Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 7 years ago • 1,476 viewed


Untuk renungan kesemua warga VF... Sama ada ngkorang sedar @ tidak dengan perubahan yang terjadi di sekeliling seolah mula�menepati ciri-2 sebagaimana yang diperkatakan mengenai KIAMAT... �

Antara tanda-3 Kecil kiamat:-

Lahirnya FITNAH-2 dan banyak PEMBUNUHAN
- Pembunuhan menjadi sesuatu yg biasa sahaja... Mungkin di Iraq ianya menjadi rutin namun sedarkan kita bukan sahaja di negara bergolak seperti Iraq mahupu Palestin sahaja, di negara kita pon makin kerap kedengaran kes PEMBUNUHAN... Di Thailand pon sudah semakin meningkat... Apakah benar ia tanda-2 kecil KIAMAT? Tepuk dada muhasabah diri...

Tersebarnya KEMUNGKARAN & KEMAKSIATAN dengan luasnya
- Kian kedengaran kemungkaran & kemaksiatan makin berleluasa. Tak payah tgk jauh-2, tgk apa yg terjadi dlm Malaysia sudah la... Isu wanita Islam bertudung melalukan maksiat & penzinaan, pergaulan bebas, bohsia & sebagainya kian menjadi isu hangat. Adakah ia salah satu tanda kecil Kiamat? Garu kepala tanya diri sendiri betulkah?

Munculnya PENDAKWAH-2 ke arah KESESATAN & pemimpin yg menyeleweng dari syariat Islam
- Bukan sesuatu yang menghairankan bila dengaq kes pendakwah sesat.. Zaman moden skrg pon masih wujud pendakwah-2 sesat... Apakah pengikutnya begitu tolol mengikuti dakyah sesat? Ataupun ianya dah tertulis sebagai salah satu tanda kecil KIAMAT? Renung-renungkan...

Kurangnya kebajikan, hujan & banyaknya berlaku gempa bumi & banjir (Surah Ar-Rum ; 41-45, Al-An'am;6, An-Nahl;112)
- Terjadikan kejadian-2 yang disebut kebelakangan ini? Ataupun ianya hanya kejadian yg normal... Tiada apa yg harus dihairankan dengan kejadian tersebut. Ataupun apa yg terjadi kebelakangan sebagai satu PERINGATAN terhadap Surah-2 di atas?

Kaum WANITA bersikap BEBAS, MENDEDAH AURAT & terkeluar dr AKHLAK-2 Islam & peradabannya
-
Apa yang kita lihat di kawasan persekitaran kita di malaysia... terdapatkan WANITA-2 seperti ini? Kekadang sukar dibezakan antara wanita Melayu Islam & wanita bukan Islam jika dilihat dari segi pemakaiannya.. Benarkah berlaku? Jika benar apakah ianya tanda-2 kecil KIAMAT sudah dekat?�

Lahirnya orang yang mengaku dirinya NABI
Isu umat selepas Nabi Muhammad SAW mengaku Nabi seringkali kedengaran... Terbaru wanita mengaku Nabi... Adakah secara kebetulan tanda-2 di atas diwartakan? Fikirkanlah sendiri...

Hilangnya nilai sebenar terhadap kebenaran & kebatilan
-
Atas alasan kempen menghapuskan keganasan, dunia Islam hanya memandang sepi pencerobohan ke atas Iraq & juga negara Palestin. OIC ibarat satu kuasa yang tak bermaya... Hanya ibarat mcm ' Ohhh... I see... " Perjuangan rakyat Palestin dianggap sebagai satu keganasan terhadap kaum Yahudi. Benarkah mereka pengganas? Di mana kebenarannya? Siapa pengganas sebenarnya?

Diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan Ahlinya
Slogan UTAMAKAN PARTI berbanding calon yang bertanding. WAJARKAH? Mcm mana sekiranya CALON pembangkang dilihat lebih berkelayakan, berketerampilan, berjiwa rakyat & mempunyai ciri-2 pemimpin yang disyaratkan dalam Islam? Wajarkah slogan UTAMAKAN PARTI dilaksanakan? bagaimana jika Calon parti tersebut dah sedia tahu jahil bab-2 keagaamaan namun cukup pakar bab-2 keduniaan... �

Berlakunya PERANG PENENTU di antara umat Islam & orang-2 Yahudi
- Isu Yahudi & Palestin bukan sesuatu perkara yang baru... Sudah kedengaran penentangan & perperangan antara umat Islam & kaum Yahudi. Apakah bakal berlaku peperangan penentu sebagaimana yang diperkatakan jika sekiranya dilihat keadaan semasa konflik? Pakat-2 la renungkan...

Apakah benar Tanda-2 KIAMAT sudah berlaku? Tepuk dada tanya Iman...

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved