Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 7 years ago • 4,814 viewed


Nyamuk atau nama sainsnya ?anophelese? biasanya hidup di negara beriklim khatulistiwa dan tropika. Biarpun dari jenis serangga kecil dan tidak berbisa, nyamuk tergolong serangga berbahaya. Jadi, jangan pandang mudah mengenai ancaman ditimbulkan nyamuk.

Antara wabak penyakit berpunca bawaan nyamuk ialah malaria, filariasis (penyakit untut), deman denggi, deman denggi berdarah, deman kuning dan Japanese encephalitis (JE).

Wabak penyakit ini mudah merebak dan boleh mendatangkan maut dalam masa singkat setelah dijangkiti. Sebab itu, sesiapa mengidap malaria, deman denggi, deman denggi berdarah dan JE perlu mendapat rawatan segera.

Setakat ini boleh dikatakan hampir tidak ada vaksin khusus untuk menangai wabak penyakit bawaan nyamuk. Kalau adapun, kesan vaksinnya hanya untuk tempoh masa yang tertentu. Contohnya, vaksin untuk mencegah malaria yang diambil hanya mampu bertahan dalam tempoh masa yang singkat. Vaksin itu juga tidak berkesan serta merta.

Manakala tidak ada vaksin untuk mencegah deman denggi dan JE. Cara yang ada hanyalah dengan mengelak daripada digigit oleh nyamuk. Mangsa dijangkiti wabak perlu mendapat rawatan segera. Kelewatan mendapat rawatan boleh membawa maut dalam tempoh masa beberapa hari selepas dijangkiti virus.

Dengan kata lain, menggapuskan tempat pembiakan nyamuk bukan sekadar bertujuan menghapuskan denggi, tetapi banyak jenis penyakit lain yang dibawa oleh nyamuk.

Biarpun kita sedia maklum mengenai bahaya wabak bawaan nyamuk, masih banyak individu yang tidak mengendahkan saranan agar menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk membiak di tempat takungan air, yang berpunca sikap manusia ?menyediakan? tempat pembiakan itu. Penyakit bawaan nyamuk berpunca kelalaian manusia.

Pun begitu, kita tentunya tidak mahu digigit oleh nyamuk biarpun sekadar menyebabkan rasa gatal. Nyamuk mengganggu tidur pada waktu malam yang boleh menyebabkan kualiti tidur merosot dan sekaligus mengganggu produktiviti kerja pada siang hari.

Orang ramai mungkin tidak merasa bahaya nyamuk kerana sudah terlalu biasa digigit nyamuk. Boleh dikatakan ada individu yang digigit berpuluh-puluh dan mungkin beratus ekor nyamuk sehari.

Sebenarnya mereka bernasib baik kerana nyamuk yang menggigit itu tidak membawa patogen. Tetapi perlu diingatkan, nasib tidak selalu baik. Keadaan inilah yang dialami mereka yang dijangkiti penyakit bawaan nyamuk.

Pengalaman negara berdepan dengan pelbagai wabak penyakit berpunca bawaan nyamuk membuktikan betapa sukarnya usaha pencegahan. Nyamuk mudah membiak di tempat air bertakung, yang berpunca sikap individu yang tidak mengambil berat mengenainya.

Banyak individu yang tidak memberi kerjasama dengan alasan itu satu perkara biasa. Tempat yang boleh membiakkan nyamak seperti seperti bekas yang boleh menakungkan air seperti tayar, botol dan bekas plastik dibuang merata-rata. Begitu juga tempat takungan yang tidak digunakan juga dibiarkan menakung air.

Biasanya, orang ramai mula ?melatah? hanya apabila berlaku kes kematian akibat wabak itu. Paling ketara apabila keluarga sendiri yang menjadi mangsanya. Itupun masih ada yang menganggapnya sebagai takdir, tidaklah perlu rasa terlalu bimbang. Sesungguhnya, takdir boleh diubah jika kita berusaha menghindarnya.

Sepatutnya, nyamuk harus dipandang sebagai musuh manusia sepanjang masa. Amalan mencegah pembiakan nyamuk perlu dilakukan secara berterusan. Kalaupun tidak membawa wabak penyakit, nyamuk sentiasa mengganggu kita dengan gigitannya.

Banyak wang dibelanjakan untuk membeli racun penyembur nyamuk disebabkan kita tidak mengawal tempat pembiakan nyamuk. Sebenarnya lebih untung dan selamat jika kita mengutamakan pembasmian tempat pembiakan nyamuk daripada menggunakan racun penyembur nyamuk yang juga memberi kesan sampingan kepada manusia.

Membersihkan tempat pembiakan nyamuk juga secara langsung mewujudkan keadaan ceria dan selamat di sekitar tempat tinggal kita. Sikap orang awam yang menyerahkan urusan kebersihan sekitar tempat tinggal kepada pihak berkuasa tempatan memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab.

Amalan gotong royong membersihkan kawasan sekitar tempat tinggal perlu dijadikan aktiviti berkala. Jangan hanya tunggu apabila wabak melanda, baru hendak melakukan itu dan ini. Sedangkan pada masa lain, kita mula ambil sikap acuh tidak acuh sahaja soal ancaman nyamuk.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Virtual Fusion (0238980-U). All rights reserved