Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 7 years ago • 3,544 viewed


�Di Australia, kini wanita Islam boleh berenang dan bersantai di pantai dengan selesa dengan memakai burqini, iaitu pakaian renang yang menutup aurat.Pakaian daripada polyerter itu menutup aurat dari kepala hingga ke kaki, memberikan kebebasan kepada wanita Islam untuk berenang di pantai dan pada masa yang sama mematuhi tuntutan agama.

�� Burqini dilaporkan mendapat sambutan di kalangan wanita Islam di Sydney, mendapat sokongan Majlis Islam Australia dan Mufti Australia.Wanita Islam seluruh dunia pastinya menantikan burqini akan dipasarkan di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan berpakaian wanita Islam untuk reakriasi di pantai, sungai, tasik maupun kolam renang.�
��� Wanita Islam memerlukan pakaian khas yang menepati konsep menutup aurat.Keperluan itu tidak terhad kepada pakaian mandi sahaja.Bahkan, konsep menutup aurat untuk wanita Islam perlu diberi perhatian penting.
�� Peraturan ketat terhadap wanita berkaitan pakaian bukan bertujuan menyusahkan atau menyekat kebebasan kaum wanita.Islam agama memberi kemudahan kepada umatnya.Jadi, jika ada sesuatu yang dirasakan menyusahkan, itu sudah tentu ada kebaikannya.�
��� Sebaliknya, jika iman dalam keadaan lemah, apapun perintah agama akan dirasakan membebankan.Sesungguhnya, syaitan sentiasa memperdayakan manusia agar berat untuk melaksanakan perintah Allah.�
�� Kejadian yang menimpa wanita seperti dirogol, dicabul kehormatan, gangguan seksual, dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah banyak berpunca cara berpakaian tidak menutup aurat.Malangnya masih banyak wanita yang tidak serik.
�� Banyak wanita mempertahankan haknya untuk memilih fesyen tidak menutup aurat.Malah ada yang berhujah mengatakan wanita yang berpakaian sopan juga banyak menjadi mangsa sikap tanggungjawab lelaki.�
�� Lantas, mereka mendakwa kes kejadian rogol tidak mempunyai kaitan dengan cara wanita berpakaian.Perbuatan itu berpunca nafsu lelaki yang tidak dapat dikawal.Jadi, lelakilah yang harus dipersalahkan dalam hal itu. Lelaki buat salah, mengapa pula wanita dipersalahkan dalam hal itu?
��� Memang tidak dapat dinafikan banyak kes rogol, dicabul kehormatan, gangguan seksual, dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah turut melibatkan wanita berpakaian sopan.Tetapi, rangsangan ke arah perbuatan itu berpunca daripada wanita yang tidak menutup aurat.
��� Lelaki yang tidak berpeluang untuk melakukan niat buruk terhadap wanita seksi, akan mengambil kesempatan terhadap wanita dan kanak-kanak lain.Mereka menjadi mangsa keadaan yang dicetuskan oleh wanita lain.
�� Fesyen mendedah aurat tidak mematuhi etika berpakaian kerana tidak ?lengkap?.Mendedahkan aurat samalah tidak berpakaian.Aurat adalah sesuatu yang perlu dirahsiakan kepada pandangan umum.Jika sudah terdedah sana sini, itu kira macam tidak berpakaian atau berpakaian tidak lengkap.
�� Memakai pakaian sendat atau ketat sehingga kelihatan seperti melekat di badan pemakainya akan menampakkan semua tempat bentuk tubuh badan.Keadaan tersebut sama seperti pemakainya tidak berpakaian.
��� Sekarang ini banyak anak gadis yang memakai 'baju adik'. Baju itu betul-betul sendat dan labuhnya sekadar bawah sedikit bahagian pusat.Jika pemakainya tunduk atau mengangkat tangan, pasti nampak bahagian pusat dan pangkal punggung.
��� Sekarang ini sudah menjadi trend, gadis memakai baju adik biasanya bertudung.Jika mereka telah memilih untuk bertudung, cubalah pula mematuhi peraturan lain dalam soal berpakaian.
�� Pemilihan pakaian yang longgar dan labuh merupakan satu suruhan wajib bagi setiap wanita Islam agar menepati maksud menutup aurat.Jika mereka telah memilih menutup aurat, biarlah benar-benar seperti yang telah ditetapkan syarak.
��� Pemilihan fabrik atau kain juga penting bagi tujuan menutup aurat.Fabrik yang digunakan mesti tebal.Penggunaan fabrik yang nipis dan jarang akan menyebabkan bahagian badan dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain.
��� Untuk mengelak daripada menampakkan bentuk badan, fabrik jenis tersebut perlu dikenakan kain alas di bahagian bawah.
��� Persoalannya, mengapa wanita sukakan pakaian seksi?Jika diikutkan istilah fesyen, pakaian menutup aurat lebih menarik.Pakaian menutup aurat begitu terserlah kehebatan fesyennya. Sedangkan, pakaian seksi nampak ringkas, tidak nampak fesyennya.
�� Trend memakai pakaian seksi bukan sahaja dilakukan anak gadis.Banyak wanita yang telah berkahwin turut berpakaian seksi.Perbuatan itu turut disukai atau direstui oleh suaminya.Satu fenomena yang tidak sepatutnya berlaku jika mereka memahami tuntutan agama.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved