Current Member: Guest (Unregistered, Member)  Membership Status: Guest

Date: Fri, 03 Sep 2010Time: 12:46 PM

Sign-Up

 Login

Username

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Sharing List
 Event
 Interest Group
 On The Move
 Stateboard
 Chat Room
 Member List
 Preferences
 My Favorite
 Utility Tools
 PNC Message
 Web Mail
 Sign-Up

Article

Perceraian Tertinggi Di Malaysia

Lifestyle Sub-Directory

Perceraian Tertinggi Di Malaysia 

 

Posted By : gorilacomel
Author : unknown
View : 2,851
Posted On : 3 Years Ago
URL Address : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=28737
Printer-Friendly Version  Send To Friend  Add To Favorites  IM Article

Description:

Text Size: 

Perbuatan menceraikan isteri ketika inai masih merah di jari kini seolah-olah menjadi ?sindrom? dalam masyarakat negara ini, dengan ada wanita bergelar janda seawal malam pertama perkahwinan mereka.

Malah, berdasarkan kes dikendalikan Tetuan Zaidi Zain di sini, ada penceraian berlaku sebelum kenduri sempat dijalankan di rumah pengantin lelaki atau lebih dikenali sebagai majlis menyambut menantu.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata bukan lagi luar biasa hari ini apabila pasangan yang baru beberapa hari berkahwin mengemukakan permohonan cerai.

Katanya, jika perceraian berlaku ketika tempoh perkahwinan masih singkat, pengantin perempuan biasanya mengisytiharkan ?perang?, termasuk melantik peguam untuk menuntut hak dan membersihkan nama mereka.

?Ini bukan perkara ?main-main? kerana keluarga pengantin perempuan menghabiskan sehingga puluhan ribu ringgit untuk persediaan perkahwinan, tetapi kemudian anak mereka bergelar janda dan menanggung malu kerana dipandang serong oleh masyarakat.

?Yang menyedihkan, berdasarkan kes yang saya kendalikan, ada pasangan tidak sempat memenuhi perumpamaan ?raja sehari? kerana mereka bercerai hanya beberapa jam selepas majlis akad nikah,? katanya.

Mohd Zaidi berkata, antara sebab penceraian pada malam pertama ialah pengantin lelaki tidak dapat menerima hakikat masa lampau pasangannya, seperti isteri tiada lagi dara.

?Persoalannya, mengapa pada malam pertama yang sepatutnya menjadi malam paling indah dalam kehidupan berumahtangga baru pengantin lelaki hendak menyoal masa lampau wanita yang dikahwininya?

?Pemilihan isteri sepatutnya berlandaskan Islam yang menetapkan empat kriteria, iaitu agamanya, keturunan, kecantikan dan harta, tetapi hari ini ramai memilih bakal pasangan hidup berlandaskan kecantikan atau harta saja,? katanya.

Mohd Zaidi yang juga kaunselor dan pensyarah agama berkata, masalah institusi perkahwinan banyak berpunca daripada sikap terburu-buru pasangan untuk berkahwin dan pada masa sama mereka tidak kisah untuk bercerai.

?Penceraian bukan lagi dianggap perkara yang ingin dijauhi. Jika dulu orang tua kita berkahwin dengan impian untuk berkekalan hingga ke anak cucu, sekarang ?title? (gelaran) janda atau duda bukan lagi sesuatu yang memalukan.

?Ketika hangat bercinta, mereka tidak sabar untuk berkahwin tetapi apabila berasa tidak sesuai, mereka mengambil keputusan bercerai tanpa rasa bersalah berikutan kekurangan ilmu agama,? katanya.

Berdasarkan pembabitan lebih 10 tahun dalam bidang syarie, Mohd Zaidi berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku di kalangan pasangan muda iaitu yang berusia antara 20-an hingga awal 30-an.

Mereka boleh dikategorikan masih ?berdarah panas? dan tidak tahu tanggungjawab masing-masing selepas berkahwin.

?Pada asasnya, lima tahun pertama adalah detik paling sukar dalam sesebuah perkahwinan. Ia menguji kesabaran dan kasih-sayang kerana tanggungjawab sebagai suami isteri berbeza dengan zaman bercinta.

?Yang penting ialah pasangan berkahwin perlu bersedia mengubah cara hidup zaman bujang mereka. Jika tidak, sukar untuk melayari perkahwinan yang bahagia,? katanya.

Mohd Zaidi memberi contoh satu pasangan yang bercerai apabila isteri tidak dapat bersabar lagi dengan kerenah suaminya yang terus berlagak sebagai orang bujang, termasuk menghadiri parti liar, walaupun selepas berkahwin.

?Perkahwinan mereka tidak sampai sebulan. Isteri banyak bersabar walaupun suami sering pulang lewat dan mabuk, tetapi kemarahan memuncak apabila terjumpa gambar suami dalam keadaan ?menjijikkan? ketika menghadiri parti liar,? katanya.

Mohd Zaidi berkata, dalam satu lagi kes, seorang gadis sanggup bernikah dengan seorang mat rempit kononnya atas dasar cinta dan percaya suami akan berubah selepas berumahtangga, tetapi menghadapi konflik apabila suaminya meneruskan aktiviti lamanya.

?Malah, suaminya pernah membawa pulang wanita lain ke rumah ketika isterinya bekerja hanya beberapa hari selepas perkahwinan mereka.

?Hal itu terbongkar secara kebetulan ketika isterinya berbual dengan seorang jiran yang bertanya punca dia pulang awal daripada tempat kerja hari berkenaan. Isteri yang kehairanan kemudian menafikannya.

?Namun, jiran itu memaklumkan dia melihat suami wanita itu membawa masuk seorang wanita ke rumah mereka dan apabila ditanya, suaminya secara selamba mengaku wanita itu adalah ?hadiah? kemenangan lumba motosikal,? katanya.

Difahamkan, kadar penceraian di kalangan umat Islam di negara ini jauh lebih tinggi daripada agama Buddha dan Hindu, dengan seramai 15,000 pasangan Islam bercerai tahun lalu berbanding hanya 3,000 pasangan Buddha dan Hindu.


Printer-Friendly Version  Send To Friend  Add To Favorites  IM Article

Virtual Friends - Copyright © 2001-2010Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved.

Powered by: Faceless