Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 budak_nakall • 8 years ago • 4,415 viewed


Seks luar nikah... .
Mengapa remaja 'menghalalkannya'?
SEKS... satu perkataan ringkas tetapi mempunyai pemahaman yang sungguh luas dan subjektif.
Di era kemajuan kini,ramai yang lebih terbuka dlm membicarakan perihal seks dari pelbagai sudut dan perspektif walaupun masih ada yang menganggap ia sesuatu yang ?taboo? (pantang) dan tidak manis diperkatakan, terutamanya oleh mereka yang belum berkahwin.

Lupakan sejenak perbezaan kedua-dua pendapat ini kerana realitinya,semakin ramai remaja terbabit dalam aktiviti seks luar nikah dewasa ini.

Mengikut Tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 - membabitkan 350,000 responden dari 41 negara - secara purata, seseorang mula melakukan hubungan seks buat pertama kali - hilang dara atau teruna - antara usia 16 tahun dan 20 tahun atau purata usia 17.7 tahun.

Remaja Malaysia? Secara purata, remaja Malaysia melakukan seks kali pertama pada usia 19.3 tahun berbanding 20 tahun pada 2001 sedangkan kajian Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (PPPKM) mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan 25 tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan tahun, dulu.

Sukar untuk mempercayai perkara sedemikian berlaku di kalangan
masyarakat yang membesarkan anak kecil mereka dengan gambaran bahawa seks adalah satu perkara yang ?tidak baik? melainkan adanya ikatan perkahwinanantara dua pasangan lelaki dan perempuan.

Adakah remaja hari ini tidak menerima lagi pandangan dan `didikan? ini hanya kerana dunia dan masyarakat semakin moden, dunia tanpa sempadan dan globalisasi yang penuh mencabar?
Tidakkah mereka memikirkan masa depan yang akan gelap jika hamilsebelum berkahwin? Apakah yang akan terjadi pada persekolahan atau kerjaya mereka? Sekolah terbiar, kerjaya tergugat.

Belum lagi mengambil kira malu pada diri, keluarga dan masyarakat.Sanggup dibuang keluarga kerana menconteng arang ke muka mereka semata-mata kerana mengikut nafsu? Sanggup `dibelasah? kerana merosakkan anak gadis orang?
Pendek kata, dunia akan `tunggang-terbalik?!
Kebanyakan remaja yang terbabit dalam hubungan seks ini menyedari bahawa perbuatan mereka itu salah, tetapi rela membiarkan nafsu menguasai diri berbanding akal fikiran yang waras.

Ada juga yang terbabit dalam seks luar nikah ini memberi pelbagai
alasan - seperti tekanan hidup - untuk `menghalalkan? perbuatan mereka.

Bukan itu saja, ada yang melakukan seks oral (hubungan seks yang membabitkan mulut dan alat sulit saja) dengan anggapan bahawa ia?ringan? dan tidak akan menyebabkan kehamilan.
Harus diingat, biarpun tidak menyebabkan kehamilan, ia masih berisiko untuk menyebarkan penyakit kelamin, herpes, sifilis dan hepatitis, sama seperti hubungan seks secara langsung.
Ramai remaja juga menerima perlakuan `intim? seperti berpeluk, bercium atau seks antara pasangan kekasih, sebagai sesuatu yang normal.

Pihak berkaitan, terutama ibu bapa harus memandang serius perkara ini.Melihatkan peningkatan bilangan kelahiran anak luar nikah dan pengguguran bayi, remaja seharusnya didedahkan mengenai keburukan perbuatan inipada fizikal, emosi, mental, sosial dan spiritual kepada pelakunya.

Pakar Psikologi dan Ketua Unit Pembangunan Penyelidikan Kesihatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Dr Sarinah Low Abdullah berkata,sesetengah ibu bapa tidak menitikberatkan pendidikan seks kepada anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak itu berusaha mendapatkan maklumat yang ?tidak selamat? daripada sumber lain seperti rakan, buku,majalah, laman web atau cakera padat video (vcd) lucah.

Katanya, anak-anak ini harus diberi pendidikan nilai dan spiritual,
yang akan membantu menjadi benteng menangani gejala tidak sihat.
?Tanpa nilai ini, remaja akan memudah `tergoda? dengan pujuk rayu dan ajakan untuk melakukan perkara tidak baik kerana tiada disiplin dan prinsip yang kukuh untuk dipegang,? katanya.
Hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu menghindarkan golonganremaja daripada melakukan perkara yang negatif dan pada masa yang sama, remaja juga harus berfikir dengan lebih rasional dan tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya yang tidak baik.

30 peratus remaja `terjebak?... i-Kon turut menjalankan kajian mengenai isu ini. Kajian ini membabitkan 100 remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, berusia lingkungan 15 tahun ke 30 tahun. Mereka ini terdiri daripada pelajar, penuntut institusi pengajian tinggi dan sebahagiannya sudah memasuki alam
pekerjaan.(Kadar maklum balas adalah 100 peratus - bermakna semua remaja yang didekati bersetuju untuk menyertai kajian ini. Peratusan kadar maklum balas penting bagi menentukan kajian ini sahih dan boleh digunakan)

Responden ini ditemui i-Kon dalam kajian yang dijalankan di pusat
beli-belah, stesen pengangkutan awam dan kedai makan.
Penemuan kami, 31 peratus (31 remaja) mengaku sudah melakukan seks dan tujuh daripadanya (23 peratus daripada 31 remaja) melakukan perbuatan itu ketika belum mencecah usia 15 tahun!

Mengejutkan? Sudah pasti ya kerana di kala usia masih mentah dan kehidupan seharusnya ditumpukan untuk mencapai cita-cita, remaja ini `hanyut? melayan nafsu atas alasan ingin tahu dan cinta.

Lebih membimbangkan apabila sebahagian besar pelajar iaitu 65 peratus membenarkan pengguguran dilakukan jika mengandung anak luar nikah.

Sikap liberal remaja ini sememangnya `menggerunkan? dan sewajarnyamembuka mata pihak berkaitan untuk melakukan sesuatu kerana ia akan mendorong kepada amalan tidak sihat.
Walaupun kajian ini tidak mewakili keseluruhan remaja di negara ini, ia setidak-tidaknya dapat memberi gambaran mengenai pandangan remaja mengenai isu seks, pemahaman dan tahap kesedaran berhubungnya.

Penemuan lain kajian i-Kon:

* 57 peratus remaja mengaku pernah bercium, terutama dengan teman
istimewa;

* 69 peratus remaja pernah berpeluk dengan teman istimewa.

* 80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa;

* 55 peratus remaja pernah menonton filem lucah;

* 43 peratus remaja pernah melayari laman web lucah;

* Majoriti remaja iaitu 81 peratus mendapatkan maklumat mengenai seks daripada buku dan majalah (bukan bahan bacaan lucah);

* 72 peratus remaja mendapat maklumat seks daripada rakan;

* Kira-kira 30 peratus ke 40 peratus remaja mendapat pengetahuan mengenai seks daripada video, majalah dan laman web lucah;

* 59 peratus remaja bersetuju penggunaan kondom adalah antara kaedah perancangan keluarga yang berkesan;

* Kira-kira 90 peratus remaja menganggap hubungan seks luar nikah sebagai tidak baik dan boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan...

Agak susah nak menjawab soalan ini. selalunya org menganggap ianya sebagai theory & rhetorics apabila kita cuba menjawab dari perspektif islam.seperti mana malam tadi, ahad malam, diastro c4, satu perbincangan yg antaranya mengatakan 'ustaz hanya tahu mghukum haram haram haram'.
Kita boleh melihat dari dua perspective. Mengikut cara barat, apabilaada masalah, maka mereka cuba tackle masalah tu. Contohnya, dgn hiv, satu cara ialah condom dan jarum percuma. Tapi barat jarang melihat kepada roots@akar kerana freesex itu adalah syurga kehidupan mereka.
bagaimana pula islam menangani perkara begini. Disinilah ianya
berbunyi theory dan rhetoricsk. Islam tackle perkara perkara tersebut dgn menyentuh perkara fundamental. Fundamental berbentuk 'prevention is better than cure', ie 'mencegah lebih mujarab dari mengubati'.,
Islam mengatakan "jauhi lah kamu dari zina".Islam kata kalau nak keluarkan air mani, biar pada tempat yg halal.Islam mengatakan kepada lelaki "tundukan lah mata kamu apabila memandang
perempuan"

Islam mengatakan "cari lah kawan kawan yg baik" - islam mengatakan,kawan dgn tukang besi dapat bau besi, kawan penjual myk wangi, dapat bau wangi.

Islam mengatakan "berilah anak kamu pendidikan yg baik".
Islam kata jauhi pergaulan bebas.

Ada org menjawab, ada pendidikan yg baik pun buat jugak. Dari sekolah agama pun buat jugak. Jawapan yg boleh dibahagi ialah, pendidikan dan sekolah agama adalah ilmu. selepas ilmu adalah praktiknya. Didalam praktiknya ada pula cabaran. Maka islam mengatakan, berilah pendidikanyg baik, kemudian carilah kawan kawan yg baik, kemudian bila memandang perempuan/lelaki tundukan mata kamu dan kemudian jangan kamu bergaul bebas tanpa batasan, tanpa akhlak, kemudian jauhilah kamu dari zina.
"Jauhilah kamu dari zina" adalah sesuatu yg relatif. Katakanlah
apabila dua couple pergi menonton di panggung wayang. Didalam gelap gelita,badan bergesel, tangan berpegang, yg perempuan mula berada dibawak ketiak lelaki, & so on, so on. Yuppp, masa itu tidak berlaku zina, tetapi rasa dan berahi akan terbuka pada masa itu. Kalau lelaki itu ada duit, jgn terperanjat selepas itu akan 'check in' pula.

BAGI liberalist,kenapa kaitkan zina dgn menonton wayang. Liberalist kata takkan tengok wayang boleh jadi zina. Tapi islam kata itu semua akan membawa kepada zina. Itu sebab perkataan yg digunakan ialah jauhi.Zina tidak berlaku dgn hanya jumpa pertama kali dan terus berzina. Hanya one nite stand dan pelacuran sahaja dimana zina berlaku dalam keadaan segera, ie jumpa terus berzina. Dalam kes kes lain, zina berlaku setelah
terbitnya perkenalan dan pergaulan dan kemesraan. Salam perkenalan sebuah zina ialah Senyuman pertama, kemudian dating pertama,kemudian berdua dua pertama dan bagi mereka yg kalah kepada syaitan dan nafsunya telah dibuka, ianyanya menjadi perobohan pertama mahkota.

Kalau dibaca majalah mustika, dua tiga bulan lalu, terdapat banyak adigan ringan dan berat yg hanya bermula di tempat tempat yg sunyi, yg pada mulanya berdua duan.

Jadi apa jawapan praktikal nya hari ini:-

1- memberi pendidikan ugama pada anak.
- kempen pada suami isteri, bila nak buat seks tu, baca doa, dah sudah pun baca doa, agar benih itu benih anak sholeh - jgn hentam keromo aja.
2- emak dan bapa jaga akhlak - kalau emak & abah seluar pendek, tunggu masa anak anda pagai spaggeti string and seluar pendek. Ataupun pakai tudung dgn seluar ketat.
3-menasihat anak supaya menjauhi pergaulan bebas.
4- mengawal anak dgn tahu dengan siapa dia keluar didalam waktu yg berpatutan.
5- memberitahu anak akan bahayanya berdua duan.
6- mghancurkan industri cd lucah, kerana bila melihatnya ada keinginan utk mencuba.
7- meminta menteri supaya bertanggung jawab akan program progam tv,
8- meminta astro supaya jgn keterlaluan iklan dan program nya.
9- meminta hotel hotel supaya lebih bertanggungjawab.
10-kempen bahaya berdua duaan. Menyedarkan anak anak bahawa yg ketiga adalah syaitan.
11-kempen kepada anak dara dan org perempuan supaya menjaga diri dan mahkota mereka.
12-kempen kepada anak lelaki dan org lelaki supaya jangan memusnahkan mahkota perempuan.
13-tengok wayang dengan keadaan ada lampu (ada yg melenting lenting dengar cadangan ni- cadangan tok guru kelantan)
- mengawal kawasan kawasan perkhelahan spt pantai dan air terjun supaya zina tidak berlaku.
14- kempen agar belanja kawin dimurahnya dgn ala kadar (bukan total cost hampir 15 ribu)
15-kempen supaya kawin cepat.
16-kempen supaya berpuasa utk mereka yg tidak dapat menahan nafsu.
17- kempen bahaya seks bebas
18 - kempen bahawa jika dah terkena akan mudah terkena lagi.

Rasanya, perkara diatas ini bukan rethoric. Ianya sebahagian kecil yg boleh dilakukan. Mungkin ada banyak lagi yg boleh disenaraikan.cadangan diatas merangkumi pendidikan, institusi media, menteri,perhotelan, perkhelahan, membina rumahtangga, berbentuk peribadi etc.
Kalau diatas itu masih dikatakan sebagai theori dan rhetorik, saya
angkat tangan tinggi tinggi sampai nampak ketiak.

gitulah agaknya... ... ...

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved