Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 2,308 viewed


Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan
sempurna kerja di dunia dan akhirat

Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan
menunaikan haji alamatnya dosa anda akan
diampunkan dunia dan akhirat

Bermimpi memasuki masjid haram atau
melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda
akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika
seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan
segera sembuh

Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan
berasa suka cita dan aman bahagia

Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau
membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda
akan terlepas daripada bahaya atau sempurna
sesuatu pekerjaan yang dilakukan

Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang
lanjut alamatnya panjang usia anda

Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan
mendapat kekayaan atau menjadi orang yang
berpakat besar

Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud
alamatnya anda akan bertapa

Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi
alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan
akhirat

Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang
menyala menandakan pekerjaan yang anda
lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

Bermimpi diri atau rumah anda terbakar
menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan
di dunia dan akhirat

Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau
sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat
berita yang gembira

Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi
alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah
Taala

Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi
petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang
besar

Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya
anda akan mengalami kesukaran

Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda
alamatnya rumah anda dipeliharan daripada
sebarang kejahatan

Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda
akan mendapat surat

Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda
akan mengirim berita kepada orang

Bermimpi memanah kayu menandakan akan
berlaku kematian

Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang
pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan
kejayaan

Bermimpi bermain dengan senjata menandakan
seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada
apa yang dilakukan untuk kebajikan

Bermimpi mengenai permata membawa petanda
anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya
anda akan mendapat kebajikan

Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan
bergaduh

Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar
anda akan menjadi orang berpengaruh atau
berpangkat besar

Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja
yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah
Taala.

Bermimpi memakai kain memberi alamat anda
akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat
keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju
alamat kematiannya

Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah
alamatnya pekerjaan anda diberkati

Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh
kegembiraan dalam hidup

Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda
akan mendapat harta dan jika makan sehidangan
dengan raja atau orang besar kehendak anda akan
tercapai

Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan
berduka cita

Bermimpi makan makanan masam memberi
alamat anda akan sakit atau berduka cita

Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda
akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari
demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

Jika bermimpi muka anda merah atau hitam
menandakan anda akan mendapat bahaya.

Jika bermimpi gigi anda patah menandakan
saudara anda akan mendapat kemalangan atau
mati.

Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau
mengalami perdarahan menandakan anda akan
kehilangan harta.

Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda
akan dimurkai oleh orang-orang besar.

Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain
runtuh alamatnya anda akan difitnah.

Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai
yang indah anda akan memperoleh kebesaran di
dunia dan akhirat.

Jika bermimpi membuat rumah atau dinding
alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan
selamat dalam kerjaya anda.

Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi
menandakan anda akan berkawan dengan orang
jahat

Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda
akan dikhianati

Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk
alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak
nafas yang teramat sangat menandakan anda akan
memperoleh harta atau ilmu

Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke
sesuatu tempat jauh menandakan anda akan
dipermuliakan orang

Bermimpikan ayam sabung menyambung
menandakan anak lelaki anda akan berkawan
dengan orang baik

Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah
s.a.w anda berkemungkinan akan masuk syurga

Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang
kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia
dan akhirat

Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian
siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat
pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir,
anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai
daripada perempuan menandakan anda akan
mendapat kebajikan

Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam,
alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan
harta yang halal

Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya
alamatnya anda akan memperoleh kebajikan
dengan sempurna

Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan
anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim
alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

Jika bermimpi memotong rambut menandakan
anda akan bercerai dengan isteri

Bermimpi membuang darah menandakan anda
akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda
akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup
semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur
alamatnya anda akan beroleh kekayaan

Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda
menandakan anda akan memperoleh harta yang
banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya
anda akan terlepas dari kedukaan

Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat
harta

Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di
dalam rumahnya alamatnya anda akan
menjelaskan segala hutang piutang

Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda
akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan
memperoleh rezeki yang halal.

Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke
atas rumah menandakan anda akan memperoleh
kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.

Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap
di sana anda akan menjadi raja.

Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan
bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan
baju, anda akan memperolehi kejayaan di
dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah
dua atau hitam warnanya menandakan raja di
negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-
hara.

Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh
malmsteen2002 petir menandakan sesuatu yang
tidak baik akan berlaku.

Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki
sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu
tanaman kemudian tanaman itu tumbuh
menandakan anda akan memperoleh untung yang
banyak

Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup
dengan subur manandakan anda akan memperoleh
rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam
tanaman yang masam anda akan berduka-cita.

Jika bermimpi menanam kapas anda akan
mendapat untung

Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang
menandakan anda akan terlepas dari bahaya.Jika
bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh
kesakitan

Jika anda bermimpi mandi dalam sungai
menandakan anda akan beroleh rahmat

Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya
sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di
dunia dan akhirat

Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis
anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari
sebarang bahaya.

Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan
anda akan berduka cita.

Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda
akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan
orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan
memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam
perniagaan

Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri
yang bijaksana

Bermimpi tentang emas,perak atau timah
menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat
sebarang keuntungan

Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan
mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak
menandakan pekerjaan anda akan memperoleh
rezeki yang halal.

Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda
akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta
cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan
orang dengan kebesaran.Jika bermimpi membunuh
gajah anda akan dihormati dan memperoleh
kebahagian di dunia dan akhirat.Jika bermimpi
melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang
besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda
alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

Jika bermimpi melihat babi atau anaknya
menandakan orang itu melakukan pekerjaan
terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi
atau tikus anda akan menunaikan haji atau
memperoleh pahala haji.

Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada
anda alamatnya anda akan memperolehi isteri
yang jahat.

Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau
sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda
akan dipermuliakan orang

Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau,
alamatnya anda akan diperdayakan orang

Bermimpi memandikan binatang menandakan
seseorang itu akan sakit atau mendapat
kebinasaan atau kehilangan sesuatu

Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di
bawah rumah anda atau di dalam kampung anda
akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan
anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu
di rumah atau berhampiran dengan rumah anda
menandakan ahli keluarga anda akan meninggal
dunia

Sekiranya anda bermimpi burung merak datang
kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan
anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat
anak lelaki

Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu
banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke
tempat anda

Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda
kemudian terbang ke rumah orang lain
menandakan anda akan berduka cita

Bermimpi burung putih datang ke rumah
menandakan anda akan memperoleh isteri yang
budiman atau mendapat rezeki

Jika bermimpi menunggang naga menandakan
semua kehendak diperoleh

Jika bermimpi dililit ular seluruh badan
menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau
pakaian menandakan anda akan mendapat
bencana

Bermimpi disengat binatang bisa menandakan
anda akan mendapat kecelakaan

Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan
mendapat suami atau isteri

Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak
alamatnya akan memperoleh keuntungan

Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan
menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang
berlipat kali ganda

Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan
mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

Bermimpi mendapat terlalu banyak najis
menandakan anda akan kekurangan harta

Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda
akan mendapat kerugian

Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan
memperoleh harta yang halal dan akan sembuh
dari penyakit

Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar
alamat orang itu akan sakit

Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar
menandakan anda akan mendapat harta kekayaan
yang halal

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved