Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 5,315 viewed


Apakah maksud darurat dan apakah bentuk kelonggarannya?
Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

Islam ialah satu agama yang lengkap lagi komprehensif bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah. Pada ketika yang sama ia juga adalah satu agama yang mudah lagi sederhana. Hukum-hakam Islam mempunyai azimah dan rukhsahnya. Hukum azimah ialah hukum asal yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul, umpamanya pengharaman arak dan babi serta kewajipan berpuasa di bulan Ramadan. Hukum rukhsah pula ialah hukum keringanan dan kelonggaran yang boleh diaplikasikan di dalam keadaan tertentu, sebagai contoh, harus berbuka puasa Ramadan ketika sakit dan harus memakan babi di saat kebuluran. Umat Islam diwajibkan beramal dengan hukum-hakam azimah melainkan apabila wujud suasana darurat yang mengharuskan pengambilan hukum-hakam rukhsah.

Keadaan darurat ada definisi dan perinciannya. Imam Qartubi berpendapat: Darurat biasanya berkaitan dengan paksaan oleh golongan zalim agar kita melakukan sesuatu. Ia juga berkaitan dengan kelaparan di saat kebuluran. Imam Fakhrul Razi pula berpendapat: Darurat mempunyai dua sebab, pertama, kebuluran yang bersangatan tanpa mendapati sebarang makanan yang halal dan kedua, dipaksa untuk melakukan sesuatu. Imam Ibn Arabi pula berkata: Darurat ialah keadaan dipaksa untuk melakukan sesuatu, suasana kebuluran ataupun kefakiran tanpa memiliki sesuatu. Ulama Maliki berkata: Darurat ialah takutkan kehancuran ataupun kematian secara pasti (qathii) ataupun berdasarkan andaian yang kuat (zanni). Hukum darurat wujud apabila seseorang mengkhuatiri kehancuran akan menimpa ke atas dirinya berdasarkan andaian yang kukuh, walaupun tidak dapat dipastikan secara seratus peratus. (Rujuk: Nazariyah Ad-Darurah As-Syariyah, Dr. Wahbah Az-Zahili, Muassasah Ar-Risalah, Beirut, 1979)

Seterusnya, Dr. Wahbah Az-Zahili di dalam Nazariah Ad-Darurah As-Syariyah merumuskan: Darurat ialah keadaan yang menimpa ke atas seseorang insan di dalam bentuk keberbahayaan ataupun kesusahan yang mendesak sehingga ditakuti berlakunya kemudaratan ataupun kesakitan ke atas diri, anggota badan, kehormatan, akal, harta benda dan yang sehubungan dengannya. Diharuskan ketika itu mengambil benda-benda yang haram ataupun meninggalkan yang wajib ataupun menangguhkan kewajipan daripada waktunya, semata-mata untuk menolak kemudaratan..

Selepas dianalisis pandangan-pandangan ini, darurat boleh didefinisikan secara amnya sebagai keadaan yang memerlukan hukum-hakam keringanan terutamanya ketika terlalu lapar, terlampau dahaga, sedang berubat, menghidapi penyakit, di dalam keadaan terpaksa, kelupaan, kejahilan, kepayahan, keadaan yang tidak dapat dihindari atau umumul balwa, ketika bermusafir, sakit, kesempitan dan juga ketika berdepan dengan suatu keadaan yang luar biasa. Sekiranya hukum-hakam rukhsah (kelonggaran) ini tidak wujud dan penekanan hanyalah kepada hukum-hakam azimah, umat Islam pasti akan binasa ketika berdepan dengan suasana kecemasan atau darurat.

Sebenarnya, hukum-hakam rukhsah lahir daripada nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah. Allah berfirman: Sesungguhnya diharamkan ke atasmu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain daripada Allah. Sesiapa yang terpaksa tanpa menginginkannya dan tidak melampaui batas, tidak ada dosa baginya. Allah Maha Pengampun lagi Penyayang. (Surah Al-Baqarah ayat 173) Ayat ini menjelaskan, makanan yang pada asalnya diharamkan menjadi halal di dalam keadaan terpaksa jika diambil tanpa melampaui batas.

Mengikut sebuah hadis, Anas bin Malik ra meriwayatkan: Rasulullah memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman ibn Auf dan Zubair ibn Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Walaupun sutera pada asalnya diharamkan ke atas kaum lelaki, namun ia diharuskan apabila diperlukan untuk kesembuhan dari sesuatu penyakit selepas penggunaan benda-benda yang halal (di sudut sebab musabab) gagal menyembuhkannya. Riwayat ini menunjukkan tentang keharusan berubat dengan bahan-bahan yang haram di saat kecemasan atau darurat.

Walau bagaimanapun, keharusan menggunakan kelonggaran ketika darurat tidaklah mutlak. Ia dibatasi oleh kaedah yang berbunyi: Darurat diambil sekadar keperluannya sahaja.

Maksudnya, apabila kelonggaran, contohnya pengambilan makanan yang haram di saat darurat, terpaksa diambil, hukum kelonggaran ini terbatal apabila keadaan darurat terkawal dan suasana kembali seperti sediakala. Sebarang pengambilan makanan yang haram selepas itu dihukumkan sebagai haram. Justeru, hukum kelonggaran di saat darurat ini tidak boleh diambil secara sewenang-wenang. Ia perlu diambil berdasarkan ilmu yang betul dan ketakwaan yang menyuluh.

Dr. Danial bin Zainal Abidin,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd

NAIMCHEM:
Daripada definisi dan penerangan ttgnya

maka tidak ada terma DARURAT yang membolehkan seorang perempuan bersalaman dengan lelaki ajnabi.

Please recheck your words on this...

PERSOALAN PEREMPUAN BERSALAMAN LELAKI AJNABI
Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

Kefahaman yang mantap tentang ilmu Kaedah Fikah termasuk yang berkaitan dengan Hukum Darurat dan Rukhsah memampukan kita untuk meletakkan persoalan ini pada perspektifnya yang betul. Namun ada baiknya juga kita perincikan sedikit isu ini kerana nampaknya ramai orang masih keliru tentangnya.

Pertama sekali kita harus sedari bahawa sebagai satu agama yang mantap, Islam mempunyai prinsip dan cabangnya. Persoalan hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (dan sebaliknya) tidak termasuk dalam perkara prinsip ini. Ia merupakan persoalan cabang yang, dalam banyak hal, mempunyai pelbagai pandangan ulama.

Hukum haram bersentuhan/bersalaman antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin (iaitu yang bukan mahram) tidak sama dengan hukum pengharaman memakan babi, bangkai dan meminum arak. Hal ini disebabkan, jika hukuman haram memakan babi dan meminum arak adalah berasaskan dalil yang sahih, jelas, kuat lagi qathii, dalil pengharaman kerana bersentuhan (bersalaman) antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak sampai ke tahap itu. Justeru, Dr. Yusuf Qardawi berkata, untuk sampai ke satu pandangan yang mantap berhubung dengan isu ini, tanpa bersikap melampau dan meringankan, memerlukan kemantapan intelek, analisis serta psikologi. Walau bagaimanapun, mengikut Dr. Yusuf Qardawi, dua fatwa berhubung isu ini telah disepakati oleh ulama: pertama, haram bersentuhan dan bersalaman antara lelaki dan perempuan dengan syahwat, dan kedua, harus bersalaman dengan dengan perempuan-perempuan tua yang sudah tidak mempunyai keghairahan serta syahwat. Demikian juga, harus hukumnya bersalaman dengan kanak-kanak perempuan yang belum memiliki nafsu syahwat serta keghairahan berbentuk kejantinaan. Mengikut riwayat yang sahih, Abu Bakar pernah bersalam dengan perempuan tua. Selain dari dua kes ini, hukumnya adalah khilaf (tidak disepakati).

Seorang Muslim (lelaki atau perempuan) yang faham, apatah lagi pendakwah, tidak akan bersalaman dengan wanita/lelaki yang bukan mahram. Cuma, kadangkala, ada wanita/lelaki yang menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan para pendakwah. Hal ini sering dihadapi apabila kita terlibat dengan dakwah kepada yang bukan Islam atau non-Muslim. Golongan bukan Islam ingin bersalaman dengan kita sebagai tanda hormat dan terima kasih di atas penerangan yang kita sampaikan. Adakah ketika itu ajaran Islam menyuruh kita menolak dari bersalaman dengannya walaupun kita menyedari perbuatan itu boleh menjatuhkan air mukanya dan menyebabkan dia berpandangan negatif terhadap Islam... ... .?

Terdapat beberapa hadis yang yang berkait rapat dengan persoalan ini dan ulama pula mempunyai pelbagai tafsiran tentang hadis-hadis ini. Justeru Dr. Yusuf Qardawi berkata: Dengan mengutarakan riwayat-riwayat ini saya ingin menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan haram lelaki dan wanita (yang bukan mahram) bersalaman antara satu sama lain adalah satu pendapat yang tidak disepakati. Walau bagaimanapun, saya ingin perjelaskan dua perkara penting tentang isu ini. Pertama, keharusan bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram bersalaman antara satu sama lain hanyalah diizinkan jika dilakukan tanpa syahwat dan fitnah. Kedua, keharusan bersalaman ini sewajarnya disempitkan pada keadaan tertentu sahaja agar pintu-pintu kemungkaran dapat ditutup. Bagi Muslim yang bertakwa, tidak kira lelaki atau perempuan, sewajarnya tidak menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman dengan yang bukan mahram. Namun jika orang yang bukan mahram menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan mereka, bolehlah mereka bersalaman pada ketika itu. Sekian fatwa oleh Dr. Yusuf Qardawi.

Di bawah ini saya paparkan fatwa yang dibuat oleh Dr. Yusuf Qardawi berhubung isu ini. Semoga bermanfaat... ... ... ..

Shaking Hands with Women: An Islamic Perspective. Date of Fatwa: 24/ July/ 2003. By Dr. Yusuf Qardawi. At Islam Online http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=87970

There is no doubt that shaking hands between males and females who are not mahrams has become an intricate issue. Reaching an Islamic verdict on this issue away from extremism and dispensation needs a psychological, intellectual, and scientific effort so that the Mufti gets rid of the pressure of all imported and inherited customs unless they are based on the textual proofs of the Qur?an or the Sunnah.

Before tackling the issue in point, I would like to exclude two points on which I know there is agreement among the Muslim jurists of the righteous predecessors. Firstly, it is prohibited to shake hands with a woman if there is fear of provoking sexual desire or enjoyment on the part of either one of them or if there is fear of temptation. This is based on the general rule that blocking the means to evil is obligatory, especially if its signs are clear. This ruling is ascertained in the light of what has been mentioned by Muslim jurists that a man touching one of his mahrams or having khalwah (privacy) with her moves to the prohibited, although it is originally permissible, if there is fear of fitnah (temptation) or provocation of desire.

Secondly, there is a dispensation in shaking hands with old women concerning whom there is no fear of desire. The same applies to the young girl concerning whom there is no fear of desire or temptation. The same ruling applies if the person is an old man concerning whom there is no fear of desire. This is based on what has been narrated on the authority of Abu Bakr As-Siddiq (may Allah be pleased with him) that he used to shake hands with old women. This is also based on what has been mentioned in the Glorious Qur?an in respect of the old barren women, as they are given dispensation with regard to their outer garments. Almighty Allah says in this regard: As for women past child bearing, who have no hope of marriage, it is no sin for them if they discard their (outer) clothing in such a way as not to show adornment. But to refrain is better for them. Allah is Hearer, Knower. (An-Nur: 60)

Some scholars based their ruling on the action of the Prophet (peace and blessings be upon him) on the day of the Conquest of Makkah. (He did not shake hands with women who pledged allegiance to him). When he wanted to take the pledge of women he said to them: Go, for you have given your oath of allegiance. But it is known that the Prophet?s leaving a matter does not necessarily indicate its prohibition, as he may leave it because it is haram (forbidden), makruh (reprehensible), or because it is not preferable. He may also leave it just because he is not inclined to it. An example of this last is the Prophet?s refraining from eating the meat of the lizard although it is permissible. Then, the Prophets refraining from shaking hands with women (other than his wives) is not evidence of the prohibition, and there should be other evidence to support the opinion of those who make shaking hands absolutely prohibited. Furthermore, some contemporary Muslim scholars have based their ruling concerning the prohibition of shaking hands with women on the Hadith narrated on the authority of Ma`qil ibn Yassar that the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: It would be better for one of you to have himself stabbed on the head with an iron needle than to touch a woman that is illegal for him! (By Al-Tabari and Al-Baihaqi)

Here, the following should be noted. The scholars and Imams of Hadith have not declared the authenticity of this Hadith. Some of them say that its narrators are trustworthy, but this is not enough to prove the authenticity of the Hadith because there is a probability that there is an interruption in the chain of narrators or there was a hidden cause behind this Hadith. That is why Muslim jurists in the periods that followed the death of the Prophet (peace and blessings be upon him) have not based their ruling on the prohibition of shaking hands with women on this Hadith.

However, if we investigate the sahih (sound) Hadiths that are narrated from the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him), we will conclude that the mere touching of hands between a man and a woman without desire or fear of temptation is not prohibited. Rather, it was done by the Prophet (peace and blessings be upon him), whose actions are originally a source of legislation. It is narrated on the authority of Anas ibn Malik (may Allah be pleased with him) that he said: Any of the female slaves of Madinah could take hold of the hand of Allah's Messenger and take him wherever she wished. (Reported by Al-Bukhari) The above mentioned Hadith is a great sign of the modesty of the Prophet (peace and blessings be upon him).

What I conclude from the aforementioned narrations is that the mere touching is not haram. So, if there is no fear of fitnah, then there is nothing wrong with shaking hands when there is a need for it, such as when returning from travel, the non-mahram male relative visiting his female relative, and vice versa, especially if this meeting happens after a long period.

Finally, I would like to ascertain two points. Firstly, shaking hands between males and females who are not mahrams is only permissible when there is no desire or fear of fitnah. But if there is fear of fitnah, desire, or enjoyment, then handshaking is no doubt haram (unlawful).

Secondly, handshaking between males and females who are not mahrams should be restricted to necessary situations such as between relatives or those whose relationships are established by marriage. Also, it is preferable for the pious Muslim, male or female, not to stretch out his/her hand to shake the hand of anyone of the opposite sex who is not mahram. But if he/she is put in a situation that someone stretches out his/her hand to shake hands with him/her, then he/she can do that. End.

Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Alexandria)
Managing Director Danial Zainal Consultancy

Quote:
Adakah ketika itu ajaran Islam menyuruh kita menolak dari bersalaman dengannya walaupun kita menyedari perbuatan itu boleh menjatuhkan air mukanya dan menyebabkan dia berpandangan negatif terhadap Islam... ... .?
---------------------------------------------------

dan tidakkah ini akan menimbulkan fitnah kepada Islam itu sendiri?
Apabila seorang pendakwah wanita bersalaman dengan seorang lelaki ajnabi (dengan niat tidak mahu mengaibkannya), orang biasa yang melihat tentu akan membuat kesimpulan

"Ohh, ini (bersalaman di antara lelaki dan perempuan yg ajnabi) dibolehkan (tidak salah)"

bagaimana pula jika perkara ini berlaku? Tidakkah ia dapat menimbulkan kekeliruan yang lebih besar?

Adalah lebih baik sekiranya pd ketika itu seorang pendakwah bertegas dgn prinsip ilmu yang ada dengan tidak menyambut salam itu, (kemudian tak perlulah dia buat justifikasi utk katakan itu 'darurat' bagi dirinya pada ketika itu).

adakah itu lebih mudah?

TQ.
Assalamualaikum. Saya rasa jawapan Dr. Danial dan fatwa Prof Yusuf Qardawi begitu jelas sekali. Sudahkah saudara baca betul-betul fatwa ini. Fatwa ini menyuruh kita menilai keadaan. Apa yang Dr. Danial sebutkan ialah tentang satu keadaan yang boleh saja berlaku. Saya sendiri pernah berada dalam keadaan seperti itu. Ada kalanya saya mampu menolak dari bersalam secara yang baik. Ada kalanya saya bersalaman. Mengapa saudara berkeras tentang sesuatu yang Islam berlembut dengannya? Mengapa saudara menjadikan sesuatu yang cabang kepada sesuatu yang prinsip? Saudara perlu baca buku "Durus fil Amal Islami" oleh Said Hawa. Ada terjemahannya dalam B. Malaysia. Terima kasih.
USTAZ NAJMIN
Setuju dengan ustaz Najmin. Saya secara peribadi, walaupun pertama kali membaca fatwa tentang ini, berasa ingin lebih berhati-hati selepas ini kerana tulisan ini mempunyai clause yang jelas. Ia amat menyedarkan. Saya rasa cukuplah perbincangan tentang ini... ..

Saya sekadar hendak bertanya kepada Dr danial sama ada beliau ada menulis buku tentang 'darurat dan rukhsah' dalam perubatan. Saya perlukan panduan sebab bekerja di hospital. Thanks.
ROS
Terima kasih. Boleh manfaatkan buku saya "Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden Edisi-2". Di bahagian awal saya perjelaskan tentang perkara ini. Tulisan dalam bahagian ini merujuk kepada beberapa kitab, antaranya:
- Ufuk Risalah Taklim, Said Hawa, Pustaka Salam, KL, 1984, jil. 2,
- Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, Darus Salam, 1985,
- Kaidah-Kaidah Hukum Islam, Dr. Abdul Wahhab Khallaf, Penerbit Risalah, Bandung, 1985,
- Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, Terjemahan H. Salim Bahreisy, Pustaka Bina Ilmu, Surabaya, 1981, jil. 1,
- Usul Al-Fiqh, Abu Zahrah, Darul Fikri, Kaherah, 1958,
- Islamic Perspectives in Medicine, Shahid Athar (MD), American Trust Publications, Indianapolis, 1993,
- At-Tib An-Nabawi, Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Darul Turath, Kaherah, 1978,
- Nazariyah Ad-Darurah As-Syariyah, Dr. Wahbah Az-Zahili, Muassasah Ar-Risalah, Beirut, 1979, hal 73

Dr. Danial bin Zainal Abidin,
(M.B.Ch.B., Alexandria)
General Practitioner,
Managing Director Danial Zainal Consultancy
Author of 8 Books

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved