Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 darknforce • 13 years ago • 128,101 viewed


Peringatan - soalan ialah soalan dari email yang diterima
manakala jawapan pula dari Dr Mohd Ismail Mohd Tambi

Image

Soalan:

1- adakah pengambilan hormon testosteron, berupaya menyuburkan pertumbuhan bulu pada badan. (misai, janggut, bulu kaki, etc) ??

2- bagaimanakah cara utk menyuburkan/melebatkan pertumbuhan bulu badan (misi, janggut, bulu kaki, etc). Ubat2 tradisional so far tidak berkesan.

Jawapan:
Ketumbuhan bulu roma, misai dan janggut sebahagian dari perubahan akhil baligh akibat tindakbalas Testosterone kepada tubuh badan lelaki (dan perempuan). Kadangkala tindakbalas itu tidak terjadi dan ini berlaku kerana bahagian tubuh badan itu tidak respon. Jadi pengambilan hormon Testosterone tidak akan memberi apa apa kesan langsung dalam kes sebegini.


Soalan:
saya ada satu masalah berkaitan isteri saya, isteri saya mengadu dia tidak dpt merasa apa apa ketika kami bersama, dia langsung tidak rasa geli ataupun apa apa, nafsunya ada tetapi ketika bersetubuh langsung tiada apa apa rasa cuma rasa masuk dan keluar aje. Kalau boleh saya ingin tahu apa masalahnya, kami sudah 2 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Jawapan:
Saudara,kemuncak rangsangan kepada anggota seksual atau anggota yang memerangsangkan nafsu seksual akan kemuncak sebagai klimaks.Jadi jika apa yg dirasakan isteri iaitu hanya masuk-keluar zakar dalam faraj,maka bahagian itu tidak memberi apaapa rangsangan kepadanya.Mungkin bahagian lain. Anda perlu meneroka dengan kerjasama isteri bahagian tubuh badannyayang sensitif kepada sentuhan yg boleh membawa kepada kemuncak shaywat. Selamat menerokanya... ... ..

Soalan:
Assalamualaikum Dr.

Sekarang saya berumur 25 tahun dan belum berumahtangga.Saya mengalami masalah ini sejak sekolah..Dulu semasa kecil higga remaja saya selalu melakukan onani (melancap) yang mana masa kecil tidak tau akibat perbuatan tersebut..Akibatnya sekarang kemaluan saya menjadi kecil dan mengecut.Testis saya juga mengendur..saya juga mudah mencapai orgame dan megeluarkan air mani walaupun saya hanya menyentuh kemaluan (semasa tegang).Air mani saya juga berketul-ketul.saya merasa risau untuk mendirikan rumahtanggga dan tidak mempunyai zuriat.

Saya ingin minta bantuan dan nasihat Dr apa yang perlu dilakukan? adakah rawatan tradisional seperti mengurut dapat membantu?

Yang benar,

Jawapan:
Onani tidak menyebabkan mandul atau masalah kesuburan.Anda lelaki yang mudah ghairah,maka air mazi keluar sebelum klimaks dan air mani mudajh keluar apabila sedikit terangsang.anda perlu kawal perasaan ghairah itu,baru dapat menahan perasaan atau meredakan perasaan ghairah itu.Jadi jika nak Onani,lakukannya secara terkawal dan jangan pancut cepat, lewat lewatkan ejakulasi.Jika setelah berkhawin masih kekal, baru boleh diberi rawatan.Sekarang lakukan yang saya nyatakan itu sahaja dah cukup.Jangan bazirr duit pergi urut.nanti zakar langsung rosak dan anda akan menyesal tak putus putus.

Image

Soalan:
Sudah 2 tahun saya berkahwin. Saya ada satu soalan mengenai suami saya. Setiap kali saya dan suami saya melakukan hubungan kelamin, tidak sampai 10 minit atau selalunya dlm 7 atau 6 minit suami saya telah mencapai klimaksnya.

Soalan saya:

1) Mengapa suami saya begitu cepat puas?

2) Tidak adakah cara untuk suami saya bertahan lebih lama?

3) Selepas suami saya puas dalam persetubuhan yang pertama, dia sukar untuk
menaikkan nafsunya untuk kali kedua. Ini kerana saya masih belum puas. Adakah itu
suatu masalah serius?

4) Adakah disebabkan faktor sedemikian sehingga sekarang saya masih belum hamil?
Selain disebabkan saya sebenarnya mempunyai 'choclate cyst' di belakang ovari kiri.

Harap dapat dijelaskan oleh doktor. Terima kasih.

Jawapan:
Untuk lelaki jika dapat tahan 4-8 minit tu dah hebat.jarang lelaki tahan lama kerana dia sudah
mula terangsang sebelum memasukkan zakar dalam faraj. Apabila dia mula gerak paling lama 4 minit dan jika dia kawal mungkin untuk lelaki muda yang banyak stamina,boleh tahan lagi empat minit. Wanita memerlukan sekurang kurang 8 minit jika dia dapat rasa keseronokkan dari mula, sebelum zakar memasukki faraj. Anda perlu pandu dia ketika dia bersetubuh dengan anda supaya dia dapat memberi rangsangan yang lebih kepada aanggota tubuh badan anda yang boleh membangkitkan perasaan ghairah dan kemuncak. Tak klimaks bukan sebab tak hamil, sedangkan wanita yang kena rogol pun boleh hamil! Masalah kesuburan anda ialah penyakit endometriosis-chocolat cyst.Anda perlu rawatannya.

Soalan:
Assalamualaikum

Saya ada beberapa pertanyaan yang menjadi tanda tanya:-

i) Kebiasaannya period saya selama 7 hari tetapi sejak kebelakangan ini
period saya memang 7 hari tetapi hari 1 & 2 banyak, hari ketiga sikit &
berwarna coklat kehitaman, hari ke 4 tidak ada, hari ke 5 pula ada sikit
sehingga la hari ke 7 berwarna coklat sedikit-sedikt.

ii) Kenapa dengan period saya? Adakah normal period saya? Ini menyebabkan
saya risau & runsing

iii) Saya memang ingin hamil anak ke 2. Adakah ini akan mengganggu
kehamilan tersebut atau sebaliknya.

iv)Adakah kerana tekanan berfikir ingin hamil & tekanan kerja menyebabkan
period saya menjadi begini. Kerana sebelum ini ok setiap hari sehingga
hari ke 7 period ada tidak seperti sekarang hari ke 4 tiada, hari ke 5 ada
balik. Ini merunsingkan saya.

Diharapkan Dr. dapat membantu saya dan mengurangkan ketegangan di minda
saya. Terima kasih


Jawapan:
Putaran dan keadaan haid yang anda alami itu normal atau biasa.Jangan risau tak tentu fasal. Cuba rancang anak kedua. Jika gagal dalam setahun jumpa doktor untuk pemeriksaan
kesuburan. Anda dan suami mungkin mengalami masalah kesuburan sekunder.

Soalan:
Assalamualaikum Dr.
Di sini saya inginkan beberapa penjelasan tentang Nu Prep (Tongkat Ali) dan Prononton. Untuk pengetahuan doktor saya baru sahaja mengambil pil prononton yang disyorkan oleh rakan selama 20 hari dan saya dapati ada perubahannya pada anggota sulit saya. Apa yang saya muskilkan ialah adakah pengambilan prononton itu ada implikasinya dikemudian hari? Mengenai Tongkat Ali melalui kajian doktor, seperti yang disyorkan memamg sesuai
untuk lelaki. Oleh yang demikain yang mana satu yang perlu saya amalkan untuk kesihatan saya. Buat masa ini saya mengambil ubat untuk mengurangkan kolestrol daripada klinik. Kadar kolestrol saya tidak begitu tinggi masih di peringkat kawalan (border line). Saya ambil pil tersebut selang sehari. Seperkara lagi, setiap kali saya bersama-sama isteri dalam hubungan suami isteri dia selalu menghisap anggota sulit saya kerana itu dirasakan sesuatu yang ... ... ... apa yang saya risaukan ialah dia hisap juga walaupun anggota sulit saya berada dalam farajnya. Apakah ini akan menjejaskan dari kesihatan?

Sekian, terima kasih.

Jawapan:
Saudara. Saya tidak syorkan Pronoton kerana tiada kajian tentangnya.Ada kemungkinan ia
mengandungi ubat larangan saperti viagra dan saya difahamkan yang Kementrian sedang
menyusuli kandungannya. Tongkat ali jenama NU-PREP telah dikaji dan didapati dapat
menambahkan hormon testosterone dan membantu membangkitkan perasaan shaywat dan
ereksi. Tentang hubungan seks yang anda lakukan dengan pasangan anda tiada masalah jika dia hisap anggota sulit saudara. Tidak menggangu fungsi shaywat anda.


Soalan:

ASS'KUM DOKTOR..
SAYA ADA DUA SOALAN DAN MENGHARAP SANGAT JAWAPAN DARI DOKTOR. ISTERI SAYA YANG BARU SEBULAN SAYA NIKAHI MENGALAMI MASALAH PUTING PAYU DARA YANG TENGGELAM(KELIHATAN SEPERTI TIADA LANGSUNG PUTING). PUTING YANG TENGGELAM ITU TERLALU KECIL SEPERTI PUTING LELAKI. ADA SAYA DENGAR ORANG MENGATAKAN ITU TANDA2 KANCER.BOLEHKAH ISTERI YANG KECIL PUTINGNYA MENYUSUKAN ANAK. MINTA DOKTOR BERIKAN PANDANGAN

Image

Jawapan:
Masalah ini dikenali sebagai 'inverted nipple'. Dia boleh gunakan krim badan(body cream/lotion) untuk disapu kepada puting dan mengunakan dua jari untuk memicit/mengurut puting itu keluar. Ini bukan petanda kanser untuknya. Apabila hamil kelak puting yang termasuk itu akan keluar. Jika tidak boleh gunakan 'nipple shield' ketika menyusukan anak.

Soalan:
Dr Ismail, Saya sudah berkahwin hampir tiga tahun namun masih belum dikurniakan zuriat. Saya redha dengan keadaan ini. Saya bersama isteri sudah menemui doktor dan doktor mengesahkan isteri saya normal, cuma rahimnya terletak dibawah manakala bagi saya doktor menyatakan tiada sperma dalam air mani saya. Saya telah menjalani ujian ini sebanyak dua kali. Bagaimanapun kandungan air mani saya normal dan hormon saya juga normal setelah menjalani ujian darah. Doktor mengarahkan saya menjalani ujian air kencing (air kencing yang diambil selepas bersama) untuk mengetahui sama ada sprema saya keluar bersama air kencing tersebut, tetapi hasilnya negatif. Menurut doktor, saluran sperma saya tersumbat.

Soalan saya:
1. Adakah perkara ini biasa berlaku?
2. Bagaimana ianya boleh tersumbat?
3. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang tengah mengamalkan pemakanan ubat pronoton yg disyorkan oleh doktor.

Diharap tuan dapat membantu saya menyelesaikan masaalah ini. Saya bersama isteri kepingin untuk mendapatkan anak.

Sekian. Terima Kasih.

Jawapan:
Untuk pengetahuan anda Pronoton bukan ubat,ia hanya herba dan tiada kena mengena dengan saya.Saya difahamkan yang herba ini mungkin ada campuran ubat yang tidak diluluskan Kementerian Kesihatan. Jadi hentikan makan herba ini. Masalah anda ialah anda tiada sperma dalam air mani.Ini dikenali sebagai Azoospermia. Doktor hanya anggarkan yang salur sperma anda tersumbat. Tapi dalamjpendapat saya jika air mani anda lebih 2ml, tiada sumbatan salur sperma.Jika nak keterangan lanjut boleh jumpa saya di Damai Service Hospital,115-119 Jalan Ipoh,JKL tel:40434900 Bawa laporan yang anda ada untuk rujukan saya.


Soalan:
Dalam hubungan kelamin saya tidak mempunyai apa-apa masalah sebab saya sentiasa mengamalkan produk berkait dengan kesihatan wanita (vagina). Masalah saya, saya tidak boleh mengangkat berat atau sebulan sekali kena berurut dan menaikan peranakan kerana peranakan (rahim) saya mudah turun. Apakah ubat (herba) yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Saya tidak mengamalkan ubat perancangan kemahilan, jika peranakan ke bawah ditakuti akan mudah untuk mengandong.

Jawapan:
Amalakan senaman kemut atau Kegel yang dapat membantu mengkukuhkan otot benteng rahim yang sekali gus akan memantapkan kesihatan rahim.Caranya rapat peha,cengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dan tahan nafas selaman 2-5 saat dan legakan
cengkaman. Lakukan sebanyak mana dalam seminit dan lakukan 5 kali sehari. Cuba kapsul kacip fatima Phyto-Oestro untuk kemantapan faraj dan kelangsingan stuktur dalaman. Ada jual dalam laman ini. Apabila nak rancang kehamilan lakukan seks kerap pada waktu subur. Jika hamil hentikan makan herba seketika

Virtual Friends - Copyright © 2001-2020 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved