Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 cool_man • 6 years ago • 12,243 viewed


Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga , strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan . Ingatan atau mengingat merupakan proses memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang berlaku selepas beberapa lama. Ingatan sangat asas dan mustahak kepada pemikiran dan tindakan . Pelbagai teknik, strategi dan cara untuk mengekalkan atau memanjangkan tempoh ingatan . Sekiranya anda hendak mengingat kembali , maklumat baru . Ingatan juga boleh berlaku dengan mengingat maklumat yang sama atau serupa .

Sekarang kita beralih pula kepada maksud kognitif . Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 kognitif telah didifinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan . Proses kognitif ini hendaklah dianggap sebagai satu fenomena yang kita tidak boleh lihat secara langsung. Ahli psikologi kognitif mengkaji proses seperti itu dengan membuat pemerhatian tentang tingkah laku manusia dan membuat kesimpulan terhadap proses mental di sebaliknya.. Pemerhatian atau pengalaman individu terhadap permahamannya dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pengaturan kendiri semasa proses pembelajaran . Kesimpulannya melalui kemahiran ini pelajar akan dapat membentuk soalan-soalan bagi menguji pemahamannya sendiri.

Ahli-ahli kognitif seperti Kurt Koffka, Wolfgang Kohler dan Max Wertheimer bersepakat untuk menolak pendapat ahli-ahli behaviourisme iaitu kaedah lace w:st="on"cuba lace jaya. Justeru, mereka telah bersatu hati mengemukakan teori ‘ geslalt’. Gestalt adalah fonem yang berasal daripada German, yang bermaksud ,satu keseluruhan’, ‘bentuk’ atau ‘konfigurasi’. Fonem – fonem ini menunjukkan bertapa pentingnya hubung kaitan antara satu dengan yang lain.Menurut ahli-ahli kognitif murid-murid membentuk struktur kognitif dalam ingatan sewaktu tempoh pembelajaran . Setiap individu yang belajar akan terdedah dengan proses menyusun segala pengalaman dan akan menyimpannya sebagai ingatan.

Wolfgang Kohler salah seorang ahli kognitif telah menjalankan dua eksperimen terhadap cimpanzi dalam membentuk teori gestalt. Eksperimen pertama, Kohler telah menempatkan seekor cimpenzi yang dalam kelaparan di dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar cimpanzi tersebut , di letakkan beberapa batang buluh yang berlainan ukuran panjangnya beserta dengan sebiji pisang yang tidak boleh di capi oleh cimpanzi tersebut. Usaha pertama yang di lakukan oleh cimpanzi tersebut ialah dengan melontar kayu pada pisang. Kemudian cimpanzi tersebut mula sedar bahawa kayu yang ada boleh di gunakan untuk mencapai pisang tersebut. Cimpanzi pintar yang bernama sultan di dapati boleh menyambung dua batang kayu dalam usaha untuk menarik pisang ke kandang. Akhirnya cimpanzi tersebut berjaya memperolehi pisang.

Eksperimen Wolfgang Kohler yang kedua ialah dengan memasukkan seekor cimpanzi ke dalam kandang dan pisang di gantung di bumbungkandang yang tinggi. Beberapa buah kotak di letakkan di atas lantai kandang tersebut. Cimpanzi memulakan usahanya untuk mendapat sebiji pisang di atas bumbung yang tinggi dengan cara melompat beberapa kali. Malangnay usaha ini tidak membantu cimpanzi tersebut untuk mendapatkan pisang itu. Seterusnya cimpanzi tersebut memerhati sekeliling kandang dan aecara tiba-tiba cimpanzi tersebut mengheret satu demi satu kotak yang di letakan oleh Kohler di lantai kandang. Ia menyusun kotak-kotak tersebut secara bertindih-tindih seperti tangga. Kemudian memanjat kotak-kotak tersebut, akhirnya usaha cimpanzi itu berhasil.

Eksperimen Kohler ini telah menerangkan bahawa cimpanzi-cimpanzi tersebut berjaya melihat masalah sebagai satu keseluruhan yang bersatu menurut Kohler cerdik akal atau fenomena ‘a-ha’ tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan bukan sebagai pemindahan khas. Dimana teori ini melihat kebolehan individu mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba. Setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan dalamnya.

Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Bagaimana seorang guru itu perlu mengaplikasikan konsep kognitif ini di dalam kelas? Untuk mencapai matlamat ini guru tersebut perlu sentiasa mendorong murid-murid atau pelajarnya untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru yang cemerlang akan sentiasa memastikan anak murid atau pelajarnya mempunyai atau sering membina kebolehan untuk membuat perbandingan antara perkara yang difahami dengan mudah yang dimaksudkan dalam bahan bacaan. Untuk memenuhi keperluan atau tuntutan ini, guru tersebut haruslah memberi atau mengajar pelajarnya supaya membuat pengukuhan kendiri. Dalam hal ini pelajar perlu memerhati dirinya sendiri. Contohnya, pelajar perlu menyiapkan atau menyelesaikan kerja rumah sebelum menikmati hidangan. Ini adalah antara cara pengukuhan kendiri yang boleh diambil oleh pelajar supaya dapat membina keyakinan positif.

Pemerhatian perlu untuk membuat perbandingan dan memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar. Tumpuan dan pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru terhadap pelajar perlu untuk mendorong pelajar menjadi lebih yakin. Pemerhatian yang positif akan merangsang pelajar untuk berusaha dengan gigih untuk menyiapkan tugasan walaupun tugasan tersebut amat sukar baginya.

Selain itu, pengawalan bermaksud penguasaan individu terhadap pemahamannya. Strategi dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pengaturan kendiri semasa proses pembelajaran. Misalnya penguasaan pengiraan dengan menggunakan jari oleh murid berusia tujuh tahun. Pengaplikasian jari dalam pengiraan itu membantu murid tesebut untuk memahami konsep pengiraan sebenar. Sebagai contoh, 3 + 5 = 8, murid tersebut akan menggenggamkan kedua-dua tangannya. Kemudian murid tersebut akan membuka tiga jari tangan kiri dan jari tangan kanan. Hasilnya, dia akan membuka lapan jari. Murid tersebut boleh mencipta soalan dari kaedah ini. Misalnya, 4 + 4 jawapan juga lapan dan 6 + 2 juga lapan. Melalui kaedah ini, murid atau pelajar akan belajar membentuk lebih banyak soalan bagi menguji pemahamannya sendiri.

Pengawasan amat perlu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru itu perlu bijak mengawasi situasi bilik darjah agar sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat. Selain itu, guru juga perlu mengurus pelajarnya dari segi emosi, tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran berjalan lancar. Hasil dari pengawasan ini, maka lahirlah pelajar yang berdisiplin, bermotivasi dan memberi tumpuan dalam pelajarannya dan proses mengingat subjek yang dipelajari mudah dilaksanakan. Kesimpulannya, proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru dan perlu diterapkan di sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk mengingati perkara yang telah dipelajarinya. Melalui cara ini, murid-murid di sekolah dapat mengaplikasi pelajaran dengan lebih baik.Para pelajar yang mudah mengingat fakta dan dapat berfikir dengan lebih bijak secara kritis dan kreatif.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved