Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 6 years ago • 1,224 viewed


Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s. a. w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin, para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin. Saya tertarik untuk membuat sedikit penambahan kepada masalah di atas walaupun ianya telah pun dijawab dengan begitu baik oleh abang saya, al-Fadhil Tuan Haji Kamin ha . Senario tidak bersembahyang ketika menaiki kapal terbang adalah satu senario yang memang benar-benar berlaku . Dan ianya bukan sahaja berlaku kepada sebahagian jemaah haji daripada Malaysia , bahkan " bala " ini juga menimpa SEGELINTIR pelajar-pelajar jurusan agama drp Malaysia yang pulang bercuti / pulang terus ke tanah air tercinta. Di antara sebab-sebab mereka tidak menunaikan sembahyang ialah :

A ~ Tidak boleh mengambil wudhuk di dalam kapal terbang .
B ~ Sudahlah tidak boleh berwudhuk , hendak bertayammum pun tidak boleh sebab tiada tanah .
C ~ Tidak tahu dimanakah qiblat .
D ~ Semasa hendak bersembahyang , keadaan tidak mengizinkan kita mengadap ke arah qiblat .
E ~ Tak apa tidak sembahyang , nanti sampai kita boleh qadha kembali sembahyang itu .

Itulah di antara hujah-hujah mereka yang tidak mahu menunaikan sembahyang di dalam kapal terbang . Saya tidak akan menjawabnya secara panjang-lebar memandangan jawapan al-Fadhil Tuan Haji Kamin di atas pun sudah dikira IMTIYAZ / MUMTAZ ( Lulus Cemerlang Pangkat 1 Tertinggi ).Keempat-empat hujah di atas semuanya adalah berpunca daripada sikap JAHIL . Jahil ini pula berkait-rapat dengan sikap taksub ( fanatisme mazhab ) , dan akhirnya JAHIL + TAKSUB = SUSAH UNTUK BERIBADAT !!! . Apakah mereka tidak sedar Islam ini diturunkan untuk memudahkan umatnya , bukan untuk lebih menyukarkan umatnya !!?? .Yang paling malang ( Wa lil asaf asy-syadid ) penyakit ini juga turut dialami oleh segelintir anak-anak Melayu yang belajar di al-Azhar asy-Syarif . Apa sebabnya ? . Sebab mereka datang ke al-Azhar dan Mesir ini dengan sikap taksub kepada guru-guru mereka di Malaysia dan sikap taksub kepada mazhab Syafi'e ala-Malaysia dan sikap mereka sahaja yang betul atapun guru-guru mereka di Malaysia sahaja yang alim. Alangkah malangnya segelintir manusia ini ! . Inilah bahayanya TAKSUB MAZHAB dan TAQLID BUTA . Kalau dibentangkan 1001 dalil daripada al-Quranul Karim , as-Sunnah , al-Fiqhul Muqoran ( Perbandingan Fiqh ) dan sebagainya pun tidak akan berjaya "membuka"otak-otak yang beku itu disebabkan si tuan punya otak itu sendiri tidak rela keluar daripada " tempurung kejahilan " dan " kepompong taqlid dan taksub " !!! . Saya akan cuba menjawab keempat-empat dalil ( dalih ? ) yang cuba ditimbulkan oleh golongan yang tidak mahu bersembahyang di dalam kapal terbang .

A ~ Tidak boleh mengambil wudhuk di dalam kapal terbang . Respon saya : Siapa kata tidak boleh berwudhuk di dalam kapal terbang ? . Saya sendiri pernah pulang bercuti ke tanah air dan sudah biasa berwudhuk di dalam kapal terbang . Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang tidak mahu meninggalkan sembahyang mereka dan tetap mahu mendirikan sembahyang di dalam kapal terbang ? . Kalau mahu mengambil wudhuk secara " berpesta air " seperti di rumah sendiri , MEMANGLAH TIDAK BOLEH . Kalau buat begitu , meletuplah flight . " La Dhororo Wa La Dhiroro " ( Tidak Boleh Membuat mudharat dan membawa mudharat kepada orang lain ) . Bukankah kita masih boleh berwudhuk dengan menggunakan singki dan air di dalam bilik air sesebuah kapal terbang !? . Ambil wudhuk secara " slow-slow " dan hati-hati jangan sampai tertumpahnya air itu di lantai kapal terbang . Kalau tak pun , cubalah mengambil air sembahyang dengan menggunakan botol air mineral ! . Al-Fadhil Ustaz Shamsuri Ahmad sendiri telah menghuraikan CARA MENGAMBIL WUDHUK DAN BERSEMBAHYANG DI DALAM KAPALTERBANG . Cuba dapatkan penjelasan beliau di dalam kaset kuliah : HERO BUNGA ( HAJI ) Jilid ke-6 , yang diterbitkan oleh PERNIAGAAN MUAZ . Tidaklah susah untuk berwudhuk di dalam kapal terbang. " Hendak seribu daya , tidak mahu , seribu dalih " .

B ~ Sudahlah tidak boleh berwudhuk , hendak bertayammum pun tidak boleh sebab tiada tanah . Respon Saya : Di antara " penyakit " yang melanda golongan bermazhab Syafi'e , khasnya Syafi'e ala-Malaysia ialah " sukarnya untuk bertoharah ( bersuci ) dan bersembahyang " . Wallahu A'alam apalah sebab utamanya , adakah disebabkan syarat-syarat bersuci dan bersembahyang yang digariskan oleh al-Imam asy-Syafi'e rh itu sendiri AGAK KETAT daripada mazhab-mazhab selainnya ataupun disebabkan KEJAHILAN DAN KEDANGKALAN para pendawa bermazhab Syafi'e itu . Bagi saya sebab utamanya ialah sikap JAHIL , TAKSUB , FANATIK dan KEDANGKALAN para pendakwa mazhab Syafi'e itu sendiri dan bukannya salah al-Imam yang mulia itu. Kalau tiada tanah untuk bertayammum , maka bertayammumlah dengan debu . Debu dengan tanah tidaklah sama . Di mana-mana tempat ada debu ( di dalam kapal terbang pun ada debu hatta debu yang suci ) . Kalau tiada tanah untuk bertayammum , maka cukuplah dengan debu sebagai mana yang dinyatakan oleh mazhab-mazhab selain mazhab Syafi'e .

" Wah ! , tidakkan ini dianggap talfiq ( tukar ) mazhab daripada mazhab Syafi'e kepada selainnya ? " . Masalah Talfiq ini sudah terlalu kerap dibincangkan di dalam al-Ahkam Online . Sila SEARCH dengan menggunakan ENJIN PENCARI dengan menggunakan kata-kata : TALFIQ - TAQLID - ITTIBAA' - IJTIHAD - MAZHAB . Kalau talfiq itu dianggap haram maka mengapakah tuan-tuan semua tidak berwudhuk apabila bersentuhan dengan wanita-wanita ketika berada di Mekkah sebelum ini Apakah hujah tuan-tuan . Disebabkan DHARURAT . Kalau TALFIQ boleh disebabkan dharurat, maka bukankan sekarang tuan-tuan sendiri berada di dalam situasi dharurat yang tidak membenarkan tuan-tuan berwuhduk !? Jadi , apa tunggu lagi , talfiqlah sekarang !!! .

" Wah ! , tidakkan talfiq itu sendiri bermazhab rojak ? " . Kalau talfiq itu rojak , maka tuan-tuan sendiri adalah pendokong - pendokong mazhab rojak . Tuan-tuan sendiri secara tidak disedari telah beramal dengan mazhab-mazhab selain mazhab al-Imam asy-Syafi'e rh di dalam banyak hal .Kalau tuan-tuan nak tahu .. silakan mendapatkan penjelasannya di : TAJUK DISKUSI PASAL WUDHUK HILANG.

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php? Cat=&Board=UBB1&Number=15454

" Tak berdosakan kami bertalfiq begitu ? " Tuan-tuan sendiri mengatakan bahawa semua mazhab , tak kiralah sama ada ia mazhab Syafi'e ataupun tidak SEMUANYA BERASAL DARIPADA AL-QURANUL KARIM DAN SUNNAH DAN SEMUANYA BETUL . Kalau dah semuanya betul , apa salahnya bertalfiq ? , apa salahnya tuan-tuan memilih mazhab selain mazhab Syafi'e , khasnya di dalam keadaan TERDESAK seperti ini .Jangan pula tuan-tuan katakan TALFIQ ITU HARAM sebab ia adalah laksanakan mencapur adukkan di antara ubat itu dengan ubat ini , walaupun kedua-duanya ubat tetapi kalau dicampur-campur boleh menyebabkan kita pening dan mudharat !!! . Saya jawab : Itu hanyalah dalih tuan-tuan ! . Allah Ta'ala , Baginda Rasulullah s. a. w , Para Sahabat r. a dan Imam-Imam Mujtahidin itu sendiri tak pernah pun kata mazhab itu dan ini kalau dicampur-campur boleh menyebabkan tuan-tuan pening ataupun " mabuk " ! .Lagipun perbandingan dan qiyas yang dinyatakan itu adalah " QIYAS MASUK PARIT " yang lebih bahaya daripada "Qiyas Ma'al Fariq" !!! . Mana boleh diqiyaskan mazhab-mazhab itu dengan ubat-ubatan hospital . Ubat-ubatan hospital berteraskan DRUG ( Dadah ) walhal mazhab-mazhab itu diasaskan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan bertujuan untuk memudahkan umat beribadat . Banyak makan ubat hospital sampai " over dos " memanglah bahaya ! . Banyak belajar dan beramal dengan Fiqh Perbandingan Mazhab tidaklah menyebabkan bahawa ataupun " mabuk " , bahkan lebih memudahkan orang yang mengetahui mengenainya dan lebih menyebabkan dia menghormati kesemua cendekiawan Fiqh Islam ! . Mazhab BUKANLAH AGAMA sampai tak boleh langsung ditukar-tukar , apatah lagi di dalam keadaan terdesak seperti masalah di atas . Agama Islam memanglah tidak boleh ditukar-ganti dengan agama selainnya . Mazhab Syafi'e pula tidak mengapa ditukar dengan mazhab selainnya , lebih-lebih lagi di dalam situasi terdesak . Janganlah pula disamakan MAZHAB dengan AGAMA kerana buruk padahnya pada umat islam !!! . Ada satu lagi , jika tuan-tuan sendiri tidak boleh berwudhuk ataupun bertayammum , maka itu bukanlah alasan tuan-tuan boleh meninggalkan sembahyang fardhu dengan mudah-mudah . Di dalam pelajar Fiqh ada dinyatakan istilah SOLAH FAQID at-TOHURAIN ( Sembahyang Bagi Seseorang Yang Tidak Boleh Berwudhuk Ataupun Bertayammum ) . Di dalam masalah itu ada berbagai pendapat ulama' daripada berbagai mazhab berdasarkan ijtihad dan kefahaman mereka mengenai al-Quran dan as-Sunnah . Al-Imam asy-Syafi'e di dalam Qaul Jadid ( Pendapat Terbaru ) menyatakan bahawa seseorang yang tidak boleh berwudhuk dan bertayammum itu WAJIB JUGA MENDIRIKAN SOLATNYA KERANA MENGHORMATI WAKTU TERSEBUT . Solat itulah yang dinamakan sebagai " as-Solah Li Hurmatil Waqt " ataupun " as-Solah Li Ihtiram al-Waqt " . Bagi orang yang mendirikan sembahyang kerana menghormati waktu ini , dia wajib mengulangi kembali sembahyang itu ( qadha ) apabila sampai ke destinasinya ataupun apabila didapati air untuk berwudhuk .Solat kerana menghormati waktu ini HANYA ADA DI DALAMMAZHAB asy-SYAFI'E ( menurut sekadar ilmu saya yang sedikit ini ) , oleh kerana itu tidaklah pelik jikaada ulama' daripada mazhab selainnya yang menyatakan solat seperti itu adalah Bid'ah / Tiada Dasarnya & Kaifiatnya di dalam agama ( sbg mana yang dinyatakan oleh Tuan Haji Kamin di dalam jawapan beliau di atas ). Perbicaran mengenainya boleh tuan-tuan ikuti di dalam kitab " KIFAYAH al-AKHYAR " , al-MAJMUK " , " MUGHNI al-MUHTAJ " ataupun di dalam " al-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH " sendiri . Oleh kerana Imam Syafi'e sendiri mewajibkan tuan-tuan menunaikan sembahyang walaupun tanpa wudhuk / tayammum , maka tindakan tuan-tuan tidak mahu langsung sembahyang di dalam kapal terbang ini sekarang adalah berdasarkan mazhab apa??

C ~ Tidak tahu dimanakah qiblat . Respon Saya : Bukankah orang-orang tua ada mengatakan : " Malu Bertanya , Sesat Jalan " . Silalah bertanya arah qiblat kepada pramugara/pramugari yang bertugas . Kalau saudara-saudara boleh bertanya : " May I have a diary or anything as a souvenier from this flight " maka apakah salahnya saudara-saudari bertanya mereka arah qiblat kepada mereka . Saya yakin, walaupun ada sebahagian pramugara-pramugari yang tidak bersembahyang , tetapi mereka boleh bertanya kepada pilot ataupun co-pilot di manakah arah qiblat ." Hendak seribu daya , tak hendak , seribu dalih ! " .

D ~ Semasa hendak bersembahyang , keadaan tidak mengizinkan kita mengadap ke arah qiblat . Respon Saya : " Kewajipan mengadap ke arah qiblat ~ Masjidil Haram , Mekkah ~ adalah di antara syarat sahnya sesebuah sembahyang . Akan tetapi apabila kita terhalang daripada mengadapnya secara langsung ataupun tidak secara langsung , ini BUKANLAH ALASAN untuk kita meninggalkan sembahyang yang wajib . Islam memerintahkan kita mengadap qiblat ketika bersembahyang dan memerintahkan juga kita agar berusaha sedaya-upaya apabila mendirikan ibadat . TIDAK BOLEH MENGADAP QIBLAT adalah di luar kemampuan kita walhal untuk mendirikan sembahyang masih di dalam kemampuan kita . Apakah boleh saudara - saudari memaksa kapten / pilot : " Tolonglah wahai tuan , mengadap Mekkah sekejap aje sebab saya hendak sembahyang , lepas tu ikutlah tuan nak bawak kapal terbang ini ke arah mana sekalipun ! " Mana bolehhhhhhhhhhhhhh !!! ." Larinya " kapal terbang daripada garisan longitud dan latitud walaupun sedetik boleh menyebabkan bahaya dan tidak sampai ke destinasi yang dituju . Apabila sudah di dalam keadaan begitu , maka sembahyanglah ke arah mana sahaja kerana kita di dalam situasi DHARURAT . Apakah saudara-saudara tidak sempat mempelajari ayat di bawah ini ketika di Mesir dahulu ? Ertinya : " Kepunyaan Allah-lah timur dan barat . Di mana sahaja kamu mengadap , maka di situlah kamu akan temui wajah Allah ( qiblat yang diredhai Allah ) . Sesungguhnya Allah Amat Luas Kelebihan-Nya Lagi Amat Mengetahui " ~ ayat 115, Surah al-Baqarah .

Apakah tuan-tuan juga tidak pernah belajar kaedah fiqh yang menyebut : "ad-Dharuratu Tubihul Mahzurat" ~ Keadaan Dharurat Itu Mengharuskan Dilakukan Larangan-Larangan !!! .

E ~ Tak apa tidak sembahyang , nanti sampai kita boleh qadha kembali sembahyang itu . Respon Saya : Masalah QADHA / QODHO' sembahyang yang sengaja ditinggalkan dengan sengaja inipun menjadi topik perdebatan di kalangan para fuqaha' rh . Ada yang mengatakan ianya adalah bid'ah dan ada yang mengatakan sebaliknya .Namun apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah :

1 ~ Mengapa mahu qadha sembahyang itu walhal saudara-saudari sendiri masih boleh bersembahyang di dalam kapal terbang sebagai mana kaedah dan cara-cara yang telah dinyatakan di atas !? .

2 ~ Kalau saudara-saudari mati sebelum sampai ke destinasi itu nanti , apa jawapan saudara-saudari kelak di hadapan Allah ? . Sebab tak reti nak berwudhuk di dalam flight? Sebab tak reti nak bertayammum tanpa adanya tanah yang betul-betul tanah ? Ataupun sebab tak mahu " AMBIL TAHU ' di manakah arah qiblat ?

Dengan manusia , masih bolehlah kita berdolak-dalih . Dengan Allah Ta'ala ? Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama . Wallahu A'alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad.

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ TAFSIR al-JALALAIN RH; Terbitan : ESC Software
2 - TAFSIR al-IMAM al-QURTUBI RH; Terbitan : ESC Software
3 - al-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH, Oleh : al-'Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ha, Jilid Pertama , Halaman : 606 - 609; Terbitan : Darul Fikr , Beiru
4 - Kaset Kuliah : HERO BUNGA ( HAJI ) Jilid 6, Oleh : Al-Fadhil Ustaz Shamsuri Hj Ahmad; Terbitan : Perniagaan Muaz , Seberang Perai , P. Pinang

7 / Jumadi Awwal / 1424 H
7 / Julai / 2003 M ISNIN ~ Bandaraya Kaherah

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved