Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 budak_nakall • 9 years ago • 9,098 viewed


Guna telefon sebar rakaman lucah


KUALA LUMPUR: Kecanggihan telefon bimbit yang mampu membuat rakaman video disalahgunakan remaja liar untuk merakam parti seks beramai-ramai sebelum disebarkan kepada rakan sebaya.


Kegiatan jijik itu terbukti apabila lebih 13 rakaman video parti seks liar menggunakan telefon bimbit membabitkan lebih 15 remaja lelaki dan enam perempuan tersebar meluas di kalangan pengguna telefon bimbit.


Lebih memalukan rakaman video yang dimuat turun itu didapati 100 peratus dilakonkan remaja Melayu yang tanpa segan silu meniru dan menggayakan perlakuan seks seperti filem lucah dari barat.


Antara tajuk rakaman video lucah yang tersebar meluas itu ialah Sentul, Bohsia Kena Paksa, Cikaro, Mat Rempit, Mek Kelantan 1 dan 2, Melayu Kita, Najwa Ampang dan Student KL.


Perlakuan luar biasa itu menimbulkan tanda tanya apabila kebanyakan pelakon video lucah terbabit seolah-olah berbangga dengan apa dilakukan mereka.


Ini dibuktikan apabila kebanyakan gadis yang dirakamkan dalam telefon bimbit itu merelakan wajah masing-masing dirakam ketika disetubuhi beramai-ramai.


Siasatan Harian Metro mendapati antara rakaman video telefon bimbit yang paling hangat diperkatakan klip video bertajuk ?Sentul? membabitkan perlakuan seks antara lima remaja lelaki dan seorang gadis belasan tahun.


Rakaman video itu dianggap memeranjatkan apabila gadis terbabit secara berseloroh bertanya adakah hanya ada lima lelaki sahaja yang ingin ?melayannya?.


Kata-kata itu disambut gelak ketawa sambil seorang daripada remaja lelaki yang berada di lokasi penggambaran bertanya sama ada gadis itu mahukan 10 lelaki.


Gadis berkemeja-T biru itu merelakan semua lelaki itu menyetubuhinya manakala seorang lagi bertindak sebagai ?jururakam? video.


Rakaman selama hampir dua minit itu mendapati remaja lelaki yang menjadi pelakon utama cuba menghalang wajahnya daripada dikenali dengan menutup sebahagian muka menggunakan kemeja-T merah.


Sejurus selepas selesai memuaskan nafsu, seorang daripada remaja lelaki itu bersorak sambil berkata, ?kami budak-budak jahat Bangsar telah berjaya membuat filem tut (lucah)?. Sementara itu, rakaman video bertajuk ?Bohsia Kena Paksa? memaparkan rakaman seorang gadis Melayu berusia belasan tahun ?dilayan? dua remaja lelaki serentak.


Dalam klip berkenaan kedengaran suara lelaki terbabit mengarahkan gadis tanpa seurat benang itu supaya membetulkan posisi tubuh serta mengeluarkan suara mengghairahkan ketika beraksi.


Turut menjadi rebutan adalah klip video aksi parti seks beramai-ramai sekumpulan remaja yang dipercayai ?Mat Rempit? bersama seorang gadis belasan tahun.


Riak wajah gadis berambut pendek terbabit jelas tidak menunjukkan sebarang rasa malu dengan merelakan tubuhnya digomol beramai-ramai.


Perlakuan seks beramai-ramai itu sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap keruntuhan moral di kalangan remaja selain sikap keterbukaan golongan ini terhadap seks bebas.


Malah, lambakan klip rakaman video lucah terbabit membuktikan semakin ramai remaja wanita dan lelaki Melayu sudah terlanjur selain tidak bimbang rakaman gambar mereka disebarkan meluas.


Tidak sekadar itu, beberapa klip video lain turut memaparkan pasangan remaja Melayu beraksi ?hebat? di ranjang bilik hotel mewah.


Antaranya klip video bertajuk ?Mek Kelantan? dan `Najwa Ampang? yang memperlihatkan gadis ayu menjual maruah diri tanpa segan silu.


Sementara itu, seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi terkenal yang hanya mahu dikenali sebagai Syamsul, 25, mendakwa terkejut dengan kebanjiran klip gambar lucah itu yang kini dimilik kebanyakan pemilik telefon bimbit canggih.


Menurutnya, klip video lucah terbabit mudah dimuat turun melalui sistem sambungan Bluetooth tanpa membabitkan caj bayaran perkhidmatan.


?Saya turut menyimpan sebahagian daripada 10 klip video lucah terbabit selepas ditawarkan oleh rakan-rakan sejak awal bulan ini.


?Selepas mendengar dengan teliti, saya pasti semua pelakon dalam klip itu remaja Melayu tempatan berdasarkan kata-kata diucapkan,? katanya.


Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Bulat, sebelum ini pernah memberi amaran individu yang menyimpan gambar lucah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Menurutnya, polis percaya kegiatan berkenaan akan menjadi ?barah? dalam masyarakat kerana mampu menyebabkan masalah seperti jenayah rogol dan sosial seperti bohsia serta bohjan berleluasa.


Beliau turut menasihatkan pengguna, terutama remaja yang ketagih perkhidmatan (muat turun bahan lucah) supaya menghentikan perbuatan itu sebelum dikenakan tindakan.


Malah peniaga yang menyediakan perkhidmatan muat turun gambar lucah turut berdepan tindakan undang-undang sama.


Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya melalui Rakan Cop di 03-21159999 bagi membanteras gejala ini.


Sumber : Harian Metro.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved