Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 7 years ago • 4,937 viewed


(SEPERTI YANG TERSIAR DI SINAR HARIAN 30 JAN 2007, MUKA SURAT 20)�
Masyarakat harus diterapkan dengan rasa tanggungjawab menyayangi sungai, khususnya mereka yang terbabit secara langsung dengan ekosistem sungai.�Bilangan sungai yang ?sudah mati? akibat terlalu kotor dan tercemai semakin bertambah.�
��� Mengapa kita perlu menyayangi sungai?�Ada pihak berpendapat tidak penting kempen memulihara sungai yang melibatkan banyak belanja.�Anggap sahaja sungai seperti longkang, mengalirkan air kotor, dan segala sisa buangan lain.�Kira sudah menguntungkan tidak perlu membina longkong, sungai sudah sedia ada.�Itu cakap-cakap orang sudah hilang akal!�
��� Sungai adalah nadi kehidupan manusia.�Kepentingan utama sungai adalah sebagai sumber mendapatkan bekalan air.�Sumber air amat penting untuk manusia dan makhluk hidup lain.�
��� Punca utama pencemaran sungai di negara kita disebabkan pembuangan sisa demostik seperti sampah sarap, bahan tidak larut, sisa kumbahan seperti najis manusia dan binatang ternakan, sisa industri seperti arsenik dan plumbun.���
�� Selain itu buangan domestik yang mencemarkan sungai, aktiviti pembalakan dan pembangunan kawasan hulu sungai juga menjadi punca pencemaran sungai di negara kita.�Sikap tamak dan gelojoh pengusaha pembalakan yang tidak mematuhi peraturan kerja-kerja pembalakan telah menyebakan banyak kerosakan kepada ekologi hutan.�
�� Paling mendukacitakan, ada pihak yang melakukan aktiviti pembalakan di kawasan yang dikhaskan untuk tadahan hujan.�Syarikat atau individu mendapat untung besar, sedangkan berjuta-juta penduduk berdepan dengan masalah besar akibat perbuatan itu.��
�� Menyedari kepentingan sungai, kerajaan telah mengadakan usaha pemulihan sungai dan kempen menjaga kebersihannya.�Salah satu usaha ialah Kempen Cintailah Sungai Kita yang mula diperkenalkan sejak tahun 1993.�
��� Rakyat disedarkan betapa pentingnya sungai kepada kesejahteraan hidup manusia.�Hasil usaha itu telah membuahkan sedikit sebanyak kejayaan dan kesedaran orang ramai tentang kepentingan sungai dan kesannya jika dicemari.�Konsep sungai angkat diperkenalkan.�
��� Kebanyakan sungai yang tercemar mengalir melalui bandar dan kawasan perindustrian.�Sungai di bandar dan kawasan perindustrian telah bertukar sebagai longkang mengalirkan segala sisa buangan dan sampah sarap.
��� Proses pembangunan atau urbanisasi berlaku sepanjang masa.�Itu tanda manusia semakin maju dan menikmati kehidupan lebih baik.�Bagaimanapun, urbanisasi bukan alasan musnahkan alam sekitar, termasuklah sumber air.�
��� Sepatutnya, semakin manusia mencapai kemajuan, semakin mesra alam.�Lebih banyak alat ciptaan berasaskan sains dan teknologi boleh dimanfaatkan untuk memulihara alam sekitar.���
�� Malangnya, kemudahan itu tidak dimanfaatkan.�Mereka tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan yang bersangkutan menjaga alam sekitar.�Demi mengejar untung lebih, kepentingan awam tidak dihiraukan.
��� Lihatlah, sikap rakus dan tidak bertanggungjawab pengusaha kilang, pengendali bengkel, pusat perniagaan, dan seumpamanya yang secara langsung melakukan tindakan yang menyebabkan pencemaran sungai.�
�� Bahan sisa perindustrian, bahan kumuhan, bahan kimia, dan segala macam unsur mencemarkan air dilepaskan ke aliran sungai, kerana tindakan itu dianggap lebih mudah dan menguntungkan.�Mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk merawat bahan buangan itu, atau dilupaskan di tempat yang dikhaskan oleh pihak berkuasa tempatan.
�� Hakikatnya, perbuatan itu mendatangkan nilai kerugian lebih besar kepada negara.�Kualiti air sungai menjadi merosot, dan akhirnya dalam tempoh masa yang panjang tidak selamat untuk digunakan.����
��� Pemandangan sungai yang tercemar hilang daya tarikan.�Sungai yang dikaitakan dengan kedamaian dan keindahan telah bertukar keadaan menyakitkan mata dan mendatangkan bau busuk.�Sungai tidak lagi menjadi daya tarikan dan menjadi rebutan golongan kaya untuk dijadikan laman rumah.�
��� Sedangkan pada masa lalu, tebing sungai dijadikan penempatan golongan kaya.�Banyak istana dibina berhampiran dengan sungai.�Begitu juga, penempatan di sesuatu tempat bermula di tebing sungai.�Perhatikan, semua bandar besar di negara kita dan di luar negara dibina berhampiran sungai.������
�� Sebaliknya kini, sungai menjadi rebutan bagi golongan tidak berada.�Kawasan tebing sungai menjadi penempatan setinggan.�Penghuni setinggan tidak menghiraukan lagi soal bau busuk dan pemandangan tidak elok sungai.���
�� Penghuni tebing sungai mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam sungai.�Cara itu mudah dengan mencampaknya melalui pintu atau�jendela dari atas rumah.�Sungai dijadikan sebagai tong sampah.��
�� Tidak harilah jika didapati sepanjang aliran sungai di kota dipenuhi oleh sampah.�Aliran air bergerak perlahan kerana terpaksa membawa bersama-samanya sampah.�� Sampah dihanyutkan sepanjang aliran sungai sehinggalah ke laut.�
�� Banyak penduduk mengalami kerugian dan kesusahan.�Segala-galanya berpunca daripada sikap manusia sendiri.�Penduduk kota, khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang selalu dilanda banjir kilat menjadi fobia setiap kali nampak mendung tanda hari nak hujan.�
�� Kesan pencemaran sungai akan mengurangkan bekalan air bersih untuk kegunaan kita seharian.�Air yang tercemar tidak selamat untuk digunakan sebagai air minum, membasuh, mandi dan sebagainya.�
��� Daripada kajian didapati salah satu punca merebaknya penyakit ialah melalui air yang tercemar.�Di seluruh dunia kira-kira 250 juta kes penyakit bawaan air berpunca daripada air tercemar.�
�� Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang besar untuk membersihkan sungai yang tercemar.�Peruntukan itu sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lain, jika sekiranya sungai-sungai di negara kita sedia dalam keadaan bersih.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved