Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 5,188 viewed


tahu tak apa itu "haiku" ?
mesti ada yang tahu kan...
pada yang tak tahu, haiku tu pantun jepun.
dia macam pantun melayu jgk tapi ada tiga baris ajer.
bunyi yang belakang tu tak semua mesti sama..
baris yang pertama mesti ada 5 suku kata, kedua 7 suku kata, ketiga 5 suku kata.
dulu masa sekolah ada gak cikgu aku buat pertandingan tulis haiku ni.
pada siapa yang tahu boleh lah antar haiku masing2.

aku mula dulu yer... ..

kelapa muda,
ditebuk tupai tua,
hatiku hiba.

bintang dilangit,
menyerikan angkasa
hati gembira.



try... .. try... jang tak try.



antara informasi yang aku dapat pasal haiku... copy and paste ajer ni... .

"MENULIS haiku tidaklah sesusah mana. Namun mungkin sukar untuk menghasilkan sebuah haiku yang baik. Walau bagaimanapun haiku senang dinilai berbanding sajak, pantun, syair gurindam dan sebagainaya. Ini ialah kerana haiku mempunyai peraturan yang banyak. Di antara ciri-ciri sebuah haiku yang baik termasuklah:-


1. 17 sukukata dalam 3 baris dibahagi kepada 5-7-5
2. Tulis apa yang boleh dinyatakan dalam satu nafas.
3. Gunakan perkataan musim (kigo) atau merujuk kepada musim.
4. Gunakan untaian sajak diakhir baris pertama atau kedua, tapi bukan kedua-duanya.
5. Jangan sekali-kali menjadikan semua 3 baris untuk menyempurnakan atau menjadikannya ayat.
6. Adakan dua imej yang berbandingan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: Dalam berehat/ Mencuci tungku hitam/ Ku basuh tangan.
7. Adakan dua imej yang berkaitan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: Suram cahaya/Tika bulan gerhana /Cantik wajahmu.
8. Adakan dua imej yang bertentangan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: dua biji tungku/tiada ruang bersentuhan/api kian marak
9. Hadkan penggunaan kata nama atau jenama khas.
10. Gunakan gantinama dalam huruf kecil. Contoh: saya ialah?
11. Gunakan ayat yang berkaitan dalam kedua-dua rangkaikata.
12. Gunakan pecahan-pecahan ayat.
13. Jadikan baris terakhir sebagai kemuncak haiku anda.
14. Cari ayat paling menarik/menawan di baris pertama.
15. Tulis perkara biasa dalam cara biasa menggunakan bahasa biasa.
16. Gunakan hanya imej yang nyata, bukan abstrak. Ch. Lampu adalah nyata, terang cahayanya adalah abstrak.
17. Cipta ungkapan berlirik untuk imej.
18. Cuba adakan makna berganda. Sekali baca ia hanya imej mudah, yang tersirat adalah falsafah/pelajaran dalam kehidupan.
19. Gunakan imej yang membangkitkan kesederhanaan atau kepapaan yang sederhana. (sabi)
20. Gunakan imej yang membangkitkan elegen klasik yang tersendiri (shubumi)
21. Gunakan imej yang membangkitkan nostalgia romantik/tempat cantik (wabi)
22. Gunakan imej yang membangkitkan misteri bersendirian (Yugen)
23. Gunakan paradoks.
24. Tulis sesuatu yang mustahil dalam keadaan biasa.
25. Gunakan imej yang mulia (bukan perang, seks atau jenayah).
26. Ceritakan seadanya perkara sebenar di sekeliling kita.
27. Gunakan hanya imej daripada alam sekitar (bukan perasaan manusia sahaja)
28. Campurkan alam sekitar dan perasaan manusia dengan cara menghubungkan perasaan manusia tyerhadap alam sekitar.
29. Elakkan merujuk kepada diri sendiri dalam haiku. (aku dsb)
30. Diri sendiri boleh dirujuk secara tidak langsung seperti ?orang tua ini? atau ?mamat itu?.

Untuk lebih memahami ciri sesebuah haiku yang baik, saya perturunkan di sini sebuah haiku yang tersohor yang telah dialih ke BM. Iaitu Katak & Kolam. Pengertiannya ditulis dalam SAJEN (Sajak Jenaka):-



















KATAK AJAIB


Ini satu hikayat zaman purba
Basho berjalan tepi huma
Bila penat berhenti dia di tepi telaga
Terasa lapar bento turut dibuka.

Tetiba dia terdengar sesuatu?.
Burrr?. Burr?. Burrrr?.
Kecut segala anggota
Kerana disangka habu meronta.

Eh..eh? rupanya hanya seekor katak
Melompat masuk dalam telaga
Dan airpun berkocak.
Hmmmm?. lima tujuh lima
Basho dah dapat satu idea
Lalu diapun tulislah di tepi batu perigi
Begini adanya:-

perigi tua
lompat seekor katak
air berkocak.


Jeng..jeng..jeng?.
Enam ratus tahun sudah berlalu
Empat Haijin Malaya datang melancong
Di tepi telaga Basho mereka bertinggung
Riuh-tinggi gegak-gumpita mereka berbicara:-

I
Pergi tuo itu ibarat isteri kito
Katak itu kito punyo awek
Berkocak jiwo bini keno kacau kat awek kito
Dalam maksud haiku Basho ni?..

II
Eleh? den tau, haiku ini pasal musim
Katak banyak jenis katak
Ado katak pisang ado katak puru
Katak Basho ni ada ekor?
Maknonya ini musim paneh
Mano ado katak musim salji?

III
Sebenarnya begini?.
Perigi tua itu maknanya profesor
Katak itu adalah ilmunya
Apabila ilmu melompat keluar dari mulut profesor:
Berkocaklah alam sebab hebatnya ilmu itu

IV
Oh tak mungkin?. Maksud Basho begini
Telaga tua maknanya kekal abadi
Katak kurus pulak sementara saja
Ini haiku pasal kekal dan sementara ?.

Andai kata Basho masih hidup
Tentu dia senyum kaldai
Tidak disangkanya katak itu katak ajaib
Jadi perbincangan sepanjang masa
Telah melompat ke seluruh dunia
tidak seperti pergi itu
masih tetap ukurannya
5 kaki lebar 7 kaki dalam 5 kaki panjang





Nota:




Basho ? pelopor haiku




Bento ? nasi bekal




Habu ? sejenis ular berbisa




Haijin ? Penulis Haiku


... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..

jom kita tgk macam maner pulak pantun melayu ditukar kan kepada haiku... . (as usual - copy and paste)

"TIDAK dapat dinafikan pantun adalah begitu unik bagi masyarakat Malaysia dan haiku adalah bagi masyarakat Jepun. Haiku kini telah ditulis dalam pelbagai bahasa dunia, termasuk bahasa Melayu. Haiku juga dikatakan genre sastera yang paling ketat hukum dan peraturannya. Sebagaimana haiku yang pendik dan ringkas, masyarakat Jepun juga begitu. Pantun pula penuh dengan kiasan dan bidalan dengan pembayang dan maksudnya. Sebagaimana masyarakat Melayu (dulu) adanya. Walau bagaimanapun, haiku juga mempunyai pambayang dan maksud yang garis pemisahnya agak samar-samar.

Apa akan terjadi apabila pantun di haikukan?. Cuba lihat hasil dari beberapa pantun yang telah menjadi haiku:-






pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan di kandung tanah
budi yang baik dikenang juga

pulau nan jauh
gunung nampak bercabang
budi dikenang

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
jika salah tolong tunjukkan

cempedak tinggi
galah halus meruncing
tunjukkan kami




dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing belang
dua tiga boleh kucari
manakan sama adik seorang

kucing berlari
tikus riang bermain
manakan mungkin




apa diharap padi seberang
entah jadi entahkan tidak
apa diharap kasihnya orang
entah sudi entahkan tidak

padi di bendang
pulut tidak menjadi
siapa sudi

kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menompang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

sumur di ladang
hamba menompang mandi
berjumpa lagi

Sekali pandang, haiku-haiku ini nampak macam kartun, tetapi itulah haiku sebenarnya. HAiku-haiku di atas sudah tergolong dalam haiku yang baik. Ia itu selain dari menepati patrun 5-7-5, ia juga menceritakan tentang alam, tentang musim, mempunyai pembayang & maksud, makna yang berganda dan bukan jiwang-jiwang.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved