Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 6 years ago • 5,436 viewed


Bumi Makkah

Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi- bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram.


Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam.

Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.

Madinah Kota Nabi

Salah satu tanda kebesaran sesebuah kota adalah banyaknya nama dan sebutan bagi kotaitu. Kota Madinah memiliki 94 nama dan sebutan Nama yang paling popular adalah sebutan "Al MADINAH AL MUNAWWARAH", iaitu kota yang disinari dan menyinari".


Di segi geografi, kotaini terletak di antara 39 - 40 darjah garis bujur di timur dan 24 - 25 garis lintang utara. Jaraknya dari laut merah lebih kurang 170 kilometer, dari Mekah 450 kilometer dan dari ibu negara Saudi Arabia (Riyadh) ialah lebih kurang 1,000 kilometer.


Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan Kotaini sebagai tempat tinggal sejak tahun 622 masehi. Sejak itu pula diberi nama Al-Madinah Al-Munawwarah ( kotayang disinari) yang mana sebelumnya bernama Yatsrib.


Kotaini adalah bahagian dari bumi yang dimulakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Ia jelas sebagaimana Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ketika berhijrah, maksudnya : " Ya Allah, Engkau keluarkan aku dari bahagian bumi yang paling aku cintai, berilah aku tempat menetap di bahagian bumi yang paling Engkau cintai".

Kotaini juga dinyatakan oleh Nabi sebagai tanah Haram (suci) sebagaimana Kota Mekah, dan di sebut-sebut di dalam Al-Quran hingga tiga kali. Bahkan Nabi selalu mendoakan ketenteraman dan keberkatan bagi kotaini. Dari kotainilah Islam berkembang memancar keseluruh pelusuk dunia. Di kota inilah juga jasad Nabi akhir zaman dimakamkan.

Makam Nabi


Kalau kita berada di Raudhah dan menghadap kiblat, bererti di sebelah kiri kita adalah bangunan empat persegi berwarna hijau tua yang unggul dan berwibawa serta memancarkan bau wangi-wangian. Bangunan ini awal mulanya dua buah rumah, iaitu rumah Nabi dengan Saidatina 'Aisyah dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah.


Sejak Nabi Muhammad S.A.W wafat pada tahun 11 hijrah (632M), rumah Nabi terbahagi dua. Bahagian arah kiblat (Bahagian selatan) untuk makam Nabi dan yang bahagian utara tempat tinggal Saidatina 'Aisyah.


Rumah ini sejak tahun 678 hijrah (1279 M) di atasnya dipasang kubah hijau (Dom) hingga sekarang. Jadi di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi Muhammad S.A.W dimakamkan. Ini bermakna kalau kita melihat kubah hijau bererti kita melihat makam Nabi S.A.W.

Kemudian Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama ) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2) pun dimakamkan di rumah itu dekat dengan makam Nabi S.A.W. Ini bermakna setengah daripada rumah Nabi S.A.W. itu sekarang ada tiga makam.

Masjid Nabawi

Disebut Masjid Nabawi kerana Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya dengan kalimah, " Masjidku ini", pada setiap kali baginda menerangkan tentang sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kotaMadinah. Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".


Dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda," Barang siapa sembahyang di masjid 40 waktu tanpa terputus, maka ia pasti selamat dari neraka dan segala siksa dan selamat dari sifat munafik".


Masjid ini didirikan oleh Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda pada tahun pertama hijrah (622 M) seluas 1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah barat rumah baginda yang sekarang rumah itu menjadi makam baginda dan masuk dalam bangunan masjid.


Berziarah ke masjid Nabawi ini adalah masyru' dan dikira termasuk ibadat. Penyataan ini adalah sesuai dengan sabda Nabi yang berbunyi; bermaksud," Janganlah kau mementingkan kepergian kecuali kepada tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjidku ini dan Masjid Aqsa'.


Makam Ibrahim

Makam Ibrahim bukanlah tempat dimana Nabi Ibrahim disemadikan sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.

Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Hijir Ismail

Hijir Ismail adalah pagar batu berlingkar. Tingginya 11/2 meter. Letaknya berdampingan dengan Kaabah di sebelah utara. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah.


Hijir Ismail itu pada mulanya cuma merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian para Khalifah, Sultan dan Raja-raja yang berkuasa telah memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.


Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".


Adalah disunatkan bagi tiap-tiap orang yang telah mengerjakan tawaf, sembahyang sunat dan berdoa di Makam Ibrahim, sembahyang sunat pula dua rakaat di Hijir Ismail.

MultazaM

Multazam terletak di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Perkataan Multazam bermakna," Melekat", sebab dipanggil demikian, kerana disinilah seseorang itu patut melekatkan dadanya semasa berdoa. Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata:-


Dia pernah berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap ke Kaabah. Tangannya dianjurkan ke atas kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau berkata," Daku melihat Rasullullah s.a.w. melakukannya".

Asal usul Hajarul AswaD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda permulaan tawaf bagi manusia."

kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda quot; Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana lace, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).

Telaga zam - zam

Telaga zam - zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).

Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.

Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.


Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;


"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"


"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".


Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.

Siti Hajar bertanya lagi;

"Adakah ini memang perintah dari Allah ?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.


Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".


Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.


Adab @peraturan minum air zamzam

Adabeberapa adab atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: “Seorang lelaki telah datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas:

"Tuan datang dari imana?"

Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."

Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya?"

Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?"

Ibnu Abbas menjelaskan:
"Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas diluar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah ada bersabda: "berbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah bahawa mereka itu tidak suka meneguk(minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya):

"Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalami ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalamkitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air zamzam berkata:

"Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabi-Mu, bahawa Baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air zamzam ini untuk... (sebutkan apa yang dikehendaki).

Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas di luar bijana itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya baca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.”

-EgYPtPrInCess-


2008

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved