Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 20 years ago • 2,643 viewed


Kemarau Kasih (part2)
Hari itu aku ponteng lagi. Sebaliknya aku pergi ke pekan membeli ubat untuk ibu. Habis wang pemberian ibu aku gunakan untuk tambang perjalanan dan pembelian ubat. Hampir sesat aku bila berada di pekan itu. Seingat aku, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pekan. Itu sahaja yang anakmu mampu lakukan demi meringankan beban ibu. Maafkan along, bu? Aku sedar ibu tentu kecewa jika tahu aku sanggup habiskan wang belanja sekolah untuknya. Tapi aku tak peduli lagi semua itu. Biarlah. Aku tidak sanggup lagi menanggung rasa bersalah membiarkan ibu terus derita. Aku tidak sampai hati melihat ibu terus begitu. Lalu kugagahi jua langkahku ke rumah. Pasti ayah sudah pulang sekarang? sekurang-kurangnya aku masih ada seorang ayah yang menyayangi aku serta memahami hati dan perasaanku. Aku bersyukur pada-Mu Tuhan? aku bukannya keseorangan di dunia ini.
Sampai sahaja di halaman rumahku, kulihat kelibat orang ramai sedang berlegar-legar di luar. Sambil bercakap-cakap tentang sesuatu dengan perlahan dan airmuka yang serius. Aku mempercepatkan langkahku. Mereka berhenti sebentar lalu memerhatikan aku sambil menggeleng kepala perlahan. Aku dapat rasakan nada simpati dalam riak muka mereka. Apa yang sudah terjadi? Kemudian barulah aku tahu kejadian sebenar. Hampir luruh jantung aku mendengar berita itu dari Pak Mahat, kawan karib ayah. Bot ayah karam! Ayah pula hilang. Serta-merta pandanganku kabur. Aku terus rebah tak bermaya. Dalam kesamaran itu ayah hadir. Kulihat wajah ayah masih tersenyum sambil melambai-lambai ke arahku, seperti pagi tadi. Tiba-tiba deruan ombak tiba menelan saki-baki tubuh ayah, meratah ketenangan hati ayah, meragut kasih ayah padaku. Ombak jahat! Ombak jahatttt!!! Ya Allah? kenapa begini sekali Kau uji hamba-Mu ini? Selamatkanlah ayah? Hanya ayah dan ibu sahaja yang aku ada dalam dunia ini. Aku tak mampu teruskan hidup tanpa mereka?
Setelah peristiwa itu, sakit ibu semakin menjadi-jadi. Ibu, along tak pernah minta apa-apa darimu. Tapi tolonglah ibu? kuatkan semangatmu. Kami bergantung hidup padamu ibu. Ayah sudah tiada. Aku sangat merindui ayah. Aku tahu ibu juga begitu. Mungkin kasih aku pada ayah belum setanding kasih ibu pada ayah. Sebab itulah, ibu pula menyusul pemergian ayah tidak lama kemudian. Dalam usia ini, aku masih terlalu mentah untuk mengerti hakikat kehilangan kedua-dua manusia yang paling kusayangi. Apatah lagi adikku yang masih jagung usianya. Kami masih terlalu mentah untuk mengharungi keperitan hidup tanpa belaian kasih seorang ibu. Kami masih belum bersedia untuk mengharungi kemarau kasih seorang ayah. Namun itulah hakikatnya kini? kami anak yatim piatu. Tiada siapa yang belas, tiada ihsan, tiada siapa yang sanggup membantu. Masa aku dilanda episod kekeliruan itu muncullah pak ngah dalam hidupku. Kurasakan kemunculan pak ngah membawa sinar baru dalam episod hidup kami. Pak ngah yang tidak pernah kukenal selama ini, tidak pernah menjenguk ayah di kampung, akhirnya pulang ke kampung halaman yang pernah ditinggalkannya berpuluh-puluh tahun lalu. Apa yang aku tahu pak ngah pernah berselisih faham dengan ayah semasa membuat keputusan untuk berhijrah ke bandar. Pak ngah pernah bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke rumah ini lagi. Sejak itu pak ngah tidak pernah balik ke kampung lagi. Tidak sehinggalah hari ini. Mungkin pak ngah kasihan dengan nasib kami yatim piatu. Mungkin juga pak ngah ingin menebus janjinya pada ayah dahulu. Janji yang dibuat semasa hari kelahiran aku. Hari pak ngah meninggalkan kampung ini.
?kalau sesuatu terjadi pada aku, kau ambillah dia? satu-satunya harta yang aku miliki. Jagailah dia seperti anakmu sendiri??
Semua itu ayah yang ceritakan padaku. Maha Suci Tuhan? kata-kata ayah terlaksana juga. Hasrat ayah ingin membawa pak ngah pulang ke kampung tercapai, walaupun perlu dibayar dengan nyawanya sendiri. Aku pasti ayah bahagia sekarang di alam barzakh. Ayah tidak perlu lagi menanti kepulangan satu-satunya saudara yang ayah miliki. Sesungguhnya, penantian itu satu penyeksaan. Tetapi kehadiran pak ngah cuma seketika. Setelah menziarahi pusara ayah dan ibu, pak ngah kembali ke pekan, jauh dari kesunyian desa nelayan, damai dari keindahan alam semula jadi yang sekian lama menjadi identiti kampung kami. Tetapi apa yang pasti, kali ini pak ngah tidak pulang keseorangan. Aku dan adik-adikku, Borhan dan Sarah turut dibawa bersama untuk menjalani hidup baru di kota yang begitu asing bagi kami. Aku berjanji pada diriku sendiri? aku pasti akan kembali jua suatu hari nanti. Ayah, ibu? along pasti kembali!
(bersambung... )

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved