Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 20 years ago • 2,800 viewed


Assalamualaikum, Tempoh hari kawan dah cerita pasal kisah sahabat kawan berniaga, dan hari tu pula kawan dah cerita pasal nasib kawan yang melakukan kejahatan di hari jumaat. Hari ini kawan nak cerita lain pula. Maaflah kalau kata kawan pedas, kawan bukan apa, dah tentu ini semua realiti hidup. Kawan tak cakap kawan bagus, kawan tak cakap kawan handal, cuma macam kawan cakap, ini semua cerita dari selatan. Kalau nak marah boleh, tapi jangan membenci kawan. Kawan ada saudara wanita yang sudah bergelar ibu. Dia mempunyai keluarga dan tinggal berjauhan dari tempat kawan, labis(bukan tempat sebenar). Walaupun dia bergelar seorang ibu dan isteri, dia masih belajar. Kawan pun tak berapa mengerti apa yang dia belajar. Cuma apa yang kawan tahu bidang yang dipelajarinya adalah dalam bidang komputer. Bukan maksud kawan dia belajar sejak dari dia mula berkahwin, tidak! Dia hanya bermula beberapa tahun yang lalu. Dan apa yang kawan hairan, dia sering berkunjung kerumah ibu saudara kawan menghantar anaknya dan kemudian ke tempat dimana dia belajar. Anak buah kawan tu, kecil lagi .. bersekolah rendah. Yang lebih memelikkan kawan, duit belanja anaknya pun tiada. Cuma malam dia balik terus tidur. Tidak menanyakan anaknya sudah makan ke tidak. Pernah juga kawan cuba bertanyakan kepada dia, samaada dia sudah makan ke tidak. Fuh .. dengan nada yang selera katanya dia sudah kenyang. Makan sedap dengan kawan-kawannya. Tapi tidak pula sesekali bertanyakan tentang anaknya. Sampaikan anaknya itu lebih mesra kepada kawan dan ibu saudara kawan, tidak dengan ibunya sendiri. Kenapa kejadian seperti ini boleh berlaku. Manakah letaknya tanggungjawab seorang ibu ? Kawan tak kata menimba ilmu itu salah. Seorang yang bergelar ibu, boleh belajar, tiada siapa yang larang MELAINKAN dia sudah terlepas dari tanggungjawab. Sekiranya anak dia sudah besar panjang, sudah bekerja atau sebagainya, rasa kawan tiada masalah kalau dia ingin menimba ilmu. Jangankan sampai anak ditinggal-tinggal semata-mata ingin belajar. Seperti kata pepatah "Mencari kayu api diluar, anak dirumah mati kelaparan."

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved