Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 2,187 viewed


SISTEM pertahanan badan (antibodi) kita terbentuk secara perlahan-lahan, selaras dengan peningkatan usia. Ia adalah cara semula jadi badan melawan kemasukan organisma asing termasuk bakteria, virus, fungi dan parasit daripada menyebabkan jangkitan atau masalah kesihatan.

Antibodi terbentuk daripada protein darah yang dihasilkan dalam tisu limfoid sebagai tindak balas terhadap kehadiran antigen (bahan asing) tertentu.

Antibodi ini akan sentiasa bergerak dalam plasma darah untuk menyerang antigen, sekali gus menjadikannya tidak berbahaya kepada badan.

Manusia akan mengalami masalah kesihatan apabila sistem pertahanan badan yang juga disebut imun tidak dapat melawan dan menghapuskan organisma asing yang masuk ke badan.

Secara umumnya, badan ada dua cara untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit, iaitu:

  • Kulit dan lain-lain penghalang seperti membran mukosa (lapisan yang mempunyai lendir), lapisan yang menyaluti rongga badan seperti hidung dan telinga serta sistem imun inat (ciri yang wujud pada seseorang yang diwarisi daripada ibu dan bapa).

  • Sistem pertahanan kedua yang diperoleh daripada sumber luar, sangat khusus dan bergantung penuh kepada keupayaan badan untuk mengenali organisme penceroboh. Sistem imun ini boleh diperoleh secara semula jadi, contohnya bayi mendapatnya daripada ibu, terutama sepanjang tempoh mereka diberikan susu ibu. Kaedah kedua ialah melalui program imunisasi iaitu pemberian vaksin.

    Vaksin mula dicipta oleh Edward Jenner pada lewat 1700 untuk mengawal cacar. Ia kemudian dikembangkan Louis Pasteur pada 1880 yang menggunakan patogen lemah bagi merangsang sistem pertahanan badan terhadap penyakit.

    Dunia penciptaan vaksin terus berkembang dan bagi abad ke-21, vaksin dihasilkan mampu memberi perlindungan kepada beberapa jenis serotype bakteria atau virus, sekali gus dan lebih berkesan.

    Vaksin berfungsi membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dengan membina �ingatan� khas terhadap patogen (kuman).

    �Ingatan� ini membolehkan badan mengenali satu-satu jenis patogen dan menghalangnya daripada menyebabkan jangkitan pada masa akan datang.

    Untuk membolehkan badan �mengingat�, vaksin yang mengandungi satu atau lebih antigen atau bahagian kecil kuman untuk merangsang sel sistem imun tanpa menyebabkan masalah kesihatan kepada individu terbabit.

    Vaksin juga mungkin mengandungi antigen sintetik yang menyerupai antigen asal. Antigen yang dimasukkan dalam vaksin adalah protein yang diambil dari lapisan luar bakteria, tetapi ia tidak menyebabkan gejala penyakit. Kadangkala vaksin dihasilkan menggunakan patogen lemah seperti MMR, varicella dan polio.

    Program pemberian vaksin dimulakan sejak bayi dan kebanyakan perlindungan ini diberi dalam dua tahun pertama hidup seseorang. Ia boleh berikan secara suntikan atau titisan ke mulut. Kedua-duanya memberikan perlindungan sama.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggariskan imunisasi asas bagi melawan penyakit berjangkit seperti Diphtheria (keradangan kerongkong Diphtheria), Tetanus (kancing gigi) dan polio (lumpuh akibat virus poliomyelitis), penyakit tuberkulosis (atau batuk kering melalui vaksin BCG), hepatitis B, batuk kokol (pertusis) dan demam campak.

    Namun, perkembangan bakteria di sekeliling kita menyebabkan kanak-kanak sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit lain. Bakteria Streptococcus pneumoniae contohnya dikenalpasti menjadi penyebab utama kebanyakan masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak berusia kurang dua tahun.

    Dianggarkan 5.7 juta penduduk Malaysia adalah kanak-kanak berusia bawah sembilan tahun, dengan 550,000 kelahiran baru setiap tahun.

    Kumpulan ini perlu diberi perhatian supaya tidak menjadi mangsa penyakit pneumokokal disebabkan jangkitan S pneumoniae atau pneumococcus.

    Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan pernafasan akut (ARI) kepada kanak-kanak dan berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua 1996 mendapati, ia menjadi punca utama bagi dua pertiga kemasukan kanak-kanak ke hospital dan punca keenam yang menyebabkan kematian.

    Antara penyakit pneumokokal ialah sinusitis, pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (jangkitan telinga tengah), bakteremia (keracunan darah) dan meningitis (jangkitan selaput otak).

    Pengarah Kanan Hal Ehwal Klinikal, Hal Ehwal Perubatan Global, Wyeth Amerika Syarikat, Dr Theodore Tsai, ketika pelancaran vaksin Prevenar bagi penyakit pneumokokal, berkata ada lima jenis serotype bakteria S pneumoniae yang ada di negara ini yang boleh menyebabkan jangkitan kepada kanak-kanak.

    Berdasarkan kajian, pemberian vaksin mampu mengurangkan 98 peratus penyakit pneumokokal selepas tiga tahun ia diberikan. Ia selamat dan kurang kesan sampingan.

    Jika ada pun, kanak-kanak mungkin mengalami demam, gatal pada bahagian disuntik, mual, muntah, cirit-birit atau kurang selera makan.

    Pemberian vaksin ini boleh dilakukan serentak dengan jadual imunisasi tiga serangkai (DTP, polio dan Hepatitis B) yang diberikan Kementerian Kesihatan, iaitu ketika bayi berusia dua bulan (dos pertama), empat bulan (dos kedua), enam bulan (dos ketiga) dan apabila bayi mencecah umur 12 hingga 15 bulan bagi dos terakhir atau sekurang-kurangnya dua bulan selepas dos ketiga.

    Bagi kanak-kanak lebih besar (melebihi tujuh bulan) tetapi tidak mendapat vaksin pneumokokal ini, boleh mendapatkannya mengikut jadual seperti disarankan di bawah:

  • Umur tujuh hingga 11 bulan � diberikan tiga dos suntikan. Dua dos pertama diberikan dengan jarak empat minggu dan dos ketiga ketika anak berumur 12 bulan atau sekurang-kurangnya dua bulan selepas suntikan dos kedua.

  • 12 hingga 23 bulan � diberikan dua dos, dengan dua bulan jarak antara setiap dos.

  • Dua hingga lima tahun � satu dos saja.
  • Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved