DIABETES
ISTILAH PENTING BAGI MEMAHAMI DIABETES;
� INSULIN
Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut.
Insulin berfungsi membantu glukosa memasuki sel badan dan menukarnya menjadi tenaga.
� GLUKOSA
Sejenis bahan yang dihasilkan melalui pemakanan.
Makanan di dalam perut akan ditukarkan menjadi glukosa dan diserapkan ke dalam saluran darah bagi mengeluarkan tenaga.
APAKAH YANG MENYEBABKAN PENYAKIT DIABETES
Diabetes berlaku apabila hormon insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi atau tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukosa yang terkumpul di dalam darah tidak dapat masuk ke sel badan. Oleh itu, glukosa akan terkumpul dengan banyaknya dalam darah dan melimpah ke dalam air kencing.
Keadaan ini juga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga walaupun paras glukosa dalam tinggi dalam darah.
SEBAB-SEBAB DIABETES
Berlebihan berat badan Keturunan Pemakanan Tidak aktif secara fizikal Faktor lain seperti bangsa, umur dan jantina
TANDA DAN GEJALA DIABETES
Sentiasa dahaga Kerap membuang air kecil Susut berat badan walaupun berselera makan Luka lambat sembuh Merasa letih dan lesu Gatal terutama pada kemaluan
BAHAYA DIABETES
Diabetes yang tidak dirawat atau dikawal akan mengakibatkan kesan yang serius kepada pesakit. Gangrin (tisu mati), kudis yang menular yang boleh menyebabkan kaki di potong, Rabun yang boleh mengakibatkan buta,Serangan jantung,Angin ahmar (stroke),Tekanan darah tinggi, Penyakit buah pinggang, Koma atau tidak sedarkan diri.Penyakit saraf (hilang deria rasa/sentuh). Contohnya: tidak merasai kesakitan terpijak objek tajam.
UBAT-UBATAN BAGI PESAKIT DIABETES
� UBAT MAKAN
Tujuan Ubat Makan
Tujuan utama ubat diabetes adalah bagi membantu merendahkan kandungan gula (glukosa) dalam darah. Ubat ini bertindak melalui 2 cara :
1. Membantu badan menghasilkan lebih banyak insulin. 2. Membantu sel-sel badan menggunakan insulin yang terhasil dengan lebih baik.
Pengambilan Ubat Makan
Patuhi arahan yang tercatat pada sampul ubat. Jangan makan ubat-ubat yang lain kecuali diarah atau diluluskan oleh doktor.Jangan mengurangkan atau menggandakan dos anda. Sekiranya anda terlupa dan terlepas waktu makan ubat, anda hendaklah segera memakannya apabila teringat dan ubahkan waktu yang berikutnya atau jika masa dos berikutnya telah hampir, lupakan dos yang tertinggal dan ikut semula jadual biasa.
Perhatian Semasa Mengambil Ubat Ini
Beritahu doktor sebelum pembedahan, rawatan pergigian atau rawatan kecemasan yang dijalankan.Beritahu doktor jika anda sedang mengandung atau ingin mengandung.
Dapatkan nasihat doktor jika anda sedang menyusukan anak anda dengan susu ibu.
Makan atau minum sesuatu yang manis jika gejala-gejala paras gula (glukosa) rendah berlaku dan terus hubungi doktor anda.
Antara gejala paras gula (glukosa) darah rendah ialah seram sejuk, peluh sejuk, kulit pucat dan sejuk, denyutan jantung kencang dan gelisah.
Jenis ubat makan GLUCOBAY - Acarbose 50 mg. DIAMICRON - Gliclazide 80mg. MINIDIAB - Glipizide 5mg. GLUCOPHAGE - Metformin 500mg. DAONIL - Glibenclamide 5mg.
� UBAT SUNTIKAN
ACTRAPID HM PENFILL Neutral Insulin MIXTARD 30 HM PENFILL Biphasic Isophane MONOTARD HM Insulin Zinc Suspension ACTRAPID HM Neutral insulin
SUNTIKAN INSULIN - MENYEDUT INSULIN
1. Cuci tangan dengan sabun dan air. Keringkan tangan. Kemudian gelek botol insulin perlahan-lahan di antara tapak tangan. Jangan goncang botol.
2. Bersihkan penutup getah pada botol insulin dengan kapas beralkohol.
3. Sedut udara dalam picagari dengan menarik pelocok sehingga hujungnya mencecah garisan yang menunjukkan tanda dos anda.
4. Cucukkan jarum ke dalam penutup getah botol insulin dan tolakkan pelocok ke bawah.
5. Terbalikkan botol & picagari . Tarik pelocok perlahan-lahan dan sedut insulin ke dalam picagari beberapa unit lebih sedikit daripada dos insulin anda.
6. Jika terdapat buih udara di dalam picagari, jentik di bahagian picagari yang mengandungi buih udara supaya ianya bergerak ke bahagian atas picagari. Tolak hujung pelocok ke paras dos anda.
7. Cabut picagari dari botol. Pasangkan penutup jarum dan letakkan ia di permukaan yang rata sehingga anda bersedia untuk membuat suntikan.
MENCAMPURKAN INSULIN
2 Jenis Insulin Digunakan Oleh Pesakit
1. Cuci tangan dengan sabun dan air. Buka penutup logam. Bersih penutup getah pada botol insulin dengan kapas beralkohol.
2. Sedut udara dalam picagari mengikut dos anda.
3. Masukkan sukatan udara sama dengan dos yang diperlukan. Jangan sedut insulin ke dalam picagari.
4. Gelek insulin jernih perlahan-lahan di antara dua telapak tangan.
5. Buka penutup logam dan bersih penutup getah dengan kapas beralkohol.
6. Sedut udara ke dalam picagari mengikut dos insulin anda.
7. Cucuk jarum ke dalam getah botol insulin dan tolakkan pelocok ke bawah.
8. Terbalikkan botol dan picagari. Sedut insulin perlahan-lahan ke dalam picagari.
9. Jentik di bahagian picagari yang mengandungi buih udara.
10. Campur insulin keruh betul-betul dengan menggolekkannya di antara kedua-dua telapak tangan.
11. Dengan menggunakan picagari yang sama, sedut insulin keruh mengikut dos yang diperlukan.
12. Gelek picagari yang mengandungi campuran insulin perlahan-lahan di antara tapak tangan.
13. Pasangkan penutup jarum dan letakkan ia di permukaan yang rata sehingga anda bersedia untuk membuat suntikan.
DIET DAN DIABETES
Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetis Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.
Diet Diabetis adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetis, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.
Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.
Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian.
Cadangan pembahagian kalori : 15% Protein, 30% Lemak, 55% Karbohidrat.
MATLAMAT RAWATAN DIET
1. Untuk mengawal paras glukosa di dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.
2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.
3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.
4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.
5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi diabetis.
6. Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetis IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami 3 perkara penting iaitu:
� Apa yang hendak dimakan � Waktu makan yang sesuai � Amaun makan yang boleh dimakan.
APA YANG HENDAK DI MAKAN
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetis.
1. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Makanan /minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah dengan kadar yang cepat.
Contoh : Gula Pasir, Gula merah, Gula melaka, Gula batu, Gula-gula, Sirap, Jeruk, Halwa,Kuih-kuih manis, Susu pekat manis, Buah-buahan dalam tin, Minuman ringan, Coklat Jem ( kecuali jem untuk Diabetis ) , Semua makanan bersalut gula.
2. MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN
Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.
Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya.
Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari., bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.
Contoh : Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/jus, sayuran berkanji -labu, jagung, serbuk coklat.
3. MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN
Contoh : Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, kicap, sos, garam.
PENGAMBILAN SERAT YANG BETUL
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air - ia membantu penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan - membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan.
Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah.
Saranan pengambilan serat : 30 - 40 gm. sehari.
Contoh makanan yang mengandungi serat : Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.
PENGAMBILAN LEMAK YANG BETUL
1. LEMAK TEPU Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan iaitu santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolestrol darah.
2. LEMAK TAK TEPU
Lemak poli tak tepu Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolestrol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang 'sederhana'.
Lemak mono tak tepu Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaitun, minyak sunflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
PENGAMBILAN PROTEIN YANG BETUL
Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15 - 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.
Protein boleh didapati dari sumber bijirin ( roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dan lain-lain ) atau dari sumber haiwan ( daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu ) . Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.
PENGAMBILAN VITAMIN DAN ZAT GALIAN YANG MENCUKUPI
Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromiun dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes. Kromiun mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.
Senarai penukaran makanan akan memberi sukatan atau ukuran makanan yang seimbang dari sehari ke sehari dan membenarkan ukuran yang sesuai dengan penyediaan makanan.
SENARAI 1
Makanan yang terkandung di dalam senarai ini terdiri daripada makanan berkarbohidrat. Setiap penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 15 gm protein dan 50 kalori.
Contoh : Beras (belum masak) } 1 penukaran = 15 gm Nasi putih } 1 penukaran = 1/4 mangkuk cina/cawan Bubur Nasi } 1 penukaran = 1/2 mangkuk cina/cawan Mee/Bihun/Kue teow } 1 penukaran = 1/4 mangkuk cina/cawan Tepung gandum, tepung kanji, tepung beras, tepung atta, tepung jagung, tepung suji dan tepung sagu } 1 penukaran = 2 sudu besar paras. Bijirin sarapan pagi (tidak bersalut gula) } 1 penukaran = 2 sudu besar paras Biskut tawar, biskut krim kraker dan biskut marie } 1 penukaran = 2 keping Biskut masin } 1 penukaran = 5 - 6 keping Putu mayam, tosai, capati, roti prata, idli } 1 penukaran = 1/2 keping kecil atau 1/4 keping besar
SENARAI 2
Senarai ini terdiri daripada sayuran berkanji. 1 penukaran mengandungi 10gm karbohidrat, 1.5 gm protein dan 50 kalori.
Contoh : Buah sukun, kacang panggang, jagung segar/tin, kekacang pis segar/tin, labu kuning, keledek, ubi kayu } 1 penukaran = 1/2 cawan Karot } 1 penukaran = 1 batang saiz sederhana. Ubi kentang } 1 penukaran = 1 biji kecil.
SENARAI 3
Senarai ini terdiri daripada berbagai jenis kacang yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 7 gm protein, 16 gm lemak dan 210 kalori.
Contoh: Buah badam, kacang Brazil, biji gajus, kacang jawa, kuaci } 1 penukaran = 1/3 cawan (dibuang kulit)
SENARAI 4
Senarai ini terdiri dari berbagai jenis kekacang yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 6 gm protein, 6 gm lemak dan 100 kalori.
Contoh : Kacang kuda, kacang dal, kacang hitam, kacang tanah, kacang hijau, kacang merah, kacang pis (kering), kacang soya, jenis-jenis sayur kacang } 1 penukaran = 1 sudu makan yang belum dimasak atau 2 sudu makan yang telah dimasak.
SENARAI 5
Senarai ini terdiri dari berbagai jenis susu yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 8 gm protein, 9 gm lemak dan 150 kalori.
Contoh : Susu lembu segar, susu UHT } 1 penukaran = 1 gelas (240 ml) Susu masam, tairu } 1 penukaran = 1/2 gelas (120 ml) Susu tepung penuh krim } 1 penukaran = 2 sudu makan paras Susu skim (80 kalori) } 1 penukaran = 3 sudu makan paras
SENARAI 6
Senarai ini menerangkan ukuran buah-buahan . 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat dan 40 kalori . Elakkan buah-buahan tin yang bergula !!!!
Contoh : Mangga, pir, delima } 1 penukaran = 1 biji kecil Epal/Lai, pisang, buah nona } 1 penukaran = 1 biji saiz sederhana Jambu batu, Oren/limau, buah pic, pisang kaki, ciku, belimbing } 1 penukaran = 1 biji sederhana Aprikot, kedondong, manggis, plum, jambu air/mawar } 1 penukaran = 1 biji sederhana Anggur, duku, duku langsat, langsat/longan } 1 penukaran = 8 - 10 bijiLaici, rambutan } 1 penukaran = 4 - 5 biji Cempedak } 1 penukaran = 3 ulas Prun } 1 penukaran = 3 biji Durian, nangka } 1 penukaran = 1 ulas besar atau 2 ulas kecil Betik, nenas, tembikai } 1 penukaran = 1 potong Air tebu } 1 penukaran = 1/2 cawan (60 ml) Air kelapa } 1 penukaran = 1 gelas (240 ml)
CONTOH MENU
1800 KALORI ( 25 PENUKARAN KARBOHIDRAT)
SARAPAN PAGI 1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati . 1 biji telur atau 1 keping daging . Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung.
MINUM PAGI 2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut . Teh atau kopi (tanpa gula).
MAKAN TENGAHARI 1 1/2 cawan nasi putih | 1 ekor ikan (sederhana) atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging | 1 cawan sayur | 1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.
MINUM PETANG 2 keping kuih (tanpa gula) atau 1/2 mangkuk bubur (tanpa gula) | Teh atau kopi (tanpa gula)
MAKAN MALAM Sama seperti makan tengahari atau 1 1/2 cawan mee atau bihun atau kue teow atau 4 keping roti.
1500 KALORI ( 21 PENUKARAN KARBOHIDRAT)
SARAPAN PAGI 1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati 1 biji telur atau 1 keping daging | Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung.
MINUM PAGI 2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut | Teh atau kopi (tanpa gula)
MAKAN TENGAHARI 1 cawan nasi putih | 1 ekor ikan saiz sederhana atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging | 1 cawan sayur | 1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.
MINUM PETANG 2 keping kuih (tanpa gula) atau 1/2 mangkuk bubur (tanpa gula) | Teh atau kopi tanpa gula
MAKAN MALAM Sama seperti makan tengahari atau 1 cawan mee atau bihun atau kue reow atau 3 keping roti.
DIABETES DAN PUASA
Berpuasa tidak menjadi halangan kepada pesakit diabetes. Jumlah keperluan kalori dan pembahagian diet sepanjang hari adalah sama seperti hari biasa (cuma dilaksanakan di sebelah malam).
HARI BIASA HARI BERPUASA
Sarapan pagi = Berbuka puasa Makan tengahari = Makan selepas solat terawih/sebelum tidur Makan malam = Sahur
Peringatan :
Prinsip asas penjagaan Diet Diabetes adalah tidak berubah. Pesakit tidak dibenarkan mengambil makanan / minuman yang melibatkan gula ringkas.
PENJAGAAN KAKI
� Cuci kaki anda dengan sabun dan air suam setiap hari. Lap dan pastikan kaki anda betul-betul kering, khususnya di celah-celah kaki.
� Sapukan pelembap pada kaki anda tetapi elakkan di kawasan celah-celah kaki.
� Periksa kaki anda bagi mengesan luka, kudis atau melecet . Beritahu doktor sekiranya anda dapati ada yang tidak kena pada kaki anda.
� Ratakan bahagian hujung ibu jari kaki anda . Pastikan anda memakai stokin yang lembut dan selesa.
� Elakkan berjalan tanpa kasut yang selesa . Periksa selalu.
SENAMAN
� Senanam menggunakan glukosa darah dan membakar lemak-lemak dalam badan serta memperbaiki edaran darah dan menguatkan jantung
� Bersenamlah selama 20 - 30 minit setiap kali sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
� Panaskan badan sebelum senaman dan sejukkan badan selepas senaman untuk mengelak kesakitan dan kecederaan otot kemudian nanti.
� Jenis senaman yang boleh dilakukan ialah berjoging, berjalan dengan cepat, berenang, menaiki tangga, lompat tali, bermain badminton, tenis dan bola keranjang.
Dan Jangan lupa utk mengekalkan faktor imum tubuh badan anda dengan meminum susu IgG setiap hari. |  |