Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 7,488 viewed

APABILA disebut mengenai risiko sakit jantung atau tekanan darah tinggi, ramai yang tahu tetapi berapa kerat agaknya yang sedar kemurungan juga boleh menjadi pencetus kedua-dua penyakit berbahaya ini.

Secara umumnya, wanita lebih mudah mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kajian menunjukkan satu daripada empat wanita mengalami kemurungan sepanjang hayat mereka.

Namun, ini tidak bermakna lelaki terlepas daripada masalah ini dan jika ia berlaku, kesannya lebih buruk berbanding wanita yang murung.

Namun bagi individu yang ada sejarah keluarga mengalami masalah gangguan mental, anda juga berisiko menghadapi masalah sama.

Sebenarnya banyak faktor boleh menyumbang kepada kemurungan dan gangguan mental, khususnya mereka yang pernah mengalami keganasan seksual ketika kecil.

Kemurungan adalah penyakit yang boleh menghancurkan hidup seseorang. Ia membabitkan seluruh sistem badan � fikiran, emosi, perlakuan dan perasaan terhadap diri sendiri.

Individu yang dilanda kemurungan juga biasanya menunjukkan sikap negatif dan fikiran negatif ini sentiasa berlegar dalam kepala.

Ada juga menyifatkan kemurungan sebagai masalah yang boleh �berjangkit� kerana ia mampu mempengaruhi dan memberi kesan sampingan kepada individu yang rapat dengan pesakit. Ini jelas, terutama bagi individu yang berjiwa lemah dan mudah terpengaruh dengan keadaan orang yang mengalami kemurungan.

Malah, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser juga kerap mengalami kemurungan.

Mereka berasakan hidup tidak bererti kerana bukan saja tidak mampu memberi sumbangan, bahkan menyusahkan keluarga yang terpaksa menanggung kos perubatan.

Ini sebabnya sokongan keluarga penting untuk memastikan pesakit tidak mengalami masalah kemurungan kerana kesedihan berpanjangan memberi kesan negatif kepada gerak balas badan terhadap rawatan diterima.

Faktor risiko lain termasuk kehilangan orang tersayang akibat kematian (seperti anak yang kematian ibu bapa sejak kecil), perpisahan dan perceraian serta masalah kewangan.

Ini semua adalah faktor yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar mereka mengalami kemurungan. Sekarang perhatikan pula senarai di bawah.

Jika anda atau orang terdekat mempunyai lima atau lebih ciri dalam senarai berkenaan, segera dapatkan bantuan supaya masalah anda tidak berlanjutan.

Tanda kemurungan:

- Rasa sedih dan terganggu

- Hilang keinginan untuk melakukan aktiviti disukai

- Hilang selera makan

- Berat badan turun

- Tidur kerap terganggu

- Kerap dibelenggu rasa bersalah dan tidak berguna

- Sukar memberi tumpuan dan mengingat

- Sukar membuat keputusan

- Rasa letih dan lesu berpanjangan

- Rasa tidak selesa

- Terfikir hendak membunuh diri

Kemurungan bertambah buruk jika anda turut mengalami sekurang-kurangnya tiga tanda berikut:

- Keegoan melambung

- Tenaga bertambah

- Keinginan untuk tidur semakin berkurang

- Rasa mudah teruja atau terganggu tanpa sebab

- Mula melakukan seks rambang

- Menunjukkan perlakuan impulsif (mengikut kata hati tanpa berfikir panjang)

- Tidak dapat membuat pertimbangan dan sukar membezakan antara yang baik dan buruk

Sebenarnya ada banyak saluran yang boleh membantu anda membuat penilaian sendiri terhadap tahap tekanan mental.

Sebagai panduan, anda boleh menggunakan senarai di bawah untuk menjalankan penilaian ringkas. Beri markah antara satu hingga empat: satu jika tidak pernah, dua (sekali sekala), tiga (kerap) dan empat (sepanjang masa).

- Rasa tidak gembira dan sedih

- Hilang keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain dan tidak pedulikan mereka

- Berasakan diri gagal

- Hilang keinginan melakukan aktiviti digemari

- Tabiat tidur berubah

- Susah menumpukan perhatian

- Sukar membuat keputusan

- Emosi cepat berubah (menangis, ketawa, takut, bertindak keterlaluan, kadangkala degil)

- Rasa ada banyak tenaga, hiperaktif dan otak berfikir cepat

- Selalu terfikir mengenai kematian

- Tiba-tiba menjadi sensitif terhadap rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi bising, kepanasan, kesejukan, sentuhan dan bau)

- Sukar mengingat sesuatu perkara

- Mengelak daripada melakukan aktiviti harian untuk membendung perasaan yang tidak menentu

- Cepat penat

- Paksa diri sendiri untuk melakukan sebarang aktiviti

- Tidak berselera

- Ada masalah ke tandas (sama ada terlalu kerap, sembelit atau cirit-birit)

- Rasa hilang kawalan diri (menjadi terlalu risau atau sedih)

- Minum minuman keras lebih banyak daripada selalu

Jika markah anda kurang daripada 24, bermakna anda tidak termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah tekanan mental.

Jika markah antara 24 hingga 42, bermakna anda mengalami tekanan mental peringkat awal.

Faktor yang menyebabkan rasa sedih dan tertekan jika tidak ditangani segera boleh menghanyutkan anda kepada masalah kemurungan.

Sebaik-baiknya dapatkan bantuan supaya masalah tidak berlanjutan.

Jika markah melebihi 42, anda mungkin mengalami tekanan mental. Individu dalam kumpulan ini sering berasakan diri tidak berguna, sedih, pesimis dan rasa tidak puas hati.

Jika anda mengalami semua perasaan ini, segera berjumpa doktor dan dapatkan bantuan.

Bagaimanapun, perlu diingat, jadual dan penilaian di atas mungkin tidak 100 peratus tepat, tetapi ia boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat penilaian ringkas terhadap diri sendiri.

Ada kajian menunjukkan pernafasan yang baik dapat membantu meredakan tekanan kerana apabila kita dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi pendek dan cepat.

Jadi apabila berasa tertekan, cuba tarik nafas dalam-dalam sehingga ke abdomen (perut) dan lepaskan perlahan-lahan.

Betulkan kedudukan anda supaya anda duduk dalam keadaan selesa dan pejamkan mata seketika.

Beri tumpuan kepada pernafasan dan ulang beberapa kali. Kaedah ini akan membawa lebih banyak oksigen ke dalam paru-paru dan boleh menjadikan anda berasa lebih tenang.

Ingat, kemampuan mengawal tekanan boleh menjauhkan anda daripada masalah kemurungan.

ANUGERAH BINTANG POPULAR

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved