Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 Faceless • 20 years ago • 8,095 viewed


1) Daging-daging burger yang mempunyai tanda halal di pasaran ada mengandungi lemak babi memandangkan proses pengadunannya memerlukan bahan yang membolehkan daging burger tersebut bercantuman dan tidak pecah. Sejauh manakah kebenarannya ? Ini memandangkan ada maklumat yang menyatakan bahawa para pembekal daging burger "HALAL" mendapatkan bekalan dari pihak lain (pembekal pukal) dan kemudian barulah daging-daging tersebut di labelkan dengan jenama yang berbeza.
2) Terdapat kuaci yang di jual di pasaran berjenama "DAHAODA" mempunyai kandungan 'liquorice'. Apakah sebenarnya kandungan bahan ini dan apakah hukumnya sama ada halal atau tidak bagi orang Islam untuk dimakan ?
Jawapan :
Persoalan ini telah lama ditimbulkan dan Jabatan ini menjawab secara detail iaitu jawapan yang sama diberikan ke atas satu email yang diutarakan oleh seorang pengguna yang pasti saudara juga akan menerimanya.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa fakta tersebut adalah tidak benar, Teknologii terkini dalam produk burger akan menggunakan beberapa bahan sintetik dan ingredient lain seperti (Khantan Gum) untuk mengelakan dari pecah.
Mengenai dakwaan produk burger luar negeri yang halal adalah tidak halal juga diragui kebenarannya. Ini adalah kerana setiap produk daging yang di Import ke Malaysia akan dibuat pemeriksaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dibenarkan masuk ke Malaysia.
Begitu juga penggunaan casing atau saussages adalah tidak benar kerana casing terkini adalah dari 'Plant Origin' (sumber tumbuhan) iaitu kacang soya.
Mengenai fakta sebuah primis di Jenjarum juga diragui kerana Jabatan Agama Islam Selangor tidak mendapat aduan atau maklumat mengenainya. Siasatan juga dibuat untuk mengesan premis tersebut tetapi gagal.
Walaubagaimanapun, sebagai pengguna Islam yang perihatin dan bimbang terjebak dengan makanan yang syubhat lagi haram, adalah digalakkan supaya menggunkan produk makanan yang mengandungi tanda halal JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri kerana ia telah melalui proses pemeriksaan dan diakui oleh pihak berkuasa agama.
Fakta mengenai kuaci yang mengandungi bahan 'Liquorice' adalah sejenis bahan perasa (flavor) dari akar kayu (Ekstrak tumbuh-tumbuhan). Oleh itu, tidak diragui kehalalannya dari sudut syarak.
rujuk: http://jais.selangor.gov.my/bm/soaljawab/s_86_makanan.htm

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved