Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 bigboss • 7 years ago • 2,509 viewed


Rasulullah model, idola insan cemerlang

UMAT Islam di seluruh dunia menyambut dan meraikan Maulidur Rasul dengan penuh keinsafan. Malaysia memilih tema �Insan Cemerlang, Ummah Terbilang� pada tahun ini menunjukkan komitmen dan usaha kerajaan yang komited menjadikan Rasulullah sebagai model sebenar umat Islam di negara ini.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan prinsip Islam Hadhari dijadikan sandaran kepada memperkasakan potensi modal insan ke arah mewujudkan insan yang cemerlang dan ummah terbilang.

Dengan inspirasi dan aspirasi Maulidur Rasul kali ini, diharapkan dapat melahirkan modal insan yang versatil, madani, serta sedia melakukan anjakan paradigma dan mempunyai weltanschauung yang hebat.

Sesungguhnya, kelahiran Nabi Muhammad S.A.W membawa rahmat, makrifat, mukjizat dan syafaat kepada seluruh alam. Baginda adalah kekasih Allah dan penghulu segala nabi dan rasul. Melalui bagindalah, hari ini kita dapat merasai nikmat iman dan Islam sebagai bekalan menuju hari abadi.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya�, ayat 107 yang bermaksud: �Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam�, menerangkan betapa Rasulullah adalah manusia paling agung dan dimuliakan segala makhluk yang ada di bumi sehingga hari kiamat.

Rasulullah adalah contoh dan model unggul umat Islam. Kredibiliti dan ketrampilan baginda terserlah sebagai seorang bapa yang mulia, suami mithali, pemimpin adil dan nabi yang agung. Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud: �Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu�.

Seyyed Hossein Nasr menukilkan kata-kata Sa�di dalam bukunya Muhammad Insan Kamil (2001), bahawa Nabi Muhammad adalah �penghulu kejadian, makhluk termulia, rahmah seluruh alam, tersuci antara manusia, penyempurna edaran zaman, perantara sebenar, yang dibenarkan kata dan perbuatannya, nabi penyayang, pemurah, agung pekertinya, tiada cacat celanya, nabi yang terakhir. Dikau capai puncak keagungan dengan kesempurnaanmu; dikau cahayai kegelapan malam dengan keindahan cahayamu; setiap lakumu mulia; selawat dan salam ke atasmu dan para pengikutmu�.

Islam yang dibawa baginda kekal relevan, segar dan memenuhi cita rasa manusia di muka bumi ini, melalui perantaraan kitab suci al-Quran yang komprehensif, akomodatif dan informatif. Menurut Abdul Halim El-Muhammady (1992), al-Quran memberi sumbangan dan kesan besar terhadap peradaban manusia. Hasil perubahan ini mampu melahirkan corak tamadun baru yang berjaya mensepadukan tamadun kebendaan dengan kerohanian secara seimbang berteraskan konsep tauhid.

Melalui al-Quran yang unik, baginda mendedah, mengupas dan menjelaskan persoalan sains (Yaasin: 36), fizik (al-Nur: 35), biologi (al-Mukminun: 12-14), kimia (Yaasin: 80), geografi (al-Hajj: 46), astronomi (al-Dhariyat: 47), sejarah (al-Mu�min: 82), dan matematik (al-Nisa�: 11-12) sebagai panduan dan medium kemajuan ummah.

Perspektif undang-undang, sosioekonomi, pelayaran, pertanian, teknologi dan pelbagai dimensi yang mencakupi seluruh persoalan kehidupan manusia turut menjadi sunnah warisan dan khazanah paling berharga Rasulullah kepada kita.

Pemikir Islam Mustafa Masyhur (2003) berpendapat keseluruhan sunnah Rasulullah adalah bekal yang dapat menghidupkan hati pengikutnya, membawa mereka kepada darjat keimanan dan ketakwaan yang tinggi, kebaikan, menjauhi keburukan, membangun keperibadian di sisi akidah, ibadah, akhlak, fizikal, pemikiran dan sosial dengan kuat dan sempurna.

Menelusuri sirah kehidupan baginda, jelas membuktikan kebolehan, kewibawaan dan kebijaksanaannya sebagai ahli ekonomi, usahawan dan ahli perniagaan yang produktif; penternak yang gigih; ahli politik yang mapan, pentadbir dan pengurus yang kompeten, tokoh pendidik yang cemerlang; ahli sains dan teknokrat yang berwawasan dan sebagainya.

Produk dan graduan modal insan yang dilatih, dididik dan dicanai baginda melahirkan generasi emas umat Islam seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sahabat lain. Mereka berjaya melakukan transformasi dan reformasi hebat hingga Islam mampu memimpin hampir tiga per empat keluasan dunia. Sabda Rasulullah yang bermaksud: �Sahabat-sahabat aku seperti bintang-bintang dengan mana seorang daripada mereka kamu ikuti, kamu mendapat petunjuk (hidayah)�.

Tunas Islam yang tumbuh dan berkembang selepas era itu adalah ikon pewaris, pejuang, reformis dan penyelamat Islam yang sebenar.

Generasi Ulul Albab itu berjaya merubah iklim jahiliah kepada erti kehidupan sebenar. Proses �pencerahan� itu diterjemahkan dengan penuh konsisten, dinamik dan holistik membina pembangunan dan ketamadunan umat Islam dulu, kini dan selamanya.

Kini fungsi dan tanggungjawab itu menjadi misi utama yang perlu dilaksanakan kita. Atas premis itu, dengan semangat dan roh Maulidur Rasul, umat Islam perlu bangun daripada tidur yang panjang, meningkatkan prestasi ekonomi, politik dan sosial umat Islam, berusaha ke arah penambahbaikan agenda pendidikan, kesihatan, ketenteraan, sains dan teknologi serta pembangunan negara; dan seterusnya mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan disanjungi.

Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya. Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 56 yang bermaksud: �Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad; wahai orang yang beriman, berselawatlah serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya�.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved