Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 Faceless • 12 years ago • 2,920 viewed


Ahli arkeologi marin menemui bukti utama tentang kewujudan tiga buah bandar legenda Mesir. Herakleion, Canopus dan Menouthis merupakan tiga nama bandar purba Mesir yang digambarkan oleh Herodotus (seorang penulis) dan Strabo (seorang ahli geografi dan pakar sejarah). Sebelum ini pakar arkeologi dan sejarahwan meragui sebarang bukti fizikal yang digambarkan sejak beberapa abad yang lalu. Mereka tidak mampu mengesahkan sama ada dua bandar yang dinyatakan itu benar-benar wujud ataupun tidak.
Sekarang ini, setelah menjalankan kajian beberapa bulan yang lalu, sekumpulan saintis dan pakar arkeologi marin dari Peranchis berjaya menghuraikan persoalan dan keraguan berkenaan. Ketiga-tiga bandar berkenaan benar-benar dijumpai setelah beberapa bulan meneroka dasar lautan Mediteranian. Herakleion, Canopus dan Menouthis ditemui di dasar lautan berhampiran Iskandariah Mesir.
Lebih daripada 2,600 tahun dahulu kedudukan Mesir adalah jauh daripada lautan Mediterranean. Bandar yang telah musnah itu pula ditemui lebih kurang enam kilometer daripada pinggi pantai dan pada kedalaman mencecah 10 meter ke dasar laut selepas menjalankan tinjauan elektronik pantai Aboukir. Penemuan fizikal pertama yang ditemui oleh pakar arkeologi berkenaan adalah mengenai kesahihan kewujudan tiga bandar purba itu. Pakar sejarah percaya bahawa bandar yang ditemui di dasar laut itu dibina dalam abad keenam atau ketujuh Sebelum Masehi. Bangunan-bangunan, kuil, berhala dan arca peringatan yang paling besar ditemui membuktikan bandar-bandar yang ditemui oleh merupakan pusat pentadbiran sebuah kerajaan suatu ketika dahulu.
Herodotus dalam bukunya pernah menulis bahawa Herakleion adalah sebuah pusat perniagaan terpenting dan di situlah dibina sebuah kuil khusus untuk Hercules. Selain itu kuil tuhan-tuhan Mesir seperti Isis, Osiris dan Serapis turut dibina di tiga kawasan berlaian yang merupakan destinasi utama pemuja setiap tahun. Selepas itu, dalam abad keempat Selepas Masehi, Menouthis pula dijadikan sebagai bandar pertahanan dan simpanan khazanah-khazanah dari St. John dan St. Cyr. Sebanyak 30 akaun Greek purba dan sebagai panduan untuk menemui lokasi tugu dalam tiga bandar berkenaan.
Namun, bagaimana ketiga-tiga bandar musnah, masih lagi menjadi misteri yang berlum terjawab. Sebuah gempa bumi mungkin merupakan penyebab paling hampir yang boleh dinyatakan setakat ini, jika mengikut kata seorang ahli geografi dari universiti Stanford, Amos Nur yang melukis peta kawasan berkenaan. Tragedi kemusnahan itu dianggarkan berlaku pada abda ketujuh atau kelapan Selepas Masehi.
Kumpulan penyelam yang menemui kesan-kesan runtuhan bandar itu turut menemui duit-duit syiling di era kebangkitan Islam dan kerajaan Byzantine. Bandar yang tenggelam di dasar laut sekian lama itu, hanya diambil beberapa artifak sahaja untuk dipamerkan di muzium manakala selebihnya para saintis dan pakar bidang berkaitan masih melakukan penyelidikan.
Penemuan yang paling penting ialah batu bersurat yang ditulis dalam tahun 1777 dan kini dipamerkan di muzium Mesir. Batu bersurat ini merupakan sebuah ereja kecil yang diperbuat daripada basalt zaman monolitik milik firaun Nectaebo 1 dan dibina di bandar Canopus pada abad kelima Sebelum Masehi. Ukiran-ukiran pada permukaan batu ini adalah berkenaan ilmu astrologi klasik di Mesir ketika itu dengan kombinasi ilmu astrologi Assyria dan idea firaun khususnya mengenai kelendar. Ukiran yang terdapat pada batu itu menghuraikan selama tempoh 36 dekad, setiap 10 hari ditandakan bintang yang akan muncul dan hilang.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved