Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 fadlie • 20 years ago • 3,548 viewed


 
Hati Seorang Lelaki

Benarkah
Menyusun Bicara
Di Hujung Bibir
Lebih Indah Daripada
Melakar Kata
Dihujung Mata Pena
Andai Itu Kenyataanya
Maafkanlah..
Disisi Hanya Ada
Dakwat Dan Kertas
Hanya Ada
Luahan Dan Perasaan
Titipkanlah Sesaat Masamu
Menatapi Laman Ini

Benarkah
Hati Seorang Lelaki
Umpama Batu Besar
Ombak Datang Dan Pergi
Menghempas Ganas
Pasang Surutnya. Acapkali
Tak Terbilang
Namun Ia Tetap Gah
Bagai Menyimpul Keegoan
Tak Mahu Mengalah Hanya
Pada Setitis Air

Benarkah
Hati Seorang Lelaki
Bagai Kaca Yang Tajam
Andai Disentuh
Luka Pasti Tak Terubat
Walau Tinggal Parut
Sakitnya Masih Terasa
Dan Tajamnya
Tetap Bersisa

Benarkah
Hati Seorang Lelaki
Seperti Malam Dan Siang
Ada Kelam Dan Ada Terang
Mengikut Edaran Tersendiri
Bak Matahari Dan Bulan
Ada Panas Dan Dinginnya

Benarkah
Hati Seorang Lelaki
Hanya Kesempurnaan
Yang Menjadi Idaman
Dengan Mengenepikan Persahabatan
Sejujur Manapun Insan
Seikhlas Manapun Hati
Tak Memberi Apa-Apa Erti
Bukan Kekurangan Yang Dihajati

Benarkah
Hati Seorang Lelaki
Hanya Ego Bersemadi
Tersemai Menjadi Benih
Di Akar Sanubari ... .

"Hanya Sebuah Pertanyaan ..
Yang Memerlukan Jawapan ...
Keliru .Tiapkali..
Mencari Jawapan Pada Persoalan..
Apa Yang Ada Disebalik Hati Seorang Lelaki..?

 
 

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved