Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 8 years ago • 3,815 viewed


1. Anda mengetahui yang anda merindui seseorang
apabila jantung anda berdegup pantas ketika
teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada
dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya,
cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak
mahu menerimanya sebagai kenyataan.


2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin
menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya
mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk
saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu
membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati
kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih
daripada kamu menyayangi dia.


3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan
menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab
tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..
kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia
ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.


4. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada
di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya
kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan
kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan
mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita,
yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.


5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang
kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu
akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.
Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya
sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan
anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka
hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu
sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah
dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan
ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu
apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


6.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu
lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi
seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu
pula?".
Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang
lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis
yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang
yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu
sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau
mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai
seseorang yang hampir atau menyayangi kita
sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita
akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya
satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat
menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda
pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang
sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda
berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini
mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat
bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi
kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk
orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati,
kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali
daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: Kita amat kritikal terutamanya kepada orang
yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang
terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya
kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai
dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak
kepada satu individu sahaja.


9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia
sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan
kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2
menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih
anda.


10. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain
piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya.
Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat
penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda
sayang/cintai, anda mestilah membuat dia
mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri
sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka
ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu
terhadap mereka.


11. Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya
tidak percaya dengan courtship (mendapatkan
perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja.Jika saya mencintai
seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya
kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda,
jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa
cuba memenangi) anda selamanya... "

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari
kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi
ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi
menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi,
mengharapkan berita daripadanya apabila
berjauhan...


12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai
walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu
mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang
bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat
saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk
anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda
berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi,
jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda
mungkin akan kehilangan orang yang anda
sayang/cintai selamanya.


13. Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam
mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda
bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda
kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu
mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak
mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam
hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda
sayangi betapa penting dan istimewanya mereka
dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih
yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga
terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan
tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.


14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda
kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara;
bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar
dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala
kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih
sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan
pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan
kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda
dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang
yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.


15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita
dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang
yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan
mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam
hati.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved