Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 19 years ago • 3,364 viewed


-KEMARAU KASIH -
by faiz

Pagi itu ayah mengucup dahiku seperti biasa sebelum turun ke laut. Dan seperti biasa juga aku menarik-narik kemeja ayah yang lusuh, merengek-rengek supaya ayah menemaniku.
?Sabarlah nak. Ayah janji ayah balik awal nanti. Jagalah ibumu baik-baik?
Lirikan mataku mengiringi pandangan mata ayah yang tenang. Entah kenapa, aku begitu berat untuk melepaskannya pergi hari itu. Tapi apakan daya? aku menghampiri kamar ibu. Nampaknya ibu masih terlantar di atas lantai beralaskan tikar mengkuang itu. Lama aku tercegat di tepi pintu. Sayu. Sayu sekali melihat ibu begitu. Demam panasnya semakin menjadi-jadi. Berkali-kali ayah hendak membawa ibu ke hospital. Tapi berkali-kali juga ibu menolak, dengan alasan perbelanjaan sekolah aku dan adik-adik lebih utama. Akhirnya ayah mengalah. Ayah sedar, pendapatannya seharian belum tentu dapat menjamin makan-minum kami sekeluarga. Namun ayah bersyukur kerana masih ada jiran yang memahami dan sanggup menghulurkan bantuan. Tetapi sampai bila ayah hendak terus bergantung hidup atas belas ihsan orang? Sebab itu ayah turun juga ke laut walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.
Aku tahu, ibu juga banyak menumpahkan keringat. Saban hari ibu bertungkus-lumus menyiapkan tempahan baju untuk kilang di pinggir bandar. Demam ibu semakin hari semakin teruk. Ibu kurang rehat, kurang jagaan dan kurang rawatan. Setiap malam aku tidak mampu lena tidur, mendengar batuk ibu yang berpanjangan. Rupanya ibu berjaga larut malam dalam kedinginan pagi semata-mata untuk menampung keperluan hidup kami anak-beranak. Kasihan ibu?
Ibu batuk lagi. Aku hampir menumpahkan airmata melihat ibu begitu. Namun aku tidak mahu ibu melihat aku menangis. Apatah lagi aku tidak mahu mengganggu ibu yang baru berehat setelah semalaman menjahit. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari pintu kamar ibu. Serentak lantai papan yang usang itu berbunyi sedikit seiring dengan langkahku. Tiba-tiba ibu beralih apabila menyedari kehadiranku.
?Along, kenapa kau tak pergi ke sekolah lagi??
Tanya ibu perlahan. Aku kaget.
?Along tertinggal buku, bu??
Spontan kata-kata itu keluar dari bibirku. Maafkan along, ibu? Along tak berniat ingin membohongi ibu. Along cuma tak mahu ibu kesal dengan sikap along. Bukan aku tidak mahu ke sekolah, berjumpa rakan-rakan, menuntut ilmu. Aku suka semua itu. Aku rindu saat-saat itu. Tetapi kejadian yang berlaku baru-baru ini mematahkan semangatku ingin menimba ilmu.

?Aku tahu kau yang curi duit aku! Kau jangan nak bagi alasan! Aku tak nak dengar semua tu!?
?Aku tahu aku miskin. Tapi tak pernah terlintas di hati kecilku ingin mengambil hak orang lain. Tak pernah Samad! Percayalah cakapku ini??
?Ah! Dusta! Kalau bukan kau siapa lagi? Cuma kau saja yang ada dalam kelas waktu rehat tadi. Mengaku sajalah atau akan aku laporkan kepada pengetua kelakuan burukmu itu! Biar semua orang tahu sifat sebenar kau?
Memang benar hanya aku saja yang ada di kelas waktu rehat. Aku tidak mampu berbelanja di kantin. Tidak pernah seumur hidupku merasai makanan mewah itu. Tetapi itu tidak bermakna aku yang mencuri duit kawan karibku, Samad.
?Baik. Kalau kau tak mahu mengaku, aku pergi laporkan kepada pengetua. Kemudian pengetua akan laporkan kepada ibu bapa kau. Biar kau kena buang sekolah. Baru padan muka kau?
Kelu lidahku mendengar ugutan Samad tadi. Apa kata ibu bapaku nanti? Aku tidak mahu melihat mereka kecewa denganku.
?Jangan Samad! Baik, kalau itu yang kau mahu, aku akan berusaha pulangkan balik duit kau. Tapi janganlah kau beritahu ibubapaku.?
?Ooo? baru kau nak mengaku ya? Baik, kerana kau kawan aku, aku beri kau tempoh seminggu untuk jelaskan kembali wangku yang kau kebas. Tapi jangan haraplah aku akan memaafkan kesalahan kau ini. Jijik aku berkawan dengan jenis orang macam kau.?
Satu kelas gempar dengan berita aku mencuri wang Samad lima belas ringgit. Satu sekolah memandang aku dengan pandangan yang hina. Tiada siapa lagi yang ingin menegur aku. Tiada siapa lagi yang percayakan aku. Kawan-kawanku semua memalingkan muka apabila melihat aku. Sakit hatiku, terguris perasaanku dengan sikap mereka. Tawar hatiku untuk terus ke sekolah lagi. Aku mula ponteng sekolah, bekerja mencuci kereta bagi menjelaskan wang Samad.

?Along? mengapa tercegat lagi tu? Ambil buku tu cepat dan pergi sekolah. Dah lewat ni?,? ujar ibu tenang, walaupun sebenarnya ibu tahu aku hanya berbohong. Aku belum lagi menyarungkan uniform sekolahku. Uniform sekolah dan bukuku semua tersusun rapi di dalam almari, belum terusik berhari-hari lamanya.
?nah, ambil ni buat belanja. Belilah keperluan sekolahmu. Kalau lebih kau simpanlah, nak? perlahan-lahan ibu menghulurkan sekeping not berwarna merah kepadaku. Inilah kali pertama jariku menyentuh not berwarna merah itu. Ibu memang memahami hati aku.
?Tapi ibu??
?Along, kau dah lewat, nak. Ibu tak mahu anak ibu ketinggalan dalam pelajaran. Biarlah hidup kita susah asalkan ilmu penuh di dada.?
Luhur sungguh hatimu ibu. Aku tidak mampu lagi menahan sebak. Mana mungkin aku ke sekolah dengan duit yang selayaknya membiayai perbelanjaan perubatan ibu. Mana mungkin juga aku hampakan harapan ibu terhadapku. Aku tewas. Airmataku tumpah juga akhirnya?

... bersambung ke? ntoh ler... tengok ler kalo ghajin... tapi, ghasanyer, hangat-hangat taik ayam je kot... ahaks! wassalam...

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved