Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 6 years ago • 1,126 viewed


Di dalam ajaran ini terdapat ajaran anti-hadis dan juga terdapat fahaman yang menganggap sahabat adalah kafir seperti golongan Khawarij. Terdapat juga di dalamnya kepercayaan terhadap imam dan ikutan mereka secara 'ghulu' seperti yang terdapat dalam ajaran-ajaran tarekat dan tasauf yang sesat.

2.1.1 Dapat dikemukakan secara ringkas aqidah mereka yang jelas bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam yang suci antara lain :
(i) Aqidah Tahrif Al-Quran
(ii) Aqidah Al Imamah
(iii) Aqidah Raj'ah
(iv) Aqidah Takfir As Sahabah
(v) Aqidah Al Bada'
(vi) Aqidah Tabarra atau Tabarri

2.1.2 Dari segi amalan pula, antara lain yang bercanggah dengan ajaran Islam ialah :
(i) Mut'ah
(ii) Pemujaan terhadap kubur-kubur
(iii) Penerimaan " Khumus " dari pengikut-pengikutnya dan lain-lain lagi.


Semua ajaran-ajaran yang salah di zaman lampau mempunyai pertalian dengannya atau berpunca daripadanya seperti Khawarij dan Mu'tazilah. Selain dari mempunyai buku rujukan yang terlalu banyak tersebar di kalangan mereka, Syiah juga mempunyai jumlah pengikut yang besar selain dari Ahli Sunnah di dunia hari ini dan sekarang mereka mempunyai sebuah negara yang merdeka.

Di antara rujukan-rujukan utama mereka ialah Al Kafi, Al Istibshar, Tahzibu Al Ankam, Man La Yahdhuruhu Al Faqih, Al Ihtijaj dan lain-lain lagi.

SEJARAH

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Umat Islam Uthman bin Affan .Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman.”


(Ahmad-Tirmidzi).

Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerincing di medan perang saudara sehingga beberapa lama.

Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-orang yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dan masih ramai orang yang imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan, bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orang-orang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan.

Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka dahulu kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Maksudnya: “Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama.”


Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba’ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulamak mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang dalam ilmunya tentang riwayat dan Rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi’. Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba’ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali a.s. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya’ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah s.a.w. sepeninggalan Baginda s.a.w. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali dan melepaskan diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah (Rijal Kasyi Hal: 108)

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved