kepada kejahatan dan penutup kepada kebaikan.." nampaknya dua org pegawai Selangor ini semakin hari semakin menjadi golongan yg menutup kebaikan dan pembuka kepada kejahatan... !!! semoga Allah menghancurkan golongan-golongan yg cuba memadamkan cahayanya..Amin.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved