Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 Mahsuri • 19 years ago • 7,190 viewed


Seorang pelajar baru pulang dari Mesir. Tetapi di sana dia hanya "enjoy", bukannya pergi "study". Bila dia pulang, dia disambut oleh orang kampung dan digelar "Syeikh". Dia berasa amat bangga.

Pada suatu malam selepas Maghrib, penduduk kampung menyuruhnya menyampaikan sedikit tazkirah. Dia mula menggelabah kerana dia tidak tahu apa-apa. Dia memberanikan diri naik ke mimbar masjid bagi "cover" malu.

Dia pun memulakan ucapan dengan kata alu-aluan yang amat menarik dan menyebabkan penduduk kampung terasa hormat kepadanya. Kemudian dia bertanya, "adakah hadirin sekelian tahu apa yang akan disampaikan oleh saya sebentar lagi ?"

Hadirin menjawab, "tidak" dengan penuh minat. "Syeikh" menjawab balik, "kalau begitu, tidak gunalah saya berucap sedangkan kalian semua tidak tahu apa yang akan saya sampaikan, wassalam"

Penduduk kampung mengatakan dalam hati bahawa tentu "Syeikh" ini mempunyai ilmu yang sangat tinggi sehinggakan begitu susah hendak mendengar tazkirahnya.

Pada malam berikutnya, seperti biasa "Syeikh" naik ke mimbar setelah disuruh oleh hadirin yang ada. Dia memulakan ucapannya dengan ucapan alu-aluan yang amat hebat. Seperti biasa, dia bertanya lagi adakah hadirin tahu apa yang akan disampaikan olehnya sebentar lagi.

Hadirin sepakat menjawab, "Ya, kami sudah tahu". "Syeikh" menjawab balik, "kalau kalian semua sudah tahu, apa gunanya saya menyampaikannya lagi, wassalam". Kemudian dia pulang.

Pada malam ketiga, sebelum "Syeikh" tersebut tiba, hadirin sekelian berpakat sebahagian dari mereka menjawab kami sudah tahu manakala sebahagian lagi akan menjawab kami belum tahu.

Apabila "Syeikh" naik ke mimbar dan seperti biasa dia bertanya, "adakah kalian semua sudah tahu apa yang akan saya sampaikan pada malam ini?"

Setengah hadirin menjawab "Ya, kami tahu", manakala sebahagian lagi hadirin menjawab "Tidak, kami tidak tahu".

Dengan selamba "Syeikh" itu menjawab, "kalau begitu, saya syorkan agar yang tidak tahu bertanya kepada yang tahu, manakala yang sudah tahu, sampaikan kepada yang tidak tahu, wassalam".

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved